Aku mengalami sakit kepala berterusan sejak pagi tadi. Semenjak itu juga, kelebihan aku langsung tidak berfungsi.
Peluh di dahi aku lap dengan lengan. Mata aku membahang ketika ini. Badan juga begitu. Rasanya sama seperti demam tetapi lebih teruk. Jika aku buka mata sebelum ini, aku dapat lihat pelbagai jenis makhluk yang aku tidak sanggup katakan apatahlagi melihatnya. Tapi kini, aku tidak dapat melihat sebarang makhluk itu. Bahkan aku tidak mendengar sebarang suara fikiran yang selalu aku dengar ketika aku demam dulu. Suara yang aku dengar tanpa melihat pemiliknya.
Ah biarkanlah.
Aku raup muka berkali-kali. Tangan kanan mula meraba-raba mencari selimut. Peluh membasahi badan. Baju terasa basah di hadapan dan belakang. Ah, bagaimana boleh berpeluh dalam suhu 16°c tidak dapat aku fikirkan dengan jelas.
Manusia sering begini, suka bersoal soalan yang dirasakan aneh sedangkan perkara itu normal. Manusia akan berpeluh jika mereka terlampau risaukan sesuatu atau bimbang. ATAU TAKUT. Tapi aku tidak takut akan apa-apa. Aku bahkan tidak faham aku begini. Badan aku menggigil, mata terasa berat sedari tadi.
Sakit. Badan aku dicengkam suhu tetapi bahang tetap terasa. Sakitnya hingga aku tidak dapat rasa apa-apa pabila aku menggerakkan kaki.
Apa tak kena dengan aku sebenarnya?
"Afik! Open the door!" teriak mak di depan pintu bilik.
"Urgh," aku tongkat tangan pada katil. Perlahan-lahan aku sandarkan belakang pada dinding. Mak marah sebab tak turun makanlah ni.
"What are you doing in there, Afik? Kenapa tak turun makan?" soal mak bersama ketukan di pintu. Agak dah.
Aku menelan liur dalam-dalam, "Mm-mak! I didn't lock the door!" teriak aku dengan seluruh tenaga. Kemudian terus luruh tenaga. Seolah-olah tadi adalah tenaga yang terakhir.
Pintu ditolak dari luar. "Afik?" terus mak terkam tubuh aku. Wajah aku dibelek-belek, "Ya Allah, are you okay dear?" soal mak cemas kemudian menarik aku ke dalam pelukannya.
"Sayang! Our son!" panggil mak seraya mengusap belakang aku. "Tahan, Afik." mak mengeratkan pelukannya. Aku perasan air matanya hampir mengalir. Selajur aku teringat pada hari kali terakhir aku demam, mak sembunyikan sesuatu daripada aku?
"Afik!" Ayah mendekati kami dengan cemas. Kunci kereta dihulur kepada mak. "Start kereta." katanya dan mak terus berlari ke bawah. Seperti mereka sudah biasa dengan keadaan ini.
"Afik, jangan tidur." bisik ayah di telinga kiriku.
Malangnya, itu adalah perkataan terakhir yang aku dengar sebelum pandangan aku berbalam-balam dan terus gelap.
*****
"Macammana doktor?" suara mak cemas menyentak gegendang telinga.
Perlahan-lahan aku membuka mata, aku pandang tangan. Ada wayar berselirat di tangan kanan dan kiri. Aku palingkan muka ke kiri, berdekatan dengan kaki. Mak sedang berbual dengan lelaki berpakaian kot makmal putih. Doktor? Ah, semestinya aku berada di hospital.
Baju hijau yang tersarung di badan pula aku pandang. Aku benci baju ni, sepertimana aku benci pada hospital dan sepertimana aku benci melihat Hazim di hospital dulu. Tapi, ini adalah tempat untuk merawat dan ini bermaksud aku sakit. Ada budak perempuan kecil di tepi kanan aku. Maaf, salah. Hantu budak perempuan kecil. Budak itu berpeluk tubuh, tersenyum kepada aku. Budak itu ketawa sebelum beredar menembusi dinding. Kacau orang lain pulak kot.
Mak menjeling ke arah aku sambil mengangguk apabila doktor itu meminta izin untuk beredar. Mak menghampiri aku bersama senyuman yang aku pasti dibuat-buat untuk menguatkan aku. Iye, aku kenal akan my only cool mom.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.