#48 - Jaga Baik-Baik Rahsia Kita

1.5K 159 16
                                    

"Hehehe... koi gurau je. Bukan itu sebenarnya..."

"Aku dah agak dah." Hazim menepuk dahi.

Kelima-lima sahabat aku itu memandang aku yang berdiri kaku di hadapan pintu bilik asrama. Hampir-hampir melangkah keluar. "Eh bodoh lah. Kau ingat main-main ke benda ni?" Aku atur langkah kembali ke tempat tadi yakni katil Naqib.

Kepala Cicak ditujal oleh Hazim. Mengekek budak siam tu ketawa. "Koi dah agak dah aok mesti baca fikiran koi. Pandai dak koi? Ni tengok satu lagi versi koi nak buat aok nampok tapi tak jadi pasei koi tak tahan gelak."

"Eh malas lah aku."

"Alaaa tengoklah."

["Jangan buat kerja gila, Afik! Berhenti!"

Bukkk!

Botak tersandar lemah pada dinding. Ketawa kecil dengan air liur bercampur darah menjejes-jejes keluar dari mulutnya. Pipi kirinya habis calar akibat hayunan kuat tangan kanan milik aku yang tidak dapat dikawal. Matanya mengecil memandang aku. "Lembik mu ni." katanya dan kemudian merenung lantai sekejap sebelum memandang aku dengan jelek. Masih tidak melawan.

"Jahanam! Kau bukan lelaki! Kau syaitan!" Aku jarakkan diri daripada Botak. Melihat tepat ke dalam matanya. Buat kerja gila sebelum habis sekolah. Langkah aku tambah lagi ke belakang. Tersenyum sinis.

"Sene nyo mu ngaloh."

"Diam sebelum kau menyesal."

"Kalu mu raso mu hebat mu tera la lagi..."

Aku tersenyum sinis.  Sahabat-sahabat aku terkaku di sebelah tepi. Tahu kemarahan aku tak mampu dibendung. Aku tak faham kenapa mereka boleh kekal duduk diam setelah tahu Cicak diperlakukan macam tu oleh Botak. Mana nilai persahabatan kami? "Bodoh!" Aku berlari selaju mungkin. Menujah lutut ke perut Botak. Berdetup bunyi tulangnya tersentak ke dinding. Aku mula lemah. Menjauhi Botak yang sudah terduduk lemah. Merukuk seketika.

"Uhukkk... uhukkk..." Berkerut dahinya menahan sakit yang teramat mungkin.

"Apsal kau buat macam tu, Botak? Apa salah Cicak pada kau?"

Botak merenung aku, "Mu nok sor sekoloh tahu pasa ni?"

"Afik... sebelum apa-apa jadi, baik kita blah." Adam menangkap tangan aku dari belakang. Menarik aku untuk beredar. Mata aku tertancap pada saterika. Jangan Afik, jangan. Membunuh bukan apa yang aku inginkan.  Bilik saterika ini terasa begitu panas. Bahangnya terasa di segenap inci tubuh. Peluh membasahi bahagian dada dan belakang. Pelipis turut basah.

"Aku tokse lawe mu pasa aku takut mu akea mati."

"Apik..." Cicak menghampiri dari luar bilik saterika. "Koi mintak maaf."

"Kau apsal nak mintak maaf? Bukan kau yang buat salah! Kau jangan jadi bodoh, Cak!"

"Sebelum warden mai, baik kita blah. Benda boleh settle ni, Apik."

"Settle tengkorak kau, Naufal. Kau apsal tak bekap Cicak?"

"Sebab Botak tak salah..."

"Jadi siapa yang salah?"

"Koi."]

"Kau fikir kelakar ke, Cicak? Sampai kau boleh ramal apa aku fikir?"

Berdekah-dekah Cicak ketawa. Naufal ingin ketawa tetapi wajahnya tersangkut-sangkut. Agak keliru dengan apa yang berlaku. Senyumannya hanya separa. Senyuman aku serta-merta mati. Mikhail. Senyumannya sebiji seperti Mikhail. Mikhail yang jarang-jarang tersenyum. Dalam senyumannya sentiasa ada terpaksa. Tolong jangan jadi Mikhail, Naufal. Jangan hilangkan diri.

Aku baru teringat soal Mikhail.

"Okay sebenarnya..." Suara Cicak menarik aku kembali ke alam realiti. Semua memokus pada Cicak, dia baru mula bukak cerita sebenar. "... koi bukan kaya macam aokme. Koi ni orang miskin. Masa koi sekolah rendah dulu, koi tak ande kawan macam aokme. Kawan koi semua tak nak kawan dengan koi sebab koi ni budak freak. Koi sedih betoi masa tu sebab tu aokme tengok koi macam bodoh sikit. Koi biasa dengan hidup koi yang sorang-sorang dan hidup dalam masa lalu orang. Aok tahu kelebihan koi tu buat koi meneroka banyak hidup orang. Sampai satu saat tu, koi betul-betul fedap sebab koi rasa hidup koi paling susah."

"Cak..." Bahu kirinya diusap Naufal.

"Bila koi berkawan dengan aokme, koi bersyukur sebab aokme tak pernah kisah dengan perangai koi. Aokme sentiasa hargai persahabatan. Susoh nok cari sahabat gini, tahu? Aokme ni macam bintang."

"Sahabat ni tergolong dalam golongan bintang. Bukan senang nak cari." sampuk Hazim. Mengiyakan kata-kata Cicak yang kali ini kedengaran logik daripada biasa.

"Kita semua ada rahsia masing-masing. Kita semua ada masalah masing-masing. Tolong jangan berahsia selepas ni. Dan tolong simpan rahsia kita baik-baik. Jangan sampai dunia tahu tentang kelebihan kita. Kita simpan. Kita gunakan dengan baik sama-sama. Kita bantu orang yang kita boleh tolong. Arwah Mo'in dah bagi contoh paling makan dalam dalam jiwa aku. Itu belum soal arwah Mat Jan. Aku penat berhadapan dengan kematian. Aku penat rasa aku tak berguna sebab aku tak mampu tolong." luah aku dan kemudian duduk di lantai - berhadapan Adam apabila menyedari aku berdiri agak lama. Dan terasa agak beria.

"Sat, sat. Aku masih konfius ni. Apa rahsia hang sebenaqnya, Cak?" Naufal berkerut dahi bersoal.

"Koi miskin. Koi selalunya bukan usya perempuan tapi koi usya masa lepas orang. Koi nak rasa jadi kaya. Bila koi masuk dalam masa lepas orang, koi dapat rasa apa yang dia rasa. Kelebihan koi bukan macam aokme. Koi dapat rasa apa yang orang tu rasa dalam masa lepas dia. Rasa tu buat koi puas."

"Laaa..."

Aku tersenyum.

Budak Sixth Sense [Completed]Where stories live. Discover now