"Eh?" Aku menelan liur.
Sebaik saja aku membuka mata, aku berada di tengah hutan. Rasanya baru saja aku menutup mata, bagaimana pula aku boleh bangun dan berada di sini? Pokok-pokoknya berwarna hijau pucat. Langit gelap tetapi tiada sebarang awan. Hanya ada cahaya seperti cahaya bulan tetapi tiada sebarang bulan kelihatan. Udara sejuk mencengkam segenap tubuh aku yang tidak berbalut sebarang baju.
Aku beranikan diri berjalan merentasi hutan tersebut. Aku tak pernah pergi ke sini, apatahlagi melihat tempat ini. Suasana di sini begitu senyap, tiada bunyi burung atau bunyi air. Hanya ada bunyi angin. Aku teruskan langkah, mencari jalan untuk keluar. Entah kenapa rasa tidak sedap hati menjengah di hati.
"Kau siapa?" sapa suatu suara.
Bulu roma aku menegak, langkah aku terus berhenti. Aku beranikan diri, memusing ke belakang. "Mat... Mat Jan?" aku terlopong.
"Ya Allah, Apik?" Mat Jan terus memeluk aku.
Aku masih membeku. Masih tidak faham dengan apa yang berlaku. Aku melonggarkan pelukan Mat Jan, "Acane kau boleh ada dekat sini?" soal aku.
Mat Jan ketawa, pelukan terus terlerai. "Kau dekat alam ghaib." jawabnya, sekaligus menjawab persoalan minda aku tentang di mana keberadaan aku sekarang.
"Alam ghaib?"
Mat Jan mengangguk.
"Acane kau boleh ada dekat sini?" soal aku lagi, tetapi dengan nada yang berbeza.
"Semua dekat sini ada urusan yang belum selesai."
"Maksud kau?"
"Baik kita jalan." katanya lalu berjalan meninggalkan aku.
Aku berjalan laju untuk menyaingi langkahnya, "What do you means by everyone here ada urusan belum selesai?"
"Semua dekat sini, ada sesuatu yang mereka belum selesaikan di dunia. Macam pakcik tu," Mat Jan memuncungkan bibir ke arah seorang pakcik berpakaian lusuh yang sedang duduk bersandar di sebuah pokok. "Dia tak sempat mintak maaf dengan bini dia." jelas Mat Jan.
Jadi, alam ghaib untuk orang yang belum selesaikan sesuatu di dunia. Maknanya, "Kau ada hutang apa dekat dunia, Jan?" tanya aku. Mungkin terlalu mendadak soalan ini tetapi aku perlu tahu juga tentangnya.
Mat Jan menghembus nafas berat. "Aku tak sempat mintak maaf." jawabnya, suaranya lemah. Mungkin kerana dia telah mati dan bukan manusia.
"Apologize to who?"
"Ibu aku."
"Apsal? Kau buat salah apa?"
"Aku tak buat salah apa-apa."
"Eh?" aku memandang sekeliling, orang-orang mati mula kelihatan di merata-rata. Aku tahu mereka bukan manusia kerana cara mereka berjalan, seperti Mat Jan. Cara mereka jalan seperti tiada arah tuju.
"Apa maksud kau, tak buat apa-apa? Jadi, acane kau boleh ada dekat sini?"
"Ibu aku... tak redha dengan kematian aku." jelasnya, tahu dia tidak boleh berbuat apa-apa.
"Mana ada ibu yang redha, Jan."
"Dia jumpa bomoh."
"Hah?" Sedikit terperanjat, aku memukul bahu Mat Jan. Sejuk. Badannya sejuk, tidak seperti manusia. Macammana aku tak perasan ketika memeluknya tadi?
"Ya, dia mintak bomoh tu hidupkan aku balik."
Aku seakan tidak percaya mendengar kata Mat Jan. Bomoh. Sejak kecil aku dididik oleh mak dan ayah agar tidak mempercayai golongan tersebut. Maka, aku agak terkejut mendengar kata Mat Jan apatahlagi ibunya seorang wanita yang tidak menunjukkan dia mempercayai perkara begitu.
"Lepastu, acane kau nak lepas dari masalah ni?"
"Aku... tak tahu."
"Kejap." Aku berpeluk tubuh, "Aku rasa... aku boleh tolong kau."
Mat Jan memandang aku, seakan tidak percaya. "Be-betul ke, Pik?" soalnya.
"Kau rasa aku bergurau ke?"
"Ya Allah, terima kasih weh!" katanya lalu tiba-tiba cahaya menusuk kornea mataku.
Aku menggosok-gosok mata. Cahaya tadi begitu terang rasanya. Perlahan-lahan aku kembali membuka mata, "Ahhhh!" jerit aku apabila ada muka hantu perempuan hanya seinci daripada muka aku, matanya merah, bibirnya pucat. Terus aku menutup muka dengan lengan.
"Hahaha!"
Terbahak-bahak hantu itu ketawa. Aku membuka mata dan terus duduk. Hantu perempuan bergaun merah tidak henti ketawa terbahak-bahak. Ada kesan darah di kepalanya, aku dapat agak dia mati kerana eksiden.
"Hoi, nak mati ke!" teriakku kepadanya.
"Maaf. Kelakar sangat!" jawabnya. Kemudian hantu itu tersengih sebelum menundukkan badannya. "Jwani suruh saya kejut. Maaf ya?" pintanya lalu dia melompat dan terus hilang. Sekali lagi, aku cemburu dengan hantu. Ah, mana ya budak Jwani ni? Acap kali dia mengenakan aku.
"Jwani!"
"Iye!" Jwani muncul di hadapan aku, tersenyum. Serasa sejuk di hati melihatnya tersenyum tetapi dia tetap telah berbuat kesalahan.
"Kau suruh kawan kau kejut aku?"
Dia tersengih, "Saya suruh kejut je."
"Kau tahu tak dia nak cium aku tadi?" soal aku, sengaja menambah-nambah.
"Awak tipu. Safa bukan macam tu."
"Safa nama dia?"
"Em!" Jwani mengiyakan kemudian memandang ke arah jam dinding, membuatkan aku turut memandangnya. Jam 0605. "Saya kejut supaya awak sembahyang." katanya.
"Sembahyang?"
"Subuh."
"Eh?" Jwani mengejutkan aku untuk solat subuh. Sekali lagi, Jwani ni spesies apa?
"Bangunlah." katanya, menarik lengan aku supaya bangun.
Aku hanya mengikutinya, "Apsal kau kejut?"
"Kan rutin harian awak?"
"Ah, ya jugak kan?"
"Lagipun, saya rasa tertarik dengan cara awak sembahyang."
"Mungkin kau patut cuba."
"Awak rasa macam tu?"
Aku mengangkat bahu, "Aku gurau je." Kemudian, aku berlalu ke bilik mandi. Aku masih tertanya sebenarnya, aku ke alam ghaib tadi mimpi atau realiti? Atau sebenarnya aku boleh ke sana jika aku sedang tidur? Ah, entah!
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
Narrativa generaleStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.