#15 - Heroin

2.9K 329 27
                                    

Bukkkkk! Hantu lelaki yang tadinya ingin menyerang aku - terbaring di sebelah aku akibat ditendang dari tepi. Aku tak perasan siapa gerangan yang telah menyepaknya tetapi aku begitu bersyukur kerana orang itu telah menyelamatkan aku. Aku mengangkat muka, memandang gerangan yang telah membantu aku. Ah, rupanya dia adalah...

"Awak okay?" soal Jwani cemas.

Aku mengangguk.

Hantu lelaki tadi bangun dengan cepat. "Bodoh! Kau siapa?" Suara kasarnya menyentak gegendang telinga aku tetapi tidak bagi Jwani. Jwani menendang abdomennya namun sekelip mata kaki Jwani berada di tangannya. Sejurus dia menarik kaki Jwani dan melontarnya ke dinding. Jwani terbaring atas lantai. Lemah.

"Jwani!" jerit aku cemas. Aku pandang wajah hantu lelaki tadi, dada aku sakit melihat Jwani kesakitan. Entah kenapa. Kali ini aku bangun, sampai bila mahu lemah? Aku harus tundukkan hantu celaka tu.

Hantu lelaki tadi merapati Jwani, tangan Jwani ditarik untuk membangunkan Jwani. Tubuh Jwani ditolak ke dinding, "Huarghhh!" sejurus itu leher Jwani dicekik dengan tangan kanannya. Tubuhnya diangkat ke awangan. Kaki Jwani menendang-nendang angin, tangannya menarik-narik tangan yang mencekik lehernya. Riak Jwani kesakitan membuatkan aku semakin berani. Bodoh punya Afik, lembap!

"Hoi!" teriak aku, mengalih perhatiannya kepada aku pula dan berharap tindakan aku itu membuatkan dia melepaskan Jwani seperti dalam cerita Twilight yang emak tonton dalam laptop minggu lepas.

Malangnya, tidak menjadi.

Again, deng you Afik! What 'cha doin'?

Hantu tersebut menendang aku dengan tangannya masih mengangkat tubuh Jwani ke awangan. "Bodoh!" marahnya pada aku yang berjaya mengelak tendangan lembapnya (Ceish, padahal sikit lagi nak kena aku). Berang dengan aku, dia mencampak tubuh Jwani dan bertindak menarik tangan aku. Ceh, taktik yang sama brader!

Aku mengilas tangannya ke belakang kemudian memanjat tubuhnya - duduk di atas bahu sambil mencekik lehernya dari belakang. Ah, bodoh! Jadah apa cekik dari belakang. Dia menghentak belakang tubuhnya ke dinding, yang mana menghentak aku ke dinding sebenarnya. Tetapi tindakannya itu tidak mematikan tindakan aku yang mencekiknya dari tadi.

Jwani mematah-matahkan jarinya. "Hantu buruk!" panggil Jwani. Jwani mengurut lehernya sambil tersenyum mengejek apabila hantu itu memandangnya. Hantu itu mengabaikannya dan menghentak belakangnya ke dinding semula.

"Sial, kuat gila hantu ni." getus aku dalam kesakitan. Ceh, sempat lagi.

Jwani berlari ke arahnya kemudian melutut perutnya. Apabila hantu itu membongkok kesakitan, aku menjatuhkan tubuhnya ke hadapan dengan backflip (acah giler). "Bodoh! Manusia bodoh!" teriaknya. Dia bangun dengan pantas kemudian mengilas tangan Jwani dan mencekiknya.

Aku terkaku melihat Jwani kembali dalam kesakitan. Rasa bersalah kerana tidak dapat melindunginya. Tetapi perasaan itu sekejap kerana tiba-tiba Jwani menyiku perutnya kemudian mengikat tangan hantu lelaki tadi ke belakang. "Afik! Dekat tepi perut kanan!" teriaknya.

Masa menjadi perlahan, aku masih membeku di tempat aku. Teragak-agak. Jwani berusaha mengekalkan posisinya, menanti aku bertindak. "Hiarghhh!" Aku berlari ke arahnya kemudian memijak tepi perut kanannya. Seketika dia meraung sebelum terkulai jatuh atas lantai.

Nafas kami sama-sama tercungap. Penat bertarung di dalam tandas. Celaka apa bertarung dalam tandas? Patutnya bertarung dekat padang ke, dekat court atau gelanggang WWE. Ini kalau aku cerita ke anak cucu pun comfirm dorang gelak. Tok Pik dorang bertarung dalam tandas dengan perempuan. Tercalar ego lelaki aku.

Budak Sixth Sense [Completed]Where stories live. Discover now