#46 - Realiti Kehidupan

2.3K 237 29
                                    

Setiap manusia diberi ujian masing-masing sama ada berat atau ringan seperti mak Mat Jan kehilangan seluruh ahli keluarganya dan tak mungkin akan bertemu lagi dengan keluarganya. Ujian itu berat. Ujian aku rasanya tidak terlalu berat seperti mereka yang lain. Aku hanya diuji dengan kesakitan dan tanggungjawab. Aku masih belum rasa bagaimana sakitnya kehilangan orang tersayang.

Sekali lagi aku jejak ke tempat yang paling aku benci ; hospital. Kenapa? Rasanya aku sudah terangkan perkara ini banyak kali. Hospital adalah tempat di mana aku menanggung kesakitan dan kehilangan seorang kawan, almarhum Mat Jan. Aku masih terkesan dengan pemergian dia kerana aku tak pernah cuba untuk rapat dengannya. Rasa kehilangan? Tak, aku cuma menanggung perasaan bersalah yang amat mendalam.

Angkat kepala, aku perhatikan manusia sekeliling. Mereka berkejaran ke sana - ke sini, sibuk dengan pesakit dan mungkin mereka yang sakit. Manusia berseragam putih, doktor, berjalan dengan laju. Bagi mereka, masa sedang mengejar mereka. Masa tak pernah menunggu kita. Sedar tak sedar, hampir sepuluh tahun aku hidup dengan kelebihan yang aku ada. Haih. Aku tundukkan kepala. Lampu masih menyala dan aku masih duduk di hadapan bilik kecemasan.

Taufik mundar-mandir di hadapan aku. Kejap-kejap dia mengintai apa yang berlaku di dalam bilik kecemasan. Malangnya, dia tak dapat tengok apa-apa kecuali doktor-doktor di sekeliling Mo'in. Aku masih hairan kenapa dengan Mo'in. Apa yang sebabkan dia bunuh diri? Tadi Taufik ada cakap sesuatu tentang Mo'in. Kalau tak silap aku, dia kata Mo'in ni anak ya-

"Kau dah tepon parents dia ke?" Taufik bersoal, berdiri tepat di hadapan aku.

"Hah?" Blur, aku mengerutkan dahi. Taufik kejutkan aku dari persoalan yang berkejar-kejaran di minda.

"Parents dia. Kau dah tepon ke?" soal dia kembali.

"Oh, Adam dah call tadi."

Taufik melepaskan keluhan berat. Buntutnya dilabuhkan sebelah aku. "Aku tak sangka benda ni jadi..." Belakangnya disandar pada kerusi dan kemudian matanya dipejam rapat. Tangan disangkut pada dahi dan fikirannya mula menerawang.

"Sebenarnya apa yang jadi?" tanya aku langsung. Berkias atau menjaga hati bukan solusi untuk perkara yang berlaku sekarang.

"Mo'in, dia suka engkau."

"Aku tau."

"Ye, aku tahu kau tahu. Tapi kau tahu ke kenapa dia suka engkau?"

Aku tarik nafas dalam-dalam.

Lepas.

"Kalau aku boleh tau aku tak-"

"Aku tau pun sebab baca fikiran dia. Kau tak pernah nak tahu apa yang berlaku sekeliling kan Afik?" Taufik memintas percakapan aku.

Pergh, makan dalam kejap. Ya, betul apa Taufik cakap. Aku tak pernah nak tahu tentang apa yang berlaku di sekeliling aku. Aku sibuk dengan kelebihan aku, sibuk dengan kawan-kawan dan sibuk dengan Jwani. Aku tak kisah tentang orang sekeliling sampaikan Jwani pernah sekelas dengan aku pun aku tak pernah tahu. Jadi, aku pentingkan diri? Mungkin boleh dikatakan begitu. Mungkin. Heh, masih dengan ego kau Afik.

"Dulu-"

Aku angkat kepala, memandang Taufik yang baru memulakan cerita yang mungkin jawapan kepada persoalan yang bermain di minda aku.

"keluarga Mo'in ni OK. Dari sekolah rendah, Mo'in tak pernah tak bahagia dengan hidup dia. Apa dia nak, semua dia akan dapat. Tapi kau tahu kalau Allah nak tarik nikmat, Dia tarik je. Kunfayakun. Kalau manusia tu memang sedia dari awal, dapatlah dia bertahan. Tapi keluarga Mo'in?"

"Apsal?"

Taufik tunduk, "Tak bertahan. Mereka tak dapat hidup tanpa duit, tanpa kerjaya yang tetap. Jadi, masa Mo'in tingkatan satu dia pindah dekat sekolah kita ni. Kau perasan tak sekolah kita ni ramai budak baru?"

Budak Sixth Sense [Completed]Where stories live. Discover now