Bunyi angin berdesir tidak menganggu tujuh sekawan daripada berkumpul di tengah ruang dema. Kami membentuk bulatan persis orang bercerita tentang hantu ketika berkhemah. Tukang cerita kali ini adalah Mo'in. Lelaki sejati di asrama kami. Bertubuh kekar dan kulitnya sedikit gelap. Berambut kedepan menutupi kening walau digunting banyak kali oleh cikgu Asri.
Cicak menelan liur berkali-kali. Ali Sabion menyumbat lubang hidungnya dengan kapas akibat berdarah. Bijan memejam mata sambil menggenggam erat tangannya. Lempeng pula memeluk tubuh. Mat Jeban pula hanya diam mendengar. Aku terus menutup suis baca fikiran, parah kalau waktu macam ni.
"Lagi...lagi... Cerita lagi..." pinta Ali Sabion agar Mo'in meneruskan ceritanya.
"Lepastu... lepastu.. lepastu..." Mo'in menarik nafas. Kemudian dilepas berat.
"Pundek! Cepatlah kabo mende jadi!" marah Cicak kemudian menepuk meja keras.
"CD tu rosak." sambung Mo'in dan kami terus-
"Laaaaaaaa..." Masing-masing melepaskan keluhan kecewa.
Ya, memang benar apa yang anda semua fikirkan. Ada sedikit Afik yang lama masih tertinggal di dalam. Ah, biasalah bila tinggal di asrama fikiran persekitaran di sini lebih teruk berbanding persekitaran di luar.
"Damn it! Aku dah kata jangan beli cetak rompak." keluh aku.
"Lain kali bayar lebih sikit untuk CD. Aduh aok ni..." Cicak menampar bahu Mo'in kuat. Mo'in hanya tersengih.
Bijan tergelak, "Nasib baik cerita ni berhenti. Kalau tak, aku mungkin dah-"
"Hoi!" serentak kami menjerit bagi memintas percakapannya. Langsung kami ketawa beramai-ramai. Kelakar pulak rasanya bercerita tentang perkara ini.
"Ada apa ni?" sapa suara serak-serak basah berserta sentuhan di bahu aku.
Cicak terbangun dari kerusinya. "Eh, koi lupa nak angkat kain." katanya lalu memecut laju entah ke mana.
Aku menoleh ke belakang. "Adam, kau cari aku ke?" soal aku.
"Hm," jawabnya lalu memandang kami satu persatu. "Korang borak pasal apa tadi?" tanya Adam.
"Borak pasal kucing." sampuk Bijan tanpa sempat aku menjawab soalan Adam.
"Kucing? Apa ke pelik borak pasal kucing?" tanya Adam pelik.
"Halah kau tahu-lah kucing ni." Bijan sudah kehilangan kata-kata sebenarnya.
"Kenapa dengan kucing?"
Aku tahu dah taktik Adam ni. Dia tahu kami menipu. Maka, aku- "Borak pasal CD." balas aku bagi pihak Bijan pula.
Bijan menepuk dahi. "Kau ada benda nak borak dengan Apik dak? Kami naik dulu ye..." Bijan menepuk bahu Lempeng. Mengajak naik ke bilik mereka. Lempeng mengangguk faham dan memaut bahu Bijan bagi jalan bersama. Ali Sabion tersengih kepada Adam lalu menarik tangan Mat Jeban agar beredar sekali. Haprak.
"CD apa, Pik?" soal Adam lagi.
"CD porn."
Adam menampar belakang aku kuat. "Apahalnya borak pasal benda macam tu." marahnya.
Aku ketawa, "First, it's hurt. Second, I can't help it." jawab aku selamba.
"Aku tak tahu dah, Apik. Dari dulu sampai sekarang kau tak-"
"Ada apa kau cari aku?" pintas aku.
Adam melepaskan keluhan berat. "Tadi, Hazim ada cerita sesuatu. Malam ni, tidur bilik aku-lah." ajak Adam.
"Tidur bilik kau?"
"Iye,"
"Sekatil?"
"Iye,"
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.