2017
"Sikit lagi sikit lagi..." Cicak mengetap gigi kemudian memandang Naufal. Naufal sudah tersengih-sengih menanti plan yang sudah dirancang selama sebulan itu berjaya.
Hazim sedap-sedap melentok kepala atas meja, tidak cara (ambil tahu) akan segala perkara yang berlaku dalam kelas. Naqib pula sedang membuat kerja sekolah fizik yang diberi oleh cikgu Azura. Sejak dua tahun lepas, budak berdua ni asyik berkepit. Mungkin kerana mereka spesis yang sama yakni tidak kisah tentang orang. Eloklah dah ada teman, dulu pun Hazim selalu sendirian.
Aku, Hazim, Naufal dan kembarnya serta Cicak mengambil aliran sains tulen. Adam pula mengambil aliran lukisan kejuruteraan. Rasanya pelik pada mulanya kerana sebelum ini aku dan Adam akan kemana-mana bersama. Namun sejak tahun lepas, kami berbeza kelas dan menyukarkan kami untuk bersama-sama lagi. Kami bukan gay, kami cuma bromance. Kahkah.
Gedebuk!
"Hahahaha!" Cicak ketawa terbahak-bahak. Meja ditepuk berkali-kali. "Buah nangka jatuh! Tergolek! Hahahah! Adoi! Botak jatuh botak jatuh!" jeritnya sekuat hati. Berdekah-dekah Naufal di sebelahnya ketawa.
Aku ketawa kecil. Bodoh budak dua ekor ni. SPM dah nak dekat masih buat kepala bodoh. Nakal tahap kucing. Kucing pun tak nakal macam mereka.
Ijat merapati Botak sebelum membantunya bangun. Awal-awal Cicak dan Naufal menukar kerusi Botak dengan kerusi berkaki patah yang disusun cantik seperti kerusi biasa. "Bodoh! Nokharom demo ni!" maki Botak lalu menyepak meja. Tumbang meja itu ke hadapan.
Semua ini berlaku kerana sebulan lepas juga. Botak juga yang memulakan hal ini. Merampas teman wanita Cicak yang bernama Sufiya atau digelar Sufi Kerengga. Sufiya adalah budak perempuan kelas reka jahitan pakaian bertubuh tiptop yang hampir setiap bulan bertukar teman lelaki. Aku rasa Cicak pun bodoh juga kerana sangkut pada orang yang dia tahu akan meninggalkan dia.
"Anokharom kelakor! Rider maut jatoh! Adoi Cak kelakor gila!" Naufal memaut bahu Cicak lalu ketawa bersama-sama. Disepak-sepak kerusi ke arah Botak. Sekadar hampir.
"Demo ni memey bodoh. Bodoh tahap dewo."
"Dewo hapa dewo? Hahaha bahasa hapa oi hang guna ni. Cak?" kening Naufal dijongket-jongket.
"Tahu aok ni. Kalau hensem takpe gak. Muka macam selipat ja koi tengok. Kahkahkah! Eh selipat mendenya? Seliper! Selipar selipar. Hah, keyyel gitu."
"Kelapa hotok mu." berang Botak. Nafasnya naik-turun sambil mencerlung pada kedua-dua sahabat bengap aku di hadapannya.
"Hahaha! Kelapa cak! Kilapa kipala kilapa..."
"Dah-dah." sampuk Cicak mematikan nyanyian Naufal yang entah dari planet mana lagunya itu.
"Botak! Hang putoih dah dengan Supi Kerengga semalam dak? Hapa rasanya? Sedap ka?" sakat Naufal.
Botak mula panas. "Demo ni memey nok keno. Aku tahe lamo doh." kata Botak sebelum berdesir.
Aku perhatikan je lembaga di belakang Botak yang sedang memaut bahu Botak. Kejap, ini bukan lembaga biasa ni. Ini saka. Botak terus menghempas pintu keluar sebelum keluar ke... [Tandas jugak menyenangkan.] Ya betul, dia ke tandas.
"See you at hostel, Botak! Kita bakal fast-to-fast! Ai miss yiu Aflin! Muah!" teriak Naufal sebelum kembali berdekah-dekah ketawa. Budak ni memang cari pasal ni.
Bicara tentang hostel, aku masih ingat aku pernah tinggal di hostel ketika tingkatan satu hingga awal tahun tingkatan dua tetapi aku keluar kerana risau akan mak ayah yang keseorangan. Kini aku masuk kembali ke hostel pada tahun lepas dengan alasan ingin berdikari dan tidak mahu menyusahkan mak lagi lagipun sekarang abang Alif ada tinggal bersama mereka.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
Fiksi UmumStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.