Lolipop aku kolom dalam mulut. Tangan aku gosok perlahan-lahan. Aku pandang Adam di sebelah. Adam mengangguk, membenarkan aku menjalankan operasi. Jadah apa operasi? Ini hanya plan bernas daripada abang Afik yang kacak. Ah, again Afik? What's wrong with you? Ceit.
Tombol bilik guru aku pulas dan kemudian aku melangkah masuk ke dalam bilik guru. Hanya ada lapan orang cikgu. Aku memfokus melihat seorang demi seorang cikgu di dalam bilik guru untuk membaca fikiran mereka. Cikgu Suraya berfikir [Balik ni aku nak tukar-] Shit, geli gila. [Kena jemput Aira kejap lagi.] Fikiran cikgu Nik amat menyentuh hati. Segalanya tentang anaknya. Selesai scan semua fikiran cikgu, aku dapat kata muktamad. Semua cikgu sedang sibuk dalam dunia masing-masing.
Sampai di meja sir Eung, aku bercangkung. Laci mejanya aku buka untuk mencari barang yang amat penting. Kalau ada, rancangan aku berjaya. Terasa seperti Tom Cruise dalam cerita Payback yang aku tonton di bilik asrama Ali Sabion. "Ah, jumpa." getus aku sambil mengeluarkan bekal sir Eung. Aku buka bekalnya perlahan, tidak mahu meneraburkan isi bekalnya.
Wadde-F?
Aku agak isinya seperti spageti bolognes atau nasi lemak. Rupa-rupanya isi bekalnya adalah buah naga serta buah epal yang sedia dipotong. Patutlah dia sihat dan memenangi acara merentas desa guru pada setiap tahun. Gila sir, mari kita tepuk tangan bersama! Angkat tangan ke udara! Angkat tangan! Angkat tangan! Meletop angkat tangan! Angkat tangan!
Eh, lama betul aku termenung. Adam mesti dah jadi cacing kena api dekat depan pintu bilik guru tu. Pantas aku mengeluarkan serbuk berwarna kecoklatan. Serbuknya aku isi di atas buah. Mari kita berdoa agar sir Eung tidak perasan akan serbuk itu.
Eh, apa geleng-geleng? Doakanlah sekali kalau tidak cerita ini tidak akan habis sampai bila-bila. Bukankah anda semua inginkan cerita segera habis kerana menyampah dengan Afik? Ah, kepala hotak engkau Afik. Aku tutup kembali bekal dan meletakkannya di tempat asal. Kemudian aku berlari dan memulas tombol pintu untuk keluar.
Bukkk!
Pening kepala terasa setelah dahi aku terhantuk pada muka pintu. Aku mengangkat kepala memandang orang yang turut membuka pintu. Jantung berdegup laju memandangnya. Budak perempuan semalam, Jwani memandang aku dengan risau.
"Awak okay?" soalnya.
"Ini kali pertama aku rasa macamni..." ucap aku tanpa sedar. Ah, sudah. Apa benda aku cakap ni?
"Hah?"
"Ini kali pertama aku rasa macamni..." ulang aku. Aku terpaku melihatnya. Dia sangat cantik.
"Kalau macam tu... mesti kali pertama awak rasa sakit... Rasa pedih... Saya mintak maaf." Jwani mengetap bibir. Ah, dia tidak faham erti 'pertama kali rasa macamni'. Tidak mengapalah, lain hari ada. Lagipun, aku mengucapkannya tanpa sedar. Eh, apa aku merepek ni?
"Eh tak tak. Bukan macam tu..." pujuk aku. Aku pandang Adam yang memandang aku dengan bengang. "Aku pergi dulu. Jumpa lagi nanti!" kata aku sebelum menarik tangan Adam untuk beredar. Jwani terpinga sebelum tersenyum nipis. Ah, seronoknya membaca fikiran orang.
"Selesai?" soal Naufal sebaik saja aku sudah melabuhkan buntut.
Aku pandang Cikgu Yan yang sedang mengajar subjek Kimia di hadapan. "Dah," jawab aku lalu tersenyum penuh maksud. Betullah penuh maksud. Aku tersenyum sebab plan kami menjadi dan sebab terjumpa dengan bidadari tadi. Hm, Jwani. Siapa budak ni sebenarnya?
Beeep.
Ah, benda ni dah lama tidak jadi berlaku setalah aku mendapat memori tentang abang Alif. Bunyi berdesing kuat memeningkan kepala. Aku mula memegang kepala. Sakit.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.