#40 - Balik Rumah

3K 291 68
                                    

"Oi dik! Bangun!"

Aku kesat mata berkali-kali. Kelopak mata seperti digam dan rasa pedih mencucuk biji mata sebaik saja cahaya memasuki kornea. Mata aku paksa buka dan kelihatan abang Alif memandang aku di hujung kaki. Dengan mamai, aku bangun lalu bertukar posisi kepada duduk.

"Mak bising dah dik. Kau dah lah tak solat asar lagi. Kejap lagi nak bukak puasa dah."

Aku menutup mulut apabila muka spontan merenggang untuk membenarkan oksigen masuk atau dipendekkan, menguap. "What time is now?" tanya aku lalu menggosok leher. Mulut aku kesat, takut-takut ada air liur. Tiada. Nasib baik.

"Eighteen three-seven."

Bulat mata aku apabila mendengar jawapan abang Alif. "Seriously? Apsal tak kejut?" Melihat abang Alif ketawa, aku terus berlari ke atas untuk mandi dan solat. Walau jahat mana pun aku, aku belum lagi sampai tahap sanggup merongakkan solat. Kau tahu kan rupa orang bergigi rongak macammana?

Aku balik rumah pada tengahari tadi. Memang setiap hujung minggu kami dibenarkan pulang dalam bulan puasa. Hanya segelintir orang yang tidak balik kerana ibu bapa mereka tidak dapat menjemput mereka atas bermacam faktor dan ada juga yang sengaja tidak mahu pulang kerana ingin melepak bersama rakan. Berbuka puasa makan maggie agaknya mereka tu. Makcik dema mana ada.

*****

Aku pandang muka mak yang duduk berdekatan dengan hujung meja - bertentangan dengan aku. Hari ini, tempat duduk kami berbeza. Ya, ia amat menghairankan. Ayah duduk di hujung meja, berbeza dengan hari lain di mana ayah duduk di hujung meja.

"Ada guests ke mak?" tanya aku.

Mak hanya tersenyum lalu memandang pintu sekilas. Ya, mak sedang menunggu tetamu terhormatnya. Ah, aku benci situasi ini. Situasi di mana ada tetamu mak datang dan tetamu itu pastinya entah makcik-makcik mana yang aku tidak kenal dan pastinya rakan-rakan group Whatsapp mak.

"Assalamualaikum!"

Teriak satu suara dari luar. Keluhan aku lepaskan. Tiada orang lain melainkan aku yang harus melakukan hal itu. Ya, hal itu. Hal yang paling aku malas. Sekejap lagi mak pasti akan berkata-

"Afik, pergi bukak pintu."

Ya, seperti ramalan.

Dengan malas, aku bergerak ke pintu. Tombol pintu aku pulas dan tercegatlah tetamu terhormat mak di hadapan pintu. Aku menunduk kepala sesaat sebagai tanda hormat dan kemudian mengangakan pintu. "Come in, aunt."

"Thank you, child."

Mrs. Kim tersenyum seketika kepada aku kemudian terus masuk ke dalam rumah. Kim Jae Eun tercegat di depan pintu - di hadapan aku. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirnya. Entah kenapa rasa benci kepadanya perlahan-lahan pudar. Lagi pula, kami masing-masing sudah dewasa. Kau faham maksud aku, bukan?

"Masuklah."

Kim Jae Eun tersenyum lebar, mengangguk kemudian laju mengejar maknya yang sudah pun berada di ruang makan. Aduhai, ini rupanya tetamu terhormat mak. Kawan baik mak ketika di universiti dulu. Sehingga rumah masing-masing pun sampai bertentangan. Kahwin pada tarikh yang sama dan melahirkan anak juga pada tarikh yang sama. What kind of friendship is that? Atau memang persahabatan perempuan macam tu?

"Afik! What are you doing?"

Suara mak menerjah berjaya membuat letusan tawa kecil keluar dari bibir aku. Adoi, masalah aku adalah aku suka berfikir panjang. Mungkin kerana aku selalu membaca fikiran orang atau mungkin kerana-

Budak Sixth Sense [Completed]Where stories live. Discover now