#2 - Fikiran kucing

6.5K 543 53
                                    

2014

Usai diusap-usap kepala, perutnya pula digosok-gosok. Meliuk-liuk tubuh kucing itu seraya menggigit tangan aku. Kemudian aku menggosok kepalanya. Geram. Kucing itu menggigit ibu jari aku, mengunyah-nguyah jari yang dia tahu mustahil untuk dimasukkan ke dalam perutnya. Apabila dia mula menjilat ibu jari, terus aku menarik tangan dari pegangannya. Geli.

"Tak baca fikiran kucing?" soal Hazim.

Aku menggeleng. Dagu kucing aku garu-garu bagi memanjakannya. Kata ibu, kucing harus dimanjakan kerana dia memang dilahirkan sebagai haiwan yang manja dan perlu dimanjakan.

"Kau tak try baca fikiran dia?"

"Jadah apa aku nak baca fikiran dia?" Aku berdiri, meninggalkan kucing yang sedang berguling-guling di atas lantai dema (dewan makan). Sampai disingki, aku membasuh tangan. Baru lepas makan, main dengan kucing. Hazim pula hanya mengikuti langkah aku yang berjalan ke dorm. Tak, sebenarnya kami duduk dalam dorm yang sama.

"Kau tak rasa kucing ni menarik ke?" soal Hazim. Ah, tak habis lagi dengan kucing dia rupanya.

"Apsal pulak aku nak rasa dia menarik?"

"Sebab dia kucing."

Aku menghentikan langkah apabila tiba di hadapan pintu dorm. Tombol dipulas, aku lihat Cicak (manusia tapi nama je cicak atas faktor muka) sedang bertapa di tengah bilik. Atas kepalanya ada pinggan yang aku agak pinggan dema ni. Tak, bukan agak. Aku pasti sebab pinggan tu memang milik dema. Adam pula sedang membuat kerja sekolah rasanya atau mungkin sedang membuat revision.

"Assalamualaikum." ucapku sebelum memasuki bilik dorm. Badan aku hempas di atas katil. Kenyang. Ah, bodoh. Aku bangun - duduk bersila di atas katil. Mana boleh tidur lepas makan.

"Weh." Hazim duduk di sebelah aku.

"Apahal?"

"Pasal kucing tadi." katanya.

"Ya tuhan, kucing lagi? Hah apsal dengan kucing?"

"Kau tak try baca ke?" soalnya lagi.

"Apahal pulak aku kena baca fikiran dia?"

"Sebab dia kucing."

"Okay, apsal kalau dia kucing?"

"Sebab kucing ada di merata-merata. Macam-macam kau boleh tahu."

Aku mengerutkan dahi.

"Macamni, dia kan kucing. Kalau kau pergi tandas, kau akan jumpa kucing. Kau mandi, kau akan jumpa kucing. Kau main bola pun, kau akan jumpa kucing. Mana-mana pun kau akan jumpa dia. Jadi, kau boleh gunakan dia untuk-"

"Kau nak aku tolong apa?" pintasku. Aku tahu sangat dah trick dia ni.

"Hehehe. Stalk Mat Jan."

Gedegang!

"Omak awok jembalang putih!" Cicak bangkit seraya bersilat angin. Pinggannya jatuh lalu pecah menjadi dua.

Bunyi guruh yang kedengaran tadinya terasa hingga katil aku sedikit bergetar dek kerana kekuatan bunyi tadi. Bulu roma di leher dan lengan menegak. Meremang satu badan apabila terkenang perkataan 'stalk Mat Jan' tadi. Aku mengurut dada.

"Mat Jan?"

Hazim mengangguk.

"Kau ni, ajim. Takdek jantina lain ke? Apsal kena sama jantina?" aku bangkit dari katil - menuju ke katil Cicak.

Hazim tersengih. Lehernya digosok-gosok. "Aku nak mintak tolong je. Boleh tak, pik?" soal Hazim.

"Mestilah," jawab aku (secara tak jelas).

"Betul ke, pik?" Hazim bangkit, wajahnya bercahaya.

"Mestilah tak boleh." kata aku memberi jawapan kepada soalannya.

"Astaga, aok gay ke jim?" soal Cicak. Mulutnya ternganga (sebijik macam cicak).

"Kau gay?" celah Adam.

"Erk." Hazim menggaru-garu pula lehernya.

Cicak menjarakkan diri. Dia berdiri di hadapan aku - menghalang aku daripada memandang wajah Hazim secara tidak sengaja. Tapi masalahnya muka aku menghadap bontot dia. Aku menolak Cicak ke tepi.

Adam menghela nafas panjang.

"You're dead, ajim." getusku.

"Kau kenapa, ajim?" Adam mendekati Hazim yang tertunduk-tunduk, "Kau kenapa langgar hukum Allah?" dia duduk di sebelah Hazim. Bahu Hazim dipegang kuat.

"Aku.. erk."

"Allah dah sedia jadikan manusia berpasangan. Lelaki dengan perempuan, perempuan dengan lelaki. Allah tak hidupkan lelaki untuk lelaki, ajim. Ya Allah, jangan langgar hukum Allah!"

Aku berpandangan dengan Cicak yang mengetap bibinya - menahan ketawa yang bakal terburai. Aku mengjongket kening kepada Cicak, Cicak mengangkat bahu.

Budak Sixth Sense [Completed]Where stories live. Discover now