#36 - Kim Jae Eun

2.6K 284 42
                                    

Aku raup rambut dengan kasar. Disebabkan pergaduhan semalam, habis muka dan badan aku dihiasi lebam. Itu belum kira bibir aku yang bengkak kerana ditumbuk oleh Adam. Ya, cantik berhias wajah aku seperti di'make-up' untuk berlakon. Seperti zombie pun ada tetapi bukan zombie Malaysia-lah.

Yang celakanya, aku ada kerja membersih longkang pada petang ini. Semalam, hampir saja Warden Zewang buang aku dan Adam daripada asrama. Nasib baik dia masih berbaik hati memberikan kami peluang kedua dengan kerja membersih longkang. Ah, pastinya badan akan lenguh gila selepas melakukannya. Puasa pulak tu. Haih.

Aku keluarkan modul latihan Matematik dan letak di atas meja. Sambil-sambil tunggu waktu rehat habis, baik aku buat dalam kelas. Boleh juga aku buang segala perkara yang membuatkan fikiran aku kusut.

(Afik!)

"Mak kau!"

Terjatuh pensil picit dari tangan. Babi, suara siapa pulak masuk dalam fikiran aku. Aku sudah tutup awal-awal suis membaca fikiran.

(Hahaha! Kau terkejut ke dik?)

Dik? Oh, Abang Alif. Dia sedang berinteraksi dengan aku melalui minda. Aneh, bukan? Bagaimana kami boleh melakukan perkara sebegini? Malangnya, hanya kami berdua yang boleh berinteraksi begini. Kerana kami mempunyai kuasa yang sama (kecuali melihat hantu dan masa depan).

Apa benda bang?

(Kau Ok, tak? Aku dapat rasa kau tak Ok.)

Aku lepas keluhan berat. Susahlah bila Abang Alif boleh mengetahui emosi aku.

Macammana kau control kuasa kau ni, bang? Selalu kalau kau cuba, mesti kita sama-sama demam.

Perasaan aku seperti baru lepas menghantar Whatsapp kepada Abang Alif.

(Hehe... adalah. Aku taknak ajar kau. Bahaya!)

Lambat. Aku dah cuba dekat Cicak. Cuma, aku tak reti macammana nak buat bila orang tu jauh. Macam kau ni.

(Hahaha kau dah cuba rupanya. Nantilah aku ajar. Aku ada benda penting nak bagitahu ni.)

Apa?

(Kim Jae Eun dah pindah sini balik.)

Siapa?

(Kim Jae Eun. Bekas kawan baik kau masa kecik dulu hahaha!)

Kim Jae Eun. Cis, panjang umur! Baru semalam aku kata aku berjodoh dengan dia. Aduh, mulut masin! Rumah kami bertentangan pulak tu. Celaka, kalau dia balik ertinya perang besar akan bermula kembali. Sudahlah perang dengan Adam tidak habis lagi.

Jangan kata dia...

(Ya! Sama sekolah dengan kau! HAHAHA!)

Celaka punya abang.

(Goodluck! Aku harap tak berlaku perang dekat sekolah kau, dik.)

Engkau...

(Eh, mak tengah sembang dengan mak dia. Kau taknak kirim salam? Nanti mak dia boleh sampaikan.)

Salam jadah engkau, bang? Taknak aku kirim salam ke dia.

(Kenapa dik? Tak rindu ke? Mak cerita masa kecik dulu dia selalu ejek kau pau? Sebab kau gemuk macam pau. Hahaha!)

Mak cerita pasal tu? Sekarang?

(Iye, dik. Mak cerita lagi kau pantang berjumpa dengan dia mesti kau takutkan dia dengan topeng hantu. Betul,dik? Kelakar lah kau ni.)

Budak Sixth Sense [Completed]Where stories live. Discover now