"Plan tadi dah baguih, plan lagu mana lagi hang mau woih!"
Suasana tegang di ruang tengah rumah aku. Naufal bercekak pinggang - bertekak dengan Adam tentang plan yang kejap jadi dan kejap tak jadi. Cicak pula meniarap di atas sofa sambil menonton kartun Spongebob. Remote televisyen dia pegang kemas agar tak terlepas ke tangan orang lain. Padahal bukan milik dia.
"Tang mana baguihnya, Naufal? Tang mana? Cuba hang tengok balek plan kita tadi. Kalau kita ikut plan tu, kita semua boleh hilang kuasa. Hang faham dak!" bentak Adam.
Memang betul apa mak kata dulu, orang kalau tengah marah memang loghat atau bahasa asal dia akan keluar. Tak kira lah orang inggeris, orang cina, india atau sepanyol sekalipun. Kerana apabila marah, kita berkata tanpa berfikir dan hanya mengikut hati. Sama lah seperti keadaan sekarang, di mana loghat Adam telah terlepas.
"Kuasa kuasa kuasa! La ni hang sempat lagi dok pikiaq pasai kuasa hang! Kita nak selamatkan Ajim, bukan selamatkan kuasa!"
"Argh, hang hapa tau? Hang mana ada kuasa!"
Perut aku lapar sebenarnya. Dari tadi aku tahan lapar. Ah, memanglah kena tahan lapar nama pun puasa. Tambahan lagi, cuaca panas. Bahang terasa walaupun aircond telah bekerja keras bagi menyejukkan perut rumah.
"Bodor natang gay ni! Kelakor betoi lah aok ni, Spongebob! Hahaha!"
Tawa Cicak membuat suasana menjadi sepi seketika. Hanya kedengaran suara Cicak ketawa berdekah-dekah mengertawakan kartun yang paling aku benci ; Spongebob. Naqib hanya diam sedari tadi sambil duduk di atas lantai - membuat menyiapkan latihan dalam modul Matematik.
Aku bakal menduduki SPM pada tahun ini tetapi langsung tiada sebarang persediaan. Aku ada merancang untuk berhenti menolong orang buat seketika selepas masalah komando selesai tetapi bila difikir balik, manusia sentiasa ada masalah dan siapa tahu akan ada satu masalah yang hanya orang lain boleh selesaikan untuk aku.
"Naufal, mai sini sat. Aku tak reti hat ni." panggil Naqib tanpa mendongak.
Naufal bercangkung di tepi abangnya, mula mengajar apa yang tidak difahami oleh Naqib. Naufal masih lagi budak tercerdik dalam kelas malah tercerdik dalam tingkatan di mana dia mendapat tempat pertama. Aku tak tahu dari mata datangnya kecerdikan di balik perangai main-main dia. Mungkin anugerah daripada Allah atau mungkin kerana apabila belajar, dia lah yang paling fokus.
"Ok, faham."
"Ok, jadi..." Naufal bangun - berdiri berhadapan dengan Adam. "Masih dengan plan yang sama. Ok?"
Mengikut plan Naufal, kami akan buat seperti rancangan dulu ; mengintip Hazim atau klon Hazim. Sesudah tahu aktiviti hariannya, kami akan culik Hazim dan memaksanya memberitahu di mana Hazim yang sebenar. Berbeza dengan rancangan Adam, Adam mencadangkan kami menunggu klon Hazim menjalankan rancangannya terdahulu kemudian baru kami menyerang Hazim di lokasi tuannya, Komando.
Entahlah pak, aku tak boleh berfikiran dengan jelas tentang kedua-dua rancangan ini kerana kedua-duanya ada kebaikan dan keburukan.
"Dua-dua plan korang ni bagus. Dan Dam-" aku pandang Adam. "Rancangan kau pun boleh buat kita semua hilang kuasa. Betul kata Naufal, kita bukan nak selamatkan kuasa tapi kita nak selamatkan Ajim. Friendship more important than anything remember?"
Adam meraup rambutnya lalu bersandar di sofa. Matanya dipejam seketika. Fikirannya terkenang pada Nana atau nama panggilannya, Sya. Bercinta dengan Jwani pun dia boleh ingat budak perempuan lain. Tetapi aku tahu dia masih setia dengan Jwani. Biasalah, cinta pertama memang susah untuk dilupakan.
"So, ikut plan aku naa? Tak mau tukaq dah. Kita ambik plan hat kurang berisiko. Kita tak tau hapa Ajim klon mampu buat dan hapa dia akan buat." Naufal turut bersandar - di sebelah Adam. Bahu Adam dipeluk.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
Ficção GeralStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.