Hazim. Hazim boleh melihat masa hadapan seseorang berdasarkan visual sekarang. Contohnya, kalau kau ada dua pilihan ; bunuh diri atau hidup. Dan kau pilih hidup, maka kau akan berjaya di masa depan tetapi ia bergantung pada effort kau. Dan jika kau pilih mati, orang lain akan tereffect sekali. Kerana kata Hazim, hidup manusia saling berkait.
Adam. Adam pula boleh membaca emosi orang dan mewujudkan halusinasi. Dia boleh menghasilkan halusinasi seperti menunjukkan sesuatu yang menggembirakan seseorang apabila orang itu sedang bersedih. Dia pernah membantu aku sekali, dia mewujudkan kenangan aku sewaktu kecik untuk menggembirakan aku. Tetapi kini, dia sudah berhenti kerana aku menghalangnya daripada tidak membenarkan aku layan perasaan.
Cicak. Cicak atau nama sebenarnya Adif berbeza dengan Hazim. Cicak boleh melihat masa lepas seseorang. Ini lagi bahaya dari masa depan, bukan? Caranya senang, kau tak boleh biarkan mata kau dan mata dia bertembung. Elakkan. Lagi-lagi perempuan, memang suka benar si celaka ni teroka masa lepas orang.
Dan setakat ni, mereka sentiasa menggembirakan aku. Aku bukan tak tahu Hazim bukan gay, aku cuma sengaja buat-buat tak tahu. Segaja mengenakannya. Dan sebelum aku demam, kepala aku sering sakit dan menyebabkan aku tidak dapat membaca fikiran Hazin sekaligus menyebabkan aku tidak tahu tentang kelebihan Mat Jan. Dari dulu aku tak mahu teroka fikiran Mat Jan kerana dia seorang yang membosankan. Kalau aku baca dari awal, mungkin aku boleh ubah masa hadapannya.
Ah bodoh, manakan boleh aku membantunya? Dia sendiri tidak dapat membantu dirinya sendiri.
Aku tongkat dagu dengan tangan. Buku latihan sains aku pandang kosong. Fikiran aku melayang tika ini. Ia sibuk memikirkan tentang masa hadapan. Aku harap aku ada kuasa seperti Hazim. Maka, aku boleh lihat masa hadapan dan mengelakkan celaka. Tapi kata Hazim, kita perlu hadapi masa hadapan dan bukannya melarikan diri.
"Ah kusut!" getusku.
"Kenapa?" tanya dia yang menongkat dagu di tepi meja, memandang aku.
"Sebab kau lah."
"Aik? Apa saya buat?"
Aku diam. Pensil mekanikal aku pusing-pusing dengan jari hantu dan jari telunjuk.
"Jadi, awak boleh tolong tak?" soalnya.
Aku meraup muka. Kematian Mat Jan masih menghantui aku sebenarnya. Aku rasa bersalah sekaligus rasa sedih kerana tak sempat berkenalan dengannya dengan lebih rapat. Sedangkan aku mengenalinya sejak prasekolah. Maksudnya, dah 9 tahun aku kenalnya dan aku langsung tak cuba rapat dengannya.
"Awak!" sergahnya.
"Hah?" Aku mengusap dada. Kuat betul dia ni menjerit. Nak bagi satu rumah dengar ke apa? Tapi itu lah, satu rumah takkan dengar kerana hanya aku di dalam dimensinya.
"Apsal kau jerit?"
"Hehe.. Tolong ya?"
Nafas panjang aku hela. Aku perlu bantu dia atau tidak? Kalau arwah Mat Jan masih ada, mungkin aku tak perlu serabut fikirkan pilihan mana perlu aku pilih. Tiba-tiba, ringtone iPhone 5s aku berbunyi. Ah, tepat pada masa!
"Hello?" aku bersuara.
"Assalamualaikum."
"Wa'alaikumusalam." jawab aku. Dari suara pemanggil, aku tahu siapa pemanggil. Adam.
"Kau okay?"
Soalan itu sering kedengaran sejak akhir ini. Okay? Apa yang okaynya selepas kematian seorang kawan dan mendapat kelebihan baru yang langsung tak seronok? Tetapi aku tetap juga menjawab, "Aku okay."
"Sorry aku tak datang tadi. Aku kena balik Kedah."
"Rilekslah. Aku okay."
Adam menghela nafas berat di sebalik telefon. "Macammana boleh jadi macam tu?" soalnya.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.