Sir Ed menghempas buku atas meja. Kepalanya diteleng ke kanan-kiri-kanan. Kemudian atas-bawah. Keluhan berat dilepaskan. Tiga per empat muridnya sudah tertidur. [Why am I teaching this class? Bullshit!] Murid-muridnya dipandang malas. Menyampah.
"Are you okay, sir?" soal aku.
Sir Ed menggeleng. "Okay class, wake up!" Arahnya dan semua murid bangun dalam keadaan mamai. Ada yang air liurnya menjejes atas meja.
"Don't forget to do your homework. Okay?"
Semua murid mengangguk dengan sebahagiannya sedang mamai. Melihat semua murid berwajah kebosanan, Sir Ed keluar kelas dengan menjinjit briefcasenya. Wajahnya kelat.
"Ngapenya sir tu?" tanya Cicak. Matanya ditenyeh-tenyeh. Ada tahi mata melekat di jarinya, terus diselet pada meja. Pengotor.
"Sebab kau lah." jawabku.
"Ngape koi pulok kena?" Cicak mempersoalkan jawapanku. Belakangnya disandar pada kerusi, kaki dilunjuk ke depan.
"Dah engkorang tidur. Orang putih tu duk terteleng-teleng kepala tengok korang. Kesian dia hahahaha." Aku ketawa namun tidak disambung oleh Cicak. Rasa malu tu aku cover dengan menggosok bibir. Tak sangka lawak aku sangat hambar.
"Emmm.. emm.. " Cicak menganguk tetapi kepalanya memandang Afrina. Afrina menyinsing lengan baju sekolahnya hingga ke siku. Sedang ketawa dengan Nurin.
"Fuck you, cicak. Hah, kahwinlah kau dengan dia!"
Cicak menutup muka, malu-malu dengan perlian aku. "Janganlah! Awal lagi lah kahwin-kahwin ni." katanya sambil menolak-nolak bahu aku.
"The-f?
Mikael memandang kami hairan. Begitu juga Hazim dan Adam. Adam baru sampai pagi tadi. Gila mamat ni. Dia siap-siap pakai baju sekolah dari Kedah pagi tadi dan terus ke sekolah.
"Apsal?" tanya aku pada mereka.
"Apsal dengan cicak tu?" soal Mikael. Dahinya berkerut-kerut.
Aku pandang Cicak kemudian pandang Mikael. "Cicak crush on Afrina." jawab aku selamba.
"Wei! Bodoh lah aok ni! Ngape bagitahu!"
Dan satu kelas ketawa. Nasib kaulah Cicak. Aku alih pandangan pada Adam yang tempatnya terletak di tepi tingkap. Sebenarnya aku tengok 'benda' yang berada di luar tingkap sebelahnya. Ada Jwani. Dia sedang bermain dengan sekor hantu budak di luar kelas. Aku tak tahu nak bantu Jwani ni macammana sebenarnya.
"Ngape pandang Adam macam tu?" tanya Cicak tiba-tiba. Keningnya diangkat-angkat.
"Apsal?"
"Gay eh?"
"Kepala hotak engkau."
Cicak mengecilkan matanya, tidak percaya pada aku. [Saja nak kenakan aok hahahaha] Apa bodoh dia ni?
"Sorry cak. I read your mind." kata aku dan terus bangun apabila loceng rehat berbunyi.
"Wei, mana aci!" teriak Cicak.
Aku abaikan Cicak dan terus keluar kelas untuk mengejar Jwani.
"Kau buat apa?" tanya aku pada Jwani.
Jwani yang sedang mengusap kucing terus mengangkat muka. Jasadnya bercahaya. Aneh, bukan? Dari awal aku tertanya dia ni hantu jenis apa.
"Kucing ni comel." pertanyaan aku dijawab dengan jawapan lain.
"Kau nak makan tak?" tanya aku.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.