Nah, dengar lagu ni sambil baca kahkah.
Beep. Beep. Beep.
"Wei Afik, bila nak bangun? Bosan kot kelas kita takde kau. Dah takde sesiapa nak mencarut. Hahaha..."
Bunyi kerusi bergesel dengan lantai menandakan Adam duduk di sebelah aku.
"Kau tak rindu ke? Nak sakat kitorang?" Hazim pula berkata.
"Kalau hang nak tau, ada sorang lagi budak baru masuk. Omputeh. Hang tau dak nama dia hapa? Khairul Fatah bin Amin. Fatah Hamin! Hang tau dia tak hensem langsung! Celah mana tau nama dia boleh sangkut lagu tu. Lagu mana la ayah dia buleh letak nama tu." kata Naufal pula. Hahaha budak ni mulut dia memang celaka.
"Woi! Kurang ajar betul ekau ni. Den tak berkenan betul dengan cara ekau." kata suara yang aku yakini milik Fatah Hamin.
"Aku habaq benda betoi ja."
"Halah engko tu membongak ja kirjo."
"Sudohlah ahye, Mendelaa aokme ni." celah Cicak.
"Bakponyo demo ni?" aku tak tahu ini suara siapa sebenarnya. Namun apabila dia mencelah, seluruh manusia di dalam wad ini ketawa. Kejap, oh ini Botak.
Aku rindu pada mereka. Sahabat-sahabat yang menceriakan hati. Sahabat-sahabat yang ada ketika aku tidak perlukan mereka. Kerana ketika aku memerlukan mereka, aku lebih memaksa diri untuk menyelesaikan masalah aku sendiri. Aku tidak suka berhutang budi dengan sesiapa walaupun mak dan ayah.
Hingar bingarnya suasana kelas membuatkan aku meraup muka berkali-kali. Mat Jan tak habis dengan ceritanya tentang budak lelaki di sekolah, Botak dengan perancangan konvoinya manakala Ijat dengan Husin pula asyik membahas bicara budak perempuan. Budak lelaki lain, main bola sepak yang diperbuat dari kertas.
Budak-budak perempuan masih dengan gosip yang entah apa-apa. Ada yang sedang membangga diri dengan mengatakan dirinya cantik. Ada yang bercerita tentang lelaki. Biasalah. Tapi tak semua begitu. Ada yang hanya diam dan membuat kerja sekolah. Aku misalnya. Kejap. Aku terlupa pada Nudin yang sedang menyalin jawapan dari buku latihan aku direct terus ke dalam buku latihannya. Matematik.
"Eh Apik, awok busy dok?" Tanya Cicak tiba-tiba kepada aku. Masalahnya, dia nampak aku tak buat apa-apa. Kenapa dia tanya soalan sialan macam tu?
"Apsal?"
"Koi nak ajak aok pi nengok budok baru."
"Malas aku."
"Alaaaaaaa.... moh lah."
"Kau pergilah usya sendiri."
"Aok taknok ke? Koi dengor cerita muka dia gaya Nora Danish."
"Aku tak minat Nora Danish."
"Mohlahh."
"Ajaklah botak. Aduh engko."
"Botak sibuk."
"Aku pun sibuk."
"Aok sibuk buat mende? Aok bukan buat mende pun."
"Aku sibuk nak lari dari kena teman kau usya budak perempuan."
"Babi lah."
"Fuck you, cicak."
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.