Malam terakhir puasa di asrama merupakan malam paling sepi. Di dalam surau, semua orang tidak bersuara kecuali membaca yaasin dan berzikir. Sepertinya budak asrama sekolah ni mula menghormati kejadian yang baru berlaku baru-baru ini. Lihatlah betapa bencana itu boleh tiba bila-bila masa. Tidak dirancang malah tidak boleh dielakkan. Aku bangkit dari lantai apabila selawat kedengaran di bibir masing-masing. Pengakhiran bertapa di surau.
Aku sarung selipar dan berjalan ke blok. Aku tak tahu mana perginya sahabat-sahabat aku. Rasanya aku mula hilang dalam dunia aku sendiri. Mula buat tak endah dengan keadaan sekeliling. Aku masih rasa punca Mo'in bunuh diri adalah sebab aku. Mo'in selamat dikebumikan malam semalam. Dia kehilangan banyak darah dan tidak boleh diselamatkan. Aku gagal. Aku gagal membantu manusia yang daripada awal perlukan pertolongan aku.
"Afik!"
Naufal yang berbaju melayu ungu tersenyum dari jauh. Berdiri di tengah laluan orang lalu-lalang. Terpaksa budak-budak mengelak diri daripada terlanggar dia. Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam kocek. "Malam ni kami ada rancang sesuatu. Hang kena ada sekali baru boleh jalan."
Prasangka. Kadang-kadang kita seringkali tersalah sangka pada manusia. Disebabkan ego manusia, kita lebih memilih untuk tidak mahu mengetahui kebenaran dan terus mempercayai apa yang kita rasa. Kita rasa kita betul padahal memang lumrah hidup untuk berbuat salah. Setiap manusia buat salah. Aku rasa aku perlu buat ini. Aku tahu rancangan apa yang Naufal maksudkan. Tak lain tak bukan-
*****
"Okey jadi rule dia ringkaih ja. Semua orang kena jujoq dan ceritakan apa saja hat kita tak cerita. Kita boleh ubah masa depan. Hazim, hang ingat dak hang pernah habaq dekat aku - masa depan berlaku berdasarkan visual. Kalau hang halang, benda tu boleh berubah. Betui?" Naufal tongok sisa air dalam botol air hingga habis kemudian mendesah. Botol air diletak atas lantai.
"Ya, memang betul. Jadi... siapa mula dulu?" Hazim bersila di atas katil. Kali ini kami gunakan lagi budak-budak ni untuk duduk sebilik malam ini.
Adam menarik nafas panjang. Naqib di sebelahnya ditoleh kemudian menghembus nafasnya agak berat. "Aku akan mula." Spontan tangan Naqib menepuk bahu Adam. Naqib tahu tentang Adam. Budak berdua ni memang suka berahsia. Masing-masing mula menghadap Adam. Menunggu dia membuka cerita.
"Okey kita dah kawan lama tapi masih tak tahu tentang satu sama lain kan? Ibu letak nama aku Adam sebab itu nama ayah aku. Untuk pengetahuan korang, aku bukan anak yang ditinggalkan ayah. Aku memang tak ada ayah sejak awal. Aku anak haram."
Cicak terundur sedikit ke belakang. Agak terkejut dengan kenyataaan Adam. Aku cuma tahu dia ditinggalkan ayah aku tak sangka dia memang ditinggalkan sebab dia anak luar nikah. Bagaimana aku boleh tak tahu tentang ni sedangkan kami berkawan hampir sepuluh tahun? Mungkin kerana aku malas ambik tahu. Ya, aku memang tak guna.
"Pasal Jwani, Afik... aku betul-betul mintak maaf. Aku tahu aku tak layak untuk dia, tapi perasaan ni... aku tak boleh halang. Pertama kali aku kenal Jwani masa tingkatan satu - aku dah jatuh suka dekat dia. Bila aku tahu kau suka dia berdasarkan emosi kau, aku rasa tak guna. Aku rasa hidup aku sentiasa dengan tragedi. Aku tak pernah sempat rasa kasih sayang. Walaupun ibu cukup bagi kasih sayang, tapi aku pun perlukan perhatian lain... macam kau dapat daripada mana-mana perempuan."
"Takpe lah, Dam. Aku tak kisah pun tentang tu. Aku rasa aku tak ada lah suka dia melampau sampai nak tolak sahabat aku. Sahabat lagi penting. Kau jangan risau, perasaan aku dekat dia dah lama hilang sejak aku tahu kau bercinta dengan dia."
Adam melepaskan nafas lega. Terukir terus senyuman di muka dia. "Okey, itu je. Next?" Kami berpandang sesama sendiri.
"Aku." Hazim mengangkat kening, jari-jemarinya disilang.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
Ficção GeralStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.