Aku menopang dagu, melihat Cikgu Pejey mengajar di hadapan. Hari ini Cicak tidak hadir, aku masih tertanya mengapa tetapi nanti-nantilah aku tanya. Maka, hari ini ada 'pelajar' baru belajar bersama kami. Jwani. Hari ini, Jwani duduk di tempat Cicak. Tidak seperti selalu di mana dia bermain dengan hantu-hantu lain di sekolah.
"Psss.. awak." bisik Jwani.
"Takpayah bisik. Orang lain tak dengar pun suara kau." kata aku sambil mata tetap memandang Cikgu Pejey.
"Sorry sorry."
"Hm, kau nak cakap apa?"
"Ada budak baru masuk hari ni."
"Hm? Kelas aku ke?"
"Ha'ah."
"Kau tahu dari mana?"
Jwani tersengih, "Saya jalan-jalan dekat bilik guru tadi, ada diorang dua dekat sana. Handsome!"
"Ok." balas aku sambil lewa, sebenarnya aku langsung tak berminat dengan kata-katanya kerana ada satu lagi perkara yang membuatkan aku hairan. Mikael tidak hadir pada hari ini. Ya, itu menghairankan. Tidak mustahil Mikael ada sesuatu kerana Mat Jan juga senyap tanpa memberitahu tentang sesuatu. Jwani mencebik mendengar balasan aku.
"Hah! Awok ni siapa pulok?"
Suara Cikgu Pejey membuatkan aku mendongak, ada dua orang lelaki di muka pintu kelas. Kembar. Dan muka mereka seperti... Mikael? Sebenarnya Mikael baru saja masuk pada pertengahan tahun baru ini, dan dia menghilangkan diri pada hari ini. Dan kembar berdua itu, mukanya sama seperti Mikael. Ada sesuatu tak kena di sini. Aku dapat rasakannya.
"Mikael?" soal Cikgu Pejey kehairanan.
Yang seorang tersengih manakala seorang lagi mukanya serius. "Saya Naufal. Ini abang saya, Naqib." kata budak yang tersengih sedari tadi. Aku perasan potongan badannya juga sama seperti Mikael.
"Kembar?" Cikgu Pejey mengangguk kepala. "Haritu afrina ganggu, kalini aokme ganggu. Hah, pi duduk. Ramai betul budak baru tahun ni." rungut Cikgu Pejey.
Kembar itu mengangguk sebelum menarik kerusi dan meja yang tidak digunakan di belakang kelas - ke tepi kelas iaitu di belakang Adam. Semua murid memandang mereka hairan, muka mereka bukan saja serupa dengan Mikael bahkan suara mereka juga hampir sama. Dan muka itu bukan saja serupa bahkan seperti klon. Terlampau serupa.
*****
Waktu rehat.
Benda pertama berlaku bila ada budak baru masuk, semua budak mengerumuni kembar seperti lalat. Jadah apa? Mereka cuma tanya asal dari mana dan kenapa pindah ke sini. Takde seorang pun bertanya atau bercakap tentang Mikael kepada mereka! Aku bengang sebenarnya, seolah-olah Mikael tidak penting bagi mereka.
Jwani menolak-nolak bahu aku, "Pergilah tegur dia." katanya sambil tersengih. Dia bersila di atas meja, di tangannya ada keropok pisang. Aku syak dia curi dari kantin ni.
"Sabarlah."
Apabila hanya ada Cicak yang berborak dengannya, aku mulai membaca fikiran mereka. Aku harus kerana perkara ini begitu mencurigakan! Naqib berdiam sedari tadi, berbeza sungguh dengan adik kembarnya, Naufal.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.