#38 - Tak Sangka

2.7K 280 65
                                    

"Eloklah aokme dah berbaik. Koi tak daya dah nengok aokme. Gaya gay kantoi curang je koi nengok. Tahu dok? Sorang ke timur. Sorang ke selatan."

Naufal menggeleng kepala. Cicak itu memang bahaya orangnya. Orang yang tak boleh dipegang map. Jika ditanya mahu ke kanan, dia akan balas ke atas. Jika ditanya mahu ke kiri, dia akan ke bawah. Cicak itu umpama drebar tak tengok traffic light. Dia main bantai je apa dia rasa.

"Ye, Cicak."

Cicak tersengih. Dia kembali meniarap sambil menyelak ekor kucing yang kami gelar Tamtam (kucing di bab 2). Jadah apa Cicak ni dok belek anu si Tamtam? "Eh, aokme takde perasaan ke bila nengok kucing ni?" tanya Cicak sambil membelek Tamtam. Ekor dijatuhkan lalu dia mengusap kepala Tamtam.

"Perasaan hapa hang ni? Hang bernafsu ka kucing ka? Hang jangan woih. Hang mau jadi gaya pakcik belakang rumah Hazim ka?"

"Buken ande perasaan. Koi geram tengok jubo dia. Rasa nak cucuk dengan lidi je. Eh, ngape dengan pakcik dia?"

"Pakcik belakang rumah Hazim dulu perkosa kambing hang tau dak?"

"Perkosa? Amende tu ah?" tanya Cicak hairan. Bertuah punya budak. Maksud perkosa pun dia tak tahu.

"Rogol!"

Cicak menarik nafas terkejut. Cepat-cepat Tamtam dipeluk erat. Terkujat terus Tamtam sehingga matanya terbuntang akibat tidurnya diganggu. Mengiao-ngiao Tamtam dalam pelukan Cicak. Kalau Cicak ni bukan manusia, mati dah kot rasanya. Kucing dan cicak bukan sahabat yang baik.

"Ngapenya dia rogol kambing tu? Heran betoi koi aih. Amende dia nampok dekat kambing tu? Sien dia, ah. Kambing ni sedak buat rendang... buat kari... bukan buat sex toy!"

Panggg!

Naufal mengangguk puas setelah menampar muka Cicak. "Mulut hang jangan mencarut please." pinta Naufal sambil tersenyum mengejek.

"Eh... aok boleh pulak."

Pappp!

Terpinga-pinga Cicak setelah mukanya ditepuk oleh Naufal. Ternganga dia akibat kata-katanya asyik dipangkah oleh Naufal berserta tepukan dan pelempang yang hinggap di mukanya buat masa sesaat.

"Ta mo, Cak. Ta mo... Your daddy said don't mencarut because you will burn in hell, bebeh."

Hipokrit betul natang ni.

"Don't mencarut, my ass. Aok mencarut boleh pulak? Maderfa..." Belum sempat Cicak mencarut, jari Naufal menekan bibirnya.

"Ta mo baby... Ta mo... Earlier your daddy said what?" Naufal menekan kuat bibir Cicak sambil menggeleng. Geleng je kerja si Naufal ni.

Laju Cicak menarik mukanya. Hampir bercantum keningnya dengan muka dia yang sedia hendak mencarut. Terdiam sebentar Cicak. Hidungnya tercingut-cingut membau bibirnya. Muka Naufal menahan ketawa dipandang.

"Ngape busuk ngat jari aok, siey?"

Naufal ketawa mendengar soalan Cicak. "Aku baru lepaih garu pungkoq, Cak. Kahkahkah... Wangi dak?" jawab Naufal selamba lalu mengabaikan Cicak yang sudah berwajah tegang.

"Babi. Babi. Babi. Eiii habat betoi aok ni! Setan betoi." Bergegas Cicak keluar dari bilik untuk ke kolah. Mencurah-curah carutan keluar dari bibirnya seperti air terjun.

Aku pandang lama pintu yang masih ternganga. Ada budak lelaki berdiri di luar bilik sambil matanya tepat menikam wajah aku. Mo'in. Dia menarik-narik angin, menyuruh aku keluar bilik. [Cepatlah sini!] Mo'in pandang sekeliling. Risau Warden Zewang nampak keberadaannya di sini.

Aku mendepa tangan sebagai isyarat 'apa?'. Dengan malas aku bangun sambil sempat mencuri pandang Naufal yang sedang menyusun kepingan jigsawnya. "Apsal?" soal aku setelah berada di hadapan Mo'in. Mimpi apa datang bilik orang pagi-pagi buta.

Budak Sixth Sense [Completed]Where stories live. Discover now