Bzzzz-bzzzz.
Getaran Asus Zen4 milikku berjaya membuat hatiku aku senang dan gembira. Sengaja aku tukar angin dengan memakai telefon pintar jenama Asus kerana malas menggunakan iPhone yang bateri dia macam celaka tu. Korang percaya ke? Aku tipu je. Si Cicak yang lahanat tu nak pinjam iPhone aku selama seminggu sebab nak tunjukkan pada awek dia bahawa dia juga ada iPhone. Aku sabarkan diri daripada menghempuk iPhone tu pada muka dia.
2-8-0-9. Senang saja password aku kerana ianya adalah tarikh hari jadi aku.
Ah, sibuklah kau Mikael Husni! Password aku 10-88! Jangan percaya kata-kata penulis cerita ni. Dia adalah penipu yang terbesar dalam dunia aku dan mungkin dalam dunia kau. JANGAN PERCAYAKANNYA. I hate you, Mikael Husni. Go die! Go to hell! Kau tak layak hidup dengan penipuan kau! Orang mana-mana pun akan bencikan kau! Sebab kau penipu! Pergi sana! Berambus!
Kau nak kena cepuk ke hanat?
Aku segera mengangkat tangan. Ini kali pertama aku berhubung dengannya. Agaknya dia lupa aku seorang yang bermulut lancar. Tetapi sejak dia mematikan Mat Jan, lama juga aku tidak mengeluarkan kata-kata kesat. Maaf Mikael Husni. Sejak akhir ini aku kuat sungguh beremosi. Jiwa aku tak tenteram. Aku seperti terlupa akan sesuatu tetapi aku tidak ingat apakah sesuatu tersebut.
Pap! Pap! Pap!
Aku tampar pipi aku berkali-kali. Aku tak tahu apa tak kena dengan aku sehingga aku bercakap dengan penulis. Segera aku membuka aplikasi Whatsapp. Kalau dilayankan Mikael Husni ni, sampai bila-bila tak habis sebab dia sentiasa nak menang. Dia rasa dia seorang saja yang betul. Dia memang celaka. Ah, pergi matilah Mikael Husni!
Awk da tido?
Oh, mesej daripada Jwani rupanya. Sudah sebulan aku berkawan kembali dengan Jwani tapi kami masih merahsiakan daripada mamanya. Kalau mamanya tahu, mahu dipancungnya kepala aku dengan teddybear.
Belumlah. Apsal?
Sy bsn.
Bsn tu jadah apa?
BOSAN laaa.
Awk ni baku btol.
X reti sms ke?Kita kan pakai ws
Apsal nak sms?
Sms tu dulu org pakai dulu
Sbb nak jimat kredit
Sbb tu orang pendekkan
Tahu tak?
Bangang
Simpan sikit bangang tu
Jangan tunjuk sangatHmm
Mula dah perangai dia. Aku tak tahu kenapa dia nak terasa? Berbeza dengan dia ketika hantu dulu. Kenapa? Kenapa? Arghhh!!!
Gedebukk!
Aku buka mata. Dahi aku kesat dengan kuat. Berpinar rasa. Lama rasanya untuk aku proses apa yang sedang berlaku. Rupanya aku sedang terbaring di atas lantai. Ah, jatuh dari katil-lah ni. Aku duduk bersila sekejap.
Bzzzz-bzzzz.
Getaran Asus Zen4 milikku berjaya membuat hatiku aku senang dan gembira. Sengaja aku tukar angin dengan memakai telefon pintar jenama Asus kerana malas menggunakan iPhone yang bateri dia macam celaka tu. Korang percaya ke? Aku tipu je. Si Cicak yang lahanat tu nak pinjam iPhone aku selama seminggu sebab nak tunjukkan- Eh? Macam pernah alami perkara ni.
Devaju?
Ah, persetankan semua itu. Aku buka telefon. Ada notification daripada group Whatsapp dan Twitter. Aku buka Twitter dulu kerana group Whatsapp kebanyakan hanya merepek dan merapu. Tiada point penting langsung mereka tu.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
Ficción GeneralStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.