"Kau yakin ke dekat sini?"
"Berdasarkan koordinat yang Hazim bagi. Yang nilah." jawab Adam yakin.
Aku memanjangkan leher memandang rumah batu milik bomoh yang diberitahu oleh Hazim. Nasib baik budak tu 'kalendar', senang saja bagi kami untuk tahu masa dan tempat ibu Mat Jan selalu pergi. Bahkan nasib baik juga budak tu terror IT. Bertambah senang bagi kami menjejaki tempat ini.
Sebulan lepas, Hazim telah selamat menjalani operation membuang ketumbuhan di kepalanya. Sekejap saja pembedahannya dijalankan kerana ketumbuhannya masih kecil dan tidak kritikal. Nasib ketumbuhan itu masih kecil. Kalau tidak-
"Kau nak buat apa ni?" soal Adam sambil turut mengintai rumah tersebut dari belakang rumah entah siapa ini.
"We stick to our plan." kata aku perlahan. Cukup bagi Adam dan Cicak mendengarnya.
Kalau tidak, mungkin Hazim juga meninggalkan kami. Cukuplah kami kehilangan seorang kawan. Jangan ditambah lagi bilangannya. Tentang Jwani pula, sebulan lepas juga-
Kedua-dua rakanku mengangguk faham.
"Ngape kita kena menyorok?" soal Cicak tiba-tiba.
"Kalau kita tak menyorok. Dia tahu-lah kita kat sini." Adam menjawab dengan bengang yang ditahan-tahan.
"Oooo."
"Line clear dahni." Adam memandang aku, menunggu aku memberi arahan.
"Keknya, tujuan kita datang sini pasai nak jumpa dia dak? Ngape kita kena menyorok?" soal Cicak tidak puas hati lagi.
"Wei! Nantilah tanya tu, cak. We're busy here!" bentak Adam tiba-tiba.
"Ok." Cicak masih dengan muka blurrnya. Kalau aku ada gelang getah, aku lastik dah muka dia ni. Nasib baik dia ni cicak manusia. Lizardman. Eh, lizardboy. Sorry lupa, kami baru empat belas tahun.
"Ok, jom!" ajak aku kemudian berlari menuju ke rumah batu milik Tok Tam, bomoh yang sering dihubungi oleh ibu Mat Jan. Kedua-dua budak tu mengikuti aku dari belakang.
Sebulan lepas juga, Jwani tidak muncul-muncul. Kali terakhir aku berjumpa dengannya adalah di hadapan bangunan hospital. Ketika pulang dari melawat Hazim. Mungkin dia sudah dapat memorinya kembali dan pergi dari sini. Mungkin juga dia sudah malas mengikuti aku ke mana saja. Aku sebenarnya-
Aku memulas tombol pintu. Aku menganalisis situasi. Kelihatan Tok Tam duduk bersila sambil memejam mata dan membaca mantera. Di atas meja, ada mangkuk berisi limau yang telah dipotong, rambut dan daun entah apa. Asap kelabu berkepul-kepul dari kemenyan yang dibakarnya. Tengik. Di hadapannya, ibu Mat Jan sudah mengalir air mata. [Ibu sayang Zan. Tolong datang balik, Zan.] Ah, melampau.
"Berhenti!" teriak aku.
Sejurus Tok Tam membuka matanya. Memandang aku yang berada di hadapan pintu. Ibu Mat Jan terkujat memandang aku. Adam yang baru sampai, memaut bahu aku. Memberi sokongan.
"Kamu siapa?" soal Tok Tam. Dahinya berkerut. [Budak ni ada kelebihan.]
Eh, dia tahu?
Aku mengendahkannya dan memandang tajam ibu Mat Jan, "Makcik, jangan buat macamni. Tak tenang hidup anak makcik." kata aku padanya.
Ibu Mat Jan tersentak, "Ap-apa Apik buat dekat sini?" soalnya gugup.
"Makcik, Jan pesan kat saya suruh makcik hentikan semua ni." aku merapatinya setapak.
"Kamu datang sini nak hancurkan aku ke budak?" celah Tok Tam sambil mencerlung ke arah aku. Di sebelahnya, ada susuk tubuh berwajah serupa dengannya. Adakah itu hantu raya?
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.