Buat yang masih tak faham dengan jalan cerita ni. Aku buat cerita ni dengan jalan yang berbelit dan kompleks untuk bawa pembaca berfikir. Jadi, memang ramai yang akan tak faham dengan cerita ni. Setakat ni, hangpa dah selami hidup Afik. Bagaimana dia sebenarnya hilang ingatan tentang waktu dia kecil-kecil.
Afik ada penyakit sebagaimana hangpa dah baca. Pasai tu banyak benda dia tak ingat. Contohnya awat ada kerusi roda. Awat dia rasa macam lost sesuatu. Awat dia kejap-kejap macam kenal tapi tak kenal. Jadi, tak lama tu dia kenal dengan Jwani. Niat aku sebenarnya bukan nak bawa pembaca selami kisah cinta sebaliknya nak bawa pembaca kenal dengan salah seorang bakal pemusnah persahabatannya dengan rakan-rakan. Sengaja aku tunjukkan kenapa Afik sukar untuk move on nanti.
Sebab-sebabnya adalah apa yang hangpa baca.
Dia jatuh cinta dengan perangai Jwani.
Tapi cinta tak penting. Persahabatan adalah segalanya.
Berbalik semula, tak lama lepastu dia lost Jwani. Dengan kuasa yang dia terpaksa tanggung (kuasa ghaib) dan dia kena selamatkan orang. Satu-satu perangai Afik yang hangpa kena ingat adalah Afik ni sebenarnya sentiasa fikirkan kawan dia tanpa fikir diri sendiri. Dia sibuk nak selamatkan orang. Sibuk nak bantu orang. Tanpa sedar dia tu nazak.
Dan sebenarnya kuasa dia sangat hebat cuma dia tak reti guna. Dalam bab nanti akan aku berikan.
Jadi, akhirnya dia jumpa balek abang dia. Payah hang tau dak? Untung kita, manusia ni, kalau kita berada di tempat Afik, nak tanggung semua sekali masalah dalam satu masa. Berat. Beban. Lagi-lagi dia hanyalah seketul Afik yang hanya ada kuasa. Dia tak mampu mengubah takdir.
Bukan kisah cinta, wak.
Bukan kisah seram, bah.
Bukan kisah thriller, kak.
Sebaliknya sebuah kisah persahabatan.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.