#19 - Brader Carry Junior

3.1K 322 50
                                    

Lama aku tidak buat perkara sebegini. Baring di atas rumput sambil tengok manusia lalu-lalang. Tangan disilang di belakang kepala. Rasanya, kali terakhir aku buat begini pada tahun 2012. Cepat benar masa berlalu. Begitu juga dengan manusia. Cepat betul mereka berubah. Aku tidak tahu Jwani benar-benar tidak ingat pada aku atau dia hanya berpura-pura tidak ingat pada aku.

Keluh. Manusia memang begini, bila ada masalah mereka lebih suka mengeluh daripada memikirkan cara untuk menyelesaikannya. Jelaslah bahawa aku tergolong dalam kolongan itu. Golongan mengeluh. Hari ini, aku malas fikir tentang dunia lagi. Hal Mikael belum juga selesai. Hah, itu lagi satu sifat manusia. Kebanyakannya akan kata 'harini aku akan selesaikan masalah ini!' tapi malangnya semua tu hanya kata-kata. Biasalah kita, cakap je lebih buatnya ditangguh.

Macammana aku nak selesaikan masalah orang lain bila diri sendiri tengah down? Sedih rasanya bila diingat kembali. Ah, terlalu muda rasanya untuk aku fikir tentang perkara begini. Aku terlalu muda! Masih muda! Mempunyai kelebihan memberikan tanggungjawab yang sangat besar terhadap aku. Aku harus gunakan untuk bantu manusia tetapi tak semua boleh aku bantu. Kerana setiap manusia perlu menyelesaikan masalah mereka sendiri. Aku hanya bantu selagi aku mampu. Haih.

[Aku tak sanggup dah nak hidup.]

Aku toleh ke kiri. Ada seorang lelaki duduk memeluk lutut berdekatan dengan tempat aku berbaring. Di tangannya ada satu paket plastik yang ditenung lama. Wajahnya murung, matanya merah.

[Sampai hati kau tinggalkan aku. Dah tiga tahun kita bercinta. Kau berambus macam tu je dengan lelaki lain. Kenapa kau tak datang masa hari perkahwinan kita.]

Air matanya mengalir di pipi. Mukanya diraup beberapa kali. Lelaki susah nak menangis selalunya. Tersengguk-sengguk badannya menahan tangisan. Kiranya brader ni memang hadapi sesuatu yang berat. Ah, aku cakap seperti aku tidak baca fikirannya.

Aku bangkit dari pembaringan dan terus berjalan ke arahnya. Bahunya aku tepuk perlahan kemudian duduk di sebelahnya.

"Abang ada masalah ke?" soal aku membuka bicara. Baru tadi aku berniat tidak mahu menolong sesiapa buat masa ini. Nampaknya niat aku terus terpesong.

Diam. [Apahalnya budak ni. Haih.]

"Abang ada masalah apa?" soal aku lagi. Tengok lelaki tu masih berdiam, aku menyambung- "Abang, dalam dunia semua orang ada masalah." aku jeling paket di tangannya. Serbuk putih. Brader ni ambik dadah ke? Ke nak bunuh diri?

"Kau tak faham." akhirnya bersuara juga brader ni.

"Abang ada adik?"

Dia menggeleng.

"Hari ni saya jadi adik abang." kata aku sambil memeluk lutut. "Jadi, abang boleh cerita kalau abang ada masalah."

"Masalah aku ni takde siapa boleh tolong."

"Tapi ambik dadah tak tolong kita pun bang."

Air matanya dikesat lalu memandang aku. "Dadah?" soalnya sedikit hairan.

"Paket tu hah. Bukan dadah ke?" soal aku pula.

"Ini bedak carry junior."

Hampir tergelak aku dengar jawapannya.

"Abang nak buat apa dengan bedak ni?"

"Aku nak pakailah." jawabnya.

"Hahaha. Abang beli mana bedak paket kecik macam tu? Sambut birthday ke apa?"

"Kau sibuk kenapa?"

Aku ketawa, kelakar gila kot brader ni. Aku fikir dia nak ambik dadah sebab putus cinta. Aku fikir dia dah taknak teruskan hidup sebab awek dia lari. Mudah betul aku buat kesimpulan melulu.

Budak Sixth Sense [Completed]Where stories live. Discover now