Baldi aku letak atas lantai. Kesemua pakaian basah sudah siap aku sidai. Aku memang selalu basuh pakaian dan menyidainya waktu tengahmalam kerana tidak ramai orang. Air di dahi aku lap dengan lengan. Tabiat agaknya sebab aku memang akan lap apa-apa dekat dahi dengan lengan. Rasa tak selesa kalau ada apa-apa di dahi.
Aku pandang langit yang gelap tetapi disurami cahaya bulan. Bergugus bintang berkelipan di kelilingnya. Lama betul langit tidak meriah seperti ini. Sebelum ini, hanya ada beberapa butir bintang dan bulan juga pucat. Ketika di hospital dua tahun lepas, aku dimasukkan ke dalam hospital kerana mempunyai pendarahan di kepala. Pendarahan semula jadi seperti abang Alif. Pelik bukan? Tetapi, tiada yang mustahil dalam dunia ni.
Siapa sangka umur aku akan mencapai tujuh belas tahun pada lima bulan hadapan yakni pada bulan september. Cakap tentang masa hadapan, firasat aku mengatakan aku akan dapat kuasa melihat masa hadapan dalam masa terdekat ini. Tetapi entah bila hari itu akan tiba. Masa hadapan lebih menakutkan sebenarnya. Bagaimana jika aku terlihat masa hadapan sendiri dan di masa hadapan itu adalah kematian diri sendiri? Ah, mati itu bila-bila masa boleh tiba. Apalah kau ni Afik.
Krakkk.
Aku hanya buat tidak tahu akan bunyi pintu itu. Dia tidak ada kerjalah tu sampai nak kacau orang tengahmalam macamni. Aku ingin nasihat, jika perkara seperti berlaku kau jangan lari atau tunjuk kau takut. Kau perlu acah rileks (walaupun aku takut sebenarnya) dan terus berlalu dalam keadaan rileks. Kalau tangan kau terketar dan dada terasa sempit, maknanya dia tahu kau tahu dia ada.
Aku angkat baldi dan memusing tubuh untuk balik ke kawasan kolah. Ada hantu perempuan berbaju putih rabak berdiri di tepi lorong. Aku menarik nafas lalu berjalan melintasinya tanpa memandang. Zasss. Angin sejuk menyapa tubuh, ertinya dia ingin ajak aku 'bermain'. Ah, aku tidak ada masa untuk bermain. Esok kelas pendidikan Islam. Ustaz Komando garang pulak tuh.
"Hei~"
Aku meneruskan langkah ke bilik asrama. Tidak menghirau sapaan daripada hantu perempuan tadi.
"Kau taknak main dengan aku?~"
Belum sempat tombol pintu aku pulas, tangan aku ditarik. "Apahal?" soal aku malas.
"Kau tak takut?" soalnya. Taringnya panjang keluar di celahan bibirnya yang hitam dan buruk. Matanya tidak kelihatan kerana disorok oleh rambutnya yang jatuh di muka.
"Aku takut pada Allah." balasku lalu memulas tangannya. Menjerit terus dia apabila aku menambah daya pada pulasan.
"Apik?" sapa satu suara dari dalam bilik asrama membuatkan aku berhenti. Aku toleh belakang melihat gerangan yang menyapa. Naufal bercekak pinggang dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi menahan pintu. Aku toleh kembali ke hadapan, hantu tadi telah lenyap.
Aku sangkut tangan pada bahu Naufal. "Thanks." ucapku lalu masuk ke dalam bilik asrama. Eh, terlupa pada baldi. Aku berniat awal tadi nak letak tepi kolah. Nampaknya esok pagilah aku letak dekat tepi kolah.
Seluruh badan terasa penat lagi-lagi maghrib tadi aku berlawan dengan Botak. Kau tahu, bila dirasuk manusia boleh jadi sangat kuat. Badan aku sakit gila walaupun berlawan sikit je. Ah, tidur dululah.
*****
Rasanya fikiran aku tidaklah sekolot ketika berumur empat belas tahun dulu. Semakin membesar, semakin aku berfikir secara matang. Mungkin tidak disebabkan faktor umur sebaliknya faktor sekeliling. Semakin besar, fikiran rakan-rakan semakin berubah. Maka, aku perlu ubah cara berfikir untuk memahami fikiran mereka dan menyesuaikan diri dalam persekitaran.
"Afik, nanti hantar semua buku latihan atas meja saya." pesan ustaz Komando sebelum melangkah keluar kelas dengan selamba. Tidak sempat kami memberi salam. Biasalah, ustaz hanya panggilan cikgu yang mengajar subjek pendidikan Islam. Ustaz Komando adalah bekas askar operasi khas yang menukar pekerjaan kepada cikgu. Baru saja sebulan dia mengajar kami. Tetapi dia seorang yang misteri sedikit sebab dia sentiasa sendirian.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.