2018
"So kau dapat Dengkil?"
Adam mengangguk sebelum menghirup air teo ais. Cicak yang berkopiah putih di sebelahnya diam, matanya asyik menyorot pada skrin henfon baru yang diperolehi dengan menggunakan duit gajinya sendiri. Kerja di sebuah restoren sebagai seorang waiter. Aku mengeluh kecil. Sejak habis sekolah, kami mula buat hal sendiri. Jarang sekali untuk berkumpul dan lepak begini. Mungkin ini kali terakhir kami dapat lepak begini. Mungkin lah. Ini pun aku terpaksa pergi ke rumah seorang demi seorang untuk panggil mereka. Kecuali Hazim. Hazim aku cuma telefon.
"Aku dapat asasi engineering. Lepas raya aku masuk. Kau? Apa cerita?" soal Adam kembali. Oh, bagus lah dia dapat kursus yang memang dia minat. Rezeki masing-masing. Aku tiada rezeki di Uitm Dengkil. Mungkin TESL bukan kursus yang layak untuk aku. Mungkin aku tidak layak. Tiada mungkin untuk itu. Memang aku tidak layak. Nak mengeluh pun tidak boleh, benda dah jadi.
"Aku? Itu lah dia. Aku..."
"Kau dapat matriks tak?"
Aku geleng kepala. "Kau dapat kan? Apsal tak nak? Sebab kau memang nak asasi?"
"Ha-ah. Eh Apik, kau tak jawab lagi soalan aku ni. Kau dapat mana? Nak sambung mana?"
"Aku tak dapat mana-mana. Rezeki aku dekat tempat lain. Aku sambung tingkatan enam. Aku ambik perniagaan. Tukar dari aliran sains sebab aku tak sanggup ambik sains. Dah masuk dah pun."
Adam terdiam.
"Sorry."
"Entah lah, Dam. Nama pun rezeki. Semua Tuhan yang tentukan. Aku dapat 6A tak dapat UPU, budak tak ada A langsung dapat UITM, dapat POLI, rezeki kan Dam. Kalau cakap pasal rezeki ni panjang sampai ke sudah..."
"Assalamualaikum!"
Oh, kalian pasti kenal akan budak ini.
Naufal tersengih dengan dua kembar di sebelahnya. Mikael menghulur tangan untuk bersalam, terus aku sambut sekali bonus senyuman. Diikuti Naqib dan baru lah Naufal menghulur tangan. Ketiga-tiga mereka duduk mengelilingi dan mengosong ruang tepi meja. Naufal menepuk bahu Cicak di sebelahnya yang masih tunduk menghadap henfon. Sekejap saja Cicak mengangkat kepala tanda menyambut sapaan tubuh itu sebelum dia kembali tunduk. Mobile Legend.
"Hazim mana?" Naufal bertanya.
"Kerja."
"Eh bukan ka dia habaq..."
"Kejap lagi dia datang. Lambat sikit."
"Oh..." Naufal mengangguk laju. Bahu Kanan cicak dirangkul. "Cak oh Cak! Hang tak rindu aku ka? Sibuk dengan ML." katanya namun langsung tak diendah oleh Cicak. Naufal menggeleng perlahan sebelum menjatuhkan tangannya dan diletak atas meja.
[Ini kalau kacau sedap ni.]
Aku abaikan fikiran Naufal. Sedaya-upaya menutup suis membaca fikiran. Aku tidak mahu membaca buat masa ini. Ini masa untuk melepak dan melepas-erk-rindu? Ah, apa benda aku cakap ni. Tapi betul, aku memang rindukan mereka. "So... korang macam mana?" Aku memulakan perbualan.
"Alhamdulillah okay." jawab Naqib.
"Overview..."
"Tak ada berubah. Sama seperti sebelum ni. Ayah boleh terima Mikael. Dia sendiri tak reti nak buat lagu mana dah pasai benda dah kantoi. Tak ada cara lain selain terima Mika. Terima kasih lah, Afik."
"Tak de hal lah. Korang belajar mana ni? Lepas ni?"
"Kami tak belajaq sini lah. Kami pi nuh dekat Thailand. Bulan depan kami pi. Tak dak dah lah dekat Malaysia. Hehehe... gud bai Malaysia." Naufal menjawab.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
Fiksi UmumStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.