Bersalam-salaman merupakan benda pertama yang akan berlaku setiap kali hari raya menjelma. Dari tadi aku tengok emak dan rakan-rakannya bersembang di meja makan di ruang makan. Kejap-kejap ketawa dengan lawak yang entah lawak ke tidak. Kejap-kejap juga mereka ubah topik ke masa lalu. Sibuk dengan cerita ketika mereka masih sekolah. Sibuk dengan kehidupan mereka ketika masih remaja. Benar, alam remaja lah paling sukar dilupakan. Alam kita belajar mengenal semua benda sebelum melangkah ke alam dewasa.
Aku mengeluh kecil. Masih menonton cerita yang sama yakni Adventure Time. Kau tanya lah banyak kali, aku akan kata aku kekal dengan kartun. Menonton cerita selainnya langsung tidak termasuk dalam kepala kecuali National Geographic. Ya, itu dikecualikan. Entah mana sahabat-sahabat aku, mereka kata nak datang beraya dan kemudian kami akan melepak dekat taman.
"Hei..." Kim Jae Eun. Dia tukarlah nama dia ke Fatihah atau apa-apa, nama Jayun tetap dalam kepala aku.
"Apa?"
Dia tidak menjawab sebaliknya duduk di sebelah aku. "Tengok cerita apa?" membalas soalan aku dengan soalan.
"Kartun."
"Oh, aku suka cerita ni."
"Sama lah."
Sepi itu berjeda agak lama. Hanya kedengaran suara Jack yang sedang cuba mengawal situasi dalam tv. Fynn panik kerana dia rasa dia telah jatuh cinta kepada gadis berapi.
"This is my first time celebrating raya." Suara Kim Jae Eun akhirnya keluar.
Aku masih rasa janggal melihat dia bertudung. Hari ini dia berbaju kurung biru muda dengan tudung bawal biru bermanik. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa dia can- eh? "No, this is not your first time. Dulu masa kecik kau selalu beraya sekali dengan aku. Lupa?" Aku pandang wajahnya, kebencian itu sebenarnya sudah lama hilang. Aku bukan bencikannya sebaliknya mengikut rentaknya yang sentiasa ingin berlawan.
"I meant as a muslim." Dia menoleh.
"Okey, aku terima jawapan tu."
Dia tersenyum kecil dan kemudian mengalih pandangan. Kembali memandang skrin televisyen. Aku tahu dia kekok. Aku dapat rasakan dia mahu berbaik tetapi dia takut. "Kau ingat tak masa kecik dulu kau selalu belanja aku makan? Sampai aku jadi gemuk?" Aku mulakan cerita. Nekad untuk berbaik. Agak penat rasanya jadi manusia ego.
"Ya, sebelum kau mula kenakan aku."
"I don't really know why am I doing that to you, Jayun."
"Well obviously kau cuba nak jarakkan persahabatan kita masa kecik."
"I don't and I don't even remember what happened back then."
Dia kembali menatap aku, menghadapkan badan ke arah aku. "Kau marah aku sebab aku ejek kau... lepas tu kau kenakan aku sebab kau tahu aku takut dengan badut." Aku benar-benar tidak ingat.
"Boleh kau fikirkan benda tu? Kejadian tu?"
Berkerut dahinya, "Ejek mengejek tu?" Dia lempar senyuman kecil kemudian menggeleng kepala. "Nope, let bygones be bygones." Cis.
"So, apa sebab sebenar kau balik Malaysia?" Aku mengalih topik. Tak mengapa lah jika dia tak mahu ingat. Biarkan kenangan itu dia pegang sendiri.
"Omma yang nak balik. Aku ikut saja."
"Bosan kan jadi anak tunggal? Tak ada adik beradik. I can feel you."
"Tapi abang kau dah balik kan?"
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
Fiction généraleStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.