Masa terhenti seketika. Seolah-olah bumi sedang memperlahan putaran pada paksinya. Sekejap benar manusia berubah. Sama ada daripada rapat menjadi tidak rapat. Sama ada daripada ada menjadi tidak ada. Apabila semua perkara menjadi yang sebaliknya.
Aku pandang tubuh Adam yang tidur menghadap dinding. Sengaja tidak mahu menghadap aku. Aku pandang pula Naufal yang sedang bermain jigsaw bersama Cicak. Bukannya mereka berdua tidak tahu-menahu tentang perang dingin aku bersama Adam sejak siang tadi.
Perangnya aku dengan Adam ibarat ibu ayam bergaduh dengan anak-anaknya. Kau tahu, seakan mustahil? Tetapi ianya sedang berlaku. Aku mahu menegur Adam tetapi ego menahan-nahan sedari siang tadi. Sakit rasanya dikhianati. Salahkah ego jika memang bukan salah aku?
Adam tahu aku suka akan Jwani. Adam tahu Jwani itu teman aku tiga tahun lepas meskipun dua tahun lepas aku tidak berjumpa dengannya. Adam tahu tentang perasaan aku. Adam- ah! Susah sangatkah untuk dia ucapkan perkataan MAAF? Cibai betul. Dehek? Aku rosakkan pahala puasa seharian aku dengan carutan pelbagai.
"Haih!"
Naufal berhenti menyusun jigsaw, memandang aku serentak bersama Cicak. Muka masing-masing dah macam Spongebob masa dia bengang dengan Patrick yang balik lambat setiap hari dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada seekor (seekor ke? ah, Afik tak kisah) kerang. Fak, aku benci Spongebob. Gay.
"Apsal?"
Naufal melepaskan keluhan berat. Pandangan dihala pada Cicak, Cicak mengangkat bahu lalu menyambung susun kepingan jigsawnya. Naufal kembali menoleh pada aku. "Sampai bila hangpa nak berantam? Sepi gila hang tau dak bilik kita ni? Kalau lagu ni baik kita pindah bilik masing-masing." Naufal meluah isi hati geramnya.
"Pergilah Fal." balas aku pendek.
"Sampai bila hangpa nak berantam ni?"
"Sampai kiamat,"
"Hoi, kiamat toksah seru!"
"Dahtu?"
"Dah-three,"
"Belum-four?"
"Belum-five?,"
"Hm,"
Naufal mencebik apabila aku tidak melayan perlawanan oneuntillten-nya. Naufal terus menyepak papan jigsaw. Berantakan terus kepingan-kepingan jigsaw yang sedang Cicak susun. Sekeping termasuk dalam mulut Cicak. Terus dia meludah kepingan jigsaw itu.
Cicak memandang Naufal tajam. Terketar-ketar tangannya menahan marah yang sengaja diacah. "Keknya koi baru nak pecah record siapkan jigsaw dalam masa lima saat! Lima saat aok tahu dak!" Cicak mendengus. Keningnya hampir bertaut.
Selepas dua minit.
"Kahkahkah..."
Berdekah Naufal ketawa sambil tertiarap di atas lantai. Cicak melompat-lompat di atas belakang Naufal. Mahu patah belakang budak tu. Apabila Naufal memusing badan, berdetum bunyi di lantai tatkala badan Cicak menghempas lantai. Semakin berdekah-dekah Naufal ketawa hingga berguling-gulingan.
"Tak kelakor aok tahu dok! Tak kelakor lalu!" Cicak menyepak-nyepak abdomen Naufal.
Naufal hanya meringkuk sambil terus ketawa. Mak aku pernah kata ; jangan ketawa sangat nanti nangis. Bagaimana aku hendak kata 'tidak percaya' apabila beberapa minit lepastu aku memang nangis. Shit, kena lempang dengan jiran. Ketika itu aku berumur sepuluh tahun. Ah, apa entah nama dia.
Kata mak, kami berkawan sejak bertatih. Kami lahir sebumbung hospital dan katil juga sebelah-menyebelah. Kata mak, mereka berpindah kembali ke negara asal mereka yakni negara Korea Selatan. Rasanya jika kami berjumpa lagi, mungkin itu dikatakan jodoh. Jodoh kerana lahir sebelah katil. Tetapi, mana mungkin bukan? Dia bukan orang Islam.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
Ficción GeneralStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.