Adam mengerutkan dahi, tidak faham dengan apa yang kami sampaikan. "Apa yang kelakar sekarang ni? Apa yang pelik sangat?" tanya Adam lalu entah berapa saat kemudian, tangannya mendarat di bahu Cicak. Ini perubahan yang sangat besar! Perubahan yang tidak pernah kami mintak pun sebenarnya. Tak-tak, aku tipu. Aku menipu kalau aku kata aku tak pernah berharap Adam sekepala dengan kami.
"Aok seres lah nak join ni, Dam?" tanya Cicak lagi sekali.
"Tak boleh eh?"
"Uish, boleh! Apa pulak tak bolehnya." sampuk Naufal lalu tersengih. Kejap-kejap dia mengerling ke arah Hazim. Ini ada hal apa pulak ni? Hazim turut memandang Naufal. Menghantar isyarat sesama mereka. Hazim tersenyum, untuk kali pertama selama entah berapa lama aku tak melihat senyumannya, dia bangkit dari katil dan mendekati kami.
"Aku nak join, boleh?"
Aku dan Cicak berpandangan sesama sendiri selama tiga saat. Nampaknya rancangan kami akan berubah menjadi lebih menarik daripada sebelumnya. "Yes you can but are you guys seriously want to join us?" tanya aku meminta kepastian.
"Hahaha tak boleh ke?" Hazim meraup rambutnya yang basah ke belakang. Kening kirinya dijongket sesaat. Woaw, apa yang sedang berlaku sebenarnya?
Dummm!
"Adoi!"
Serentak kami memandang ke arah pintu yang terbuka luas. Naqib sedang mengusap-usap dahinya yang aku agak terlanggar pintu ni. [Apa jadi ni?] Tubuhnya jatuh ke atas lantai sambil kedua-dua tangannya dilekap pada dahi. Matanya terpejam rapat. Laju kami menghampirinya. Pergh, mesti sakit gila nakharam.
"Weh, hang okey dak Qib? Lagu mana hang boleh langgaq pintu tu? Ya Tuhan hang ni memang bernasib malang betoi." Naufal bersuara risau. Pinggangnya dicekak lalu dia tersengih sedikit.
"Weh, boleh bangun tak?" tanya Hazim sedikit cemas kemudian dia mengetap bibir, menahan diri daripada ketawa. Inilah kawan yang baik, yang mengertawakan kawannya. Namun dalam rasa nak ketawa, dia lebih kepada risau sebenarnya.
"Sat, la ni kepala aku rasa berputaq gila. Hahaha apa berlaku ni aduhai." Naqib ketawa, membuatkan kami semakin hairan dengan perangai aneh dia ni. Air mata mengalir di tepi mata. Oi, mesti sakit gila ni.
"Kau bertenang dulu, Qib. Biar pening tu reda dulu."
"Kelakarnya ya Allah. Lah, ayaq apa pulak ni. Pelbagainya hahahah..." Air matanya disapu lalu dia ketawa makin kuat.
"Bertenang, Qib. Bertenang."
Naqib tarik nafas dalam-dalam kemudian dilepas perlahan. Ketawanya sudah berhenti, suasana menjadi sepi seketika. Hanya ada bunyi kipas berpusing. Cicak menggaru-garu kepala. Oh, rasa sakit tu boleh dibayangkan. Aku perhatikan muka Naqib betul-betul. Ada luka di atas kening kirinya. Ini mesti langgar bucu pintu.
"Assalamualaikum yob!" Ali Sabion berdiri di hadapan pintu yang ternganga. Dia memandang kami dengan perasaan keliru. Naqib menjadi tumpuannya yang pertama.
"Ini apa keheinya ni?"
Hazim mengangkat tangan, "Nak apa, Ali? Heater takde, heater dekat Bijan." Tidak berganjak, dia masih duduk di sisi Naqib. Budak berdua ni tak boleh berpisah langsung.
"Waalaikumusalam." sampuk Cicak.
Hazim hanya tersengih, "So, ada apa Ali?" berbalik kepada soalannya tadi.
"Itu Naqib tu kenapa?"
"Takde apa. Kau nak apa ni Ali?"
Ali Sabion merukuk kejap. "Ada orang nak bunuh diri! Dia nak terjun bangunan!
Kenyataan daripada Ali Sabion membuatkan kami serentak berdiri. Hazim ternganga, "Hah? Siapa?" soal Hazim panik. Dia memandang aku sebelum kembali memandang Ali Sabion. Sungguh tak pernah lagi kami dengar berita bunuh diri di sekolah ini. Ini perkara mustahil.
"Mo'in."
Terbuka sedikit mulut aku apabila mendengar nama yang disebut. "Mo... Mo'in bunuh diri?" Aku gegas keluar dari bilik asrama. Selipar entah siapa punya aku rembat kemudian aku berlari laju menuju ke bilik asrama Mo'in. Jangan Mo'in bunuh diri disebabkan aku sudahlah. Ya Allah, macam-macam berlaku pada tahun ini.
"Wei Apik! Tunggu sat!"
Panggilan Naufal aku biarkan. Aku perlu cepat tengok keadaan Mo'in. Rasa bersalah mencucuk dalam dada. Gila betul budak seorang ni. Kalau tertekan sangat, janganlah sampai membunuh diri. Macammana bunuh diri boleh termasuk dalam fikiran dia? Apa yang sebenarnya berlaku?
Aku terus masuk ke dalam bilik asrama Mo'in yang pintunya terbuka luas. Ada Mo'in baring di atas katil, darah pekat mengalir deras dari pergelangan tangan yang terkoyak - membasahi cadar ungu berlogo sekolah. Peluh mengalir di tepi telinga aku. Ramai orang mengelilingi Mo'in. Masing-masing simpati tetapi berasa bengang juga dengan tindakan Mo'in. Menyusahkan betul!
"Dah panggil ustaz?"
"Dah! Aku dah tepon ambulans sekali." kata Taufik. Taufik itu budak baru sekolah kami. Budaknya pendiam seperti tunggul tetapi kalau kau ajak dia belajar, otaknya lebih pintar berbanding kau dan berbanding aku. Ya, aku tak sepintar dia. Nasib dia sebilik dengan Mo'in itu adalah nasib yang paling malang. Entah macammana dia boleh sebilik dengan Mo'in.
Aku mengangguk faham.
"Aku tak tau kenapa dia buat macamni. Pagi tadi elok je kitorang berbual."
"Berbual apa?"
"Dia ni anak yatim."
Zappp!
Tak, aku bukan deep ke apa sebaliknya Naufal bersama Cicak baru sampai di bilik ini dan terus mengoyakkan kain pelikat milik Cicak. Ya, kain pelikat Cicak jenis lembut - memudahkan kainya untuk menjadi kain buruk atau apa pun. Laju Naufal menuju ke arah Mo'in yang terlantar, orang ramai terus diselak seperti selak kain berhanger dalam almari untuk sampai ke Mo'in. Naufal mengucap panjang. Pergelangan tangan Mo'in terus dibalut kemudian diikat.
"Lagu mana dia boleh potong tangan dia ni? Pasai pa dia buat lagu tu?" tanya Naufal lalu menggeleng kepala.
"Amende aok merepek nih. Dia kelar tangan dia, bukan potong." Cicak berdesir.
Aku menghembus nafas berat. "Aku rasa ni semua salah aku." kata aku perlahan.
"Pasai pa pulak?"
"Aku-"
"Jangan!" Taufik memintas percakapan aku. Bersungguh-sungguh dia menggeleng kepala.
[Jangan bukak aib Mo'in. Tolong simpan untuk aku. Aku akan cerita semuanya.]
Adakah dia baru-
Taufik mengangguk laju. Woaw, dia baca fikiran aku ke apa? Taufik pegang bahu aku, menyampaikan satu rasa yang sangat pelik. Rasa nak menangis tapi tak tahu sebab apa. "Tadi dia nak terjun bangunan, tapi kami tarik dia and then campak dia dalam dorm. Tak tahu pulak dalam dorm ada pisau jilid, itu pun boleh jadi makanan dia. Haih."
"Woi! Bodoh apa korang buat ni? Angkat dia bawak keluar!" satu suara kasar, Adam, memecah suasana. Adam bercekak pinggang sebelum dia menghampiri Mo'in. Berkerut dahi Adam melihatnya.
"Astaghfirullahal'adzim." Naqib yang baru sampai terus meluru ke arah Mo'in. Mo'in terus didukung keluar dari bilik asrama dan aku masih membeku di tempat aku.
"Dah, jom." Bahu aku ditepuk dan sekali lagi Taufik menghantar isyarat pelik.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.