Panggg!
"Sedap?" soal Andre mengejek. Hilang benar kesabarannya kali ini. Baginya, perempuan di hadapannya itu sudah melampaui batas. Mencabar kesabaran seorang lelaki seperti Andre. Kalau sebelum ini dia membiarkan perempuan itu menggedik, kini dia tidak akan membiarkan lagi.
"Kenapa? Kenapa lo belain dia? Kenapa lo suka sama dia? Tegarnya lo sakitin hati gue! Emangnya apa lebihnya dia? Enggak ada! Coba deh, enggak pikirin dia terus. Jadi kita gimana!" bentak perempuan itu, bernama Maria.
"Perempuan macam kau ni..." Andre menelan liur. Egonya membukit. Amarahnya meninggi ke kepala. "Ada hati ke?" Andre bersoal sinis.
"Wei... kelakor giler!" bisik Cicak di telinga aku. Ya, kami sedang melihat Andre dan 'teman wanita'. Mereka sedang bertengkar di sudut kantin. Suasana kantin menjadi sepi seketika tadi apabila kedengaran bunyi penampar melekap di muka seseorang.
"Shut up, Cicak. Just enjoy the show." kata aku sambil menolak kepala Cicak ke menunduk. Cicak tersengih kemudian kembali menonton drama di kantin sekolah ini. Jarang benar berlaku drama seperti ini. Kesemua budak di kantin sedang menonton sinetron yang dimainkan oleh Maria dan Andre.
"Kau... bila kau menggedik dengan aku. Aku masih tak kisah. Tapi bila kau sakitkan hati Afrina dan pergi terus terang dengan dia. Itu dah melampau. Perempuan gila! Kau pergi balik Indonesia lah wei! Serabut buat sinetron dekat sini! Serabut!" Andre mengetap rahang usai berkata. Bergerak-gerak rahangnya menahan marah.
"Dasar laki-laki sialan!"
"Sialan pulak dah? Dulu kau kejar aku, sibuk pegang-pegang aku. Kau tak rasa aku sial pulak? Eh, sial la kau ni."
Ini kali pertama kami lihat Andre naik angin sebenarnya. Memang betul sebelum ini Maria sering mengejarnya. Tetapi aku tetap tidak berkenan dengan caranya melayan Maria. Dia seorang lelaki dan lelaki sepatutnya melindungi perempuan. Bukan mengasari mereka.
"Dulu lo selingkuh sama dia, lo enggak pikirin perasaannya? Kok sekarang lo mau pikirin perasaannya? Lalu perasaan gue gimana? Emang lah lo. Dasar-"
Panggg!
Aku bangkit dari kerusi. Bila dah masuk kali kedua perkara itu berlaku, bagi aku itu sudah melampau.
"Weh, aok nok pergi mana? Toksoh masuk campur lah, Fik."
Aku menghampiri mereka.
"Andre, this is wrong. Kau tak boleh buat perempuan macam ni."
Andre menolak aku ke belakang. "Kau jangan masuk campur. Betina ni rosakkan hubungan aku dengan Afrina!" Nafas Andre mula laju.
"Sekarang ni kau curang. Kau tak boleh letak kesalahan pada Maria semata-mata."
"Apahal kau nak bekap dia?!" tengking Andre hingga tersembur sedikit air liur ke muka aku. Aku terus kesat air liur di muka. Yucks.
"Alasan kenapa Afrina mintak putus dengan kau bukan salah Maria! Tapi salah kau sendiri!" aku pandang Maria. "Pergi balik kelas kau, Maria. Sekarang waktu kau belajar kan? Kau tu baru tingkatan tiga. Ada banyak lagi masa untuk cari ilmu berbanding cari benda lain." aku jeling Andre.
Maria menghentak kaki sebelum berlalu. Apahal pulak hentak-hentak kaki? Aku pulak yang lempang kau nanti. Bahu Andre aku tepuk tiga kali. Petua Adam jika ingin merendahkan amarah seseorang. Sama ada peluknya, tepuk bahunya atau tepuk belakangnya.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
Aktuelle LiteraturStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.