#42 - Power Swap

2.9K 285 36
                                    

Perlahan-lahan aku berdiri. Peluh di dahi aku lap. Aku perlu kuat demi sahabat. Melihat sahabat-sahabat aku masih terbongkok, Komando ketawa lantang dan klon aku di hadapan sedang memerhati - membuatkan aku nekad. Nekad untuk menyerang Komando.

Gedebuk! Klon aku jatuh terlentang setelah aku senkang kedua-dua belah kakinya. Mengaduh dia sebelum berguling ke kiri-kanan kerana sakit belakang. Aku toleh ke arah Komando dan jodoh agaknya kerana kami saling berpandangan.

Masa menjadi perlahan dan semua perkara berlaku dalam keadaan slow-motion. Klon aku sedang bangun dan terus dia menyerang Naufal. Tetapi Naufal dapat mengelak biarpun masa dalam keadaan yang sangat perlahan. Ah, minda memang sangat berkuasa. Albert Einstein juga hanya menggunakan 12% daripada potensi otak manusia. Kita? Tak sampai satu pun. Kau jangan melebih.

Komando tersenyum sinis dari jauh. Menghantar isyarat 'mari berlawan'. Laju aku berlari dan menerkam badannya. Bergolek-golek kami seperti iklan golek sampai molek di atas lantai bermozek. Eh, fuh baru aku perasan dia pakai mozek mahal. Cantik pulak tu.

Bukkk! Satu tumbukan padu daripada aku hinggap di tepi mata kiri Komando. Gila cool! Aku rasa macam Tom Cruise dah ketika ni. Tetapi kegembiraan aku hanya seketika sebaik saja kaki Komando menyepak dagu aku, menyebabkan aku terus terundur ke belakang. Kolar baju kemeja aku ditarik agar aku berdiri. Bukkk! Qisas versi tumbuk dibalas penumbuk.

Aku berundur ke belakang. Kuat gila orang tua ni. Pipi kanan yang telah diberi hadiah penumbuk oleh Komando - aku usap. Entah kenapa aku teringat akan Jwani dan aku amat berharap agar dia berada di sini untuk berlawan sekali. Ah, fikir tentang Jwani buat apa Afik oi!

Tanpa berlengah, aku menujah perutnya dengan penumbuk tetapi gagal apabila dia memegang penumbuk aku dan kemudian menujah perut aku dengan lututnya. Gila, dah lah aku puasa. Terus badan aku dicampak.

Gukkk!

Sakit gila oi! Dagu terasa macam dah nak patah apabila terhentak pada lantai. Aku mengusap-usap dagu yang terasa sakit sebelum perlahan-lahan bangun. Rasa sakit aku buang jauh. Apalah sangat rasa sakit itu jika dibandingkan dengan Komando yang bila-bila masa boleh membunuh aku. Ya, mati itu lebih sakit.

Dalam masa beberapa saat, badan aku dah terlontar ke kaki meja. Fak, sakit gila bahu kiri aku. Melihat Komando berjalan ke arah aku, pantas aku bangun dan meloncat ke atas meja. "Common, babeh." sengaja aku 'menganjing' padahal badan sakit gila dah.

Prakkk! Patah kaki meja apabila kaki meja tersebut disepak oleh kaki besi berkuasa turbo Komando. Cepat-cepat aku melompat dan memeluk leher Komando kerana takut jatuh. Komando menyambut tubuh aku dan posisi kami persis seperti seorang suami mengangkat isterinya untuk dibawa masuk ke bilik.

Terletus ketawa kecil dari bibir aku. Kelakar mengenangkan seandainya aku dan Komando merupakan pasangan suami-suami. Gila apa? Pappp! Badan aku dilontar ke dinding. Lagi? "Sial, baru nak bermanja." getus aku. Komando ni takde perasaan betul. Macam robot.

"Kau tak layak, budak. Kau tak layak untuk kuasa kau! Kau tak mampu lindungi diri sendiri!"

Aku memegang dinding sambil menggagahkan diri untuk berdiri. "Waddefak? Apa kaitan baca fikiran dengan lindungi diri? Apa? Kau ingat aku ada kuasa hulk hijau alam tu ke? Common, pakcik. Kami ni budak-budak yang ada sixth-sense bukannya Marvel Avenger atau Boboiboy. Apatah lagi Ironman who is my idol or anyone such as Antman, Spiderman atau Batman."

"Huh?"

"Tahu! Koi pun teringin gak nak ande power semut untuk ngintai oghang perempuan mandi tapi apakan daya saintis Malaysia belum berjaya cipta formula tu!" sampuk Cicak - berdiri tidak jauh dari aku.

Budak Sixth Sense [Completed]Where stories live. Discover now