#16 - Cemas

2.9K 331 26
                                    

Jwani tersenyum sendiri sedari tadi. Memandang luaran bangunan sekolah St. Mary. Tidak sabar untuk memasuki sekolahnya dan mengetahui siapa dirinya. Gila, aku terpaksa bayar tambang teksi yang mahal untuk pergi (dan balik rumah) ke sini. Malas naik ERL.

"Sekolah ke ni?" soal aku.

Jwani ketawa, "This is the school! Yeay!" teriak Jwani keriangan. Kakinya terjongket-jongket, mungkin sebentar lagi dia akan melompat pulak. Sejak kami dah mula rapat, dia dah mula keluarkan perangai semacam dia.

"Hoi-hoi! Calm down." tegur aku.

Jwani tersengih, "Saya tak sabar ni. Jomlah!" ajaknya sambil terlompat-lompat. See? Aku dah kata tadi.

Terasa getaran di peha, terus aku seluk poket dan mengeluarkan iPhone. Panggilan daripada Adam. Nak apa budak siam ni? Segera aku menjawab panggilan.

"Hello?"

"Assalamualaikum."

Aku tersengih sendiri, "Waalaikumusalam. Apsal?" soal aku. Jwani mencebik sesaat memandang aku. Aku mengerutkan dahi kepadanya dan dia membalas dengan mengangkat bahu.

Kedengaran nafas berat dihembus oleh Adam, "Hazim masuk hospital pagi tadi. Kau dekat mana? Aku cari kau dekat rumah tadi kau takde." keluh Adam.

"Hazim masuk hospital? Apsal?" soal aku cemas.

"Kau dekat mana ni?"

"Aku dekat-" aku pandang Jwani seketika. Wajahnya penuh harapan. "dekat bandar. Kau kat mana?" soal aku. Jwani memandang aku kehairanan. Ah, maaf Jwani.

"Aku kat rumah kau."

"Sejam lebih lagi aku sampai." terus aku mematikan panggilan.

"Siapa?" soal Jwani, tersenyum.

"Adam,"

Senyuman Jwani beransur-ansur hilang, "Adam nak apa?" soalnya perlahan.

"I'm sorry, Jwani. Aku kena balik putrajaya. Kau boleh pergi tengok sorang-sorang, kan?" soal aku.

Jwani tersenyum kecil sambil mengangguk. "Boleh." katanya. Senyumannya pudar.

Aku segera memusing tubuh dan kemudian melangkah laju sambil menelefon pemandu teksi.

*****

"Apsal tak bagitau kau sakit?"

Hazim yang terbaring di atas katil hanya mendiamkan diri. Bibirnya pucat, matanya sembab. Soalan aku tidak dijawab. Terlalu lemah untuk berkata apa-apa mungkin. [Aku okay, Apik. Jangan risau.] 

"This is what you called okay, jim?" nafas aku naik-turun, bengang dengan sikap Hazim. Sepatutnya dia memberitahu bahawa dia sakit kepada aku, Adam dan Cicak. Bukan mendiamkan diri.

Ah, cakap tak serupa bikin pula aku.

"Pik, toksoh la gitu. Dia tengah sakit tu." tegur Cicak.

Aku melepaskan keluhan berat. Peluh di dahi segera aku lap dengan lengan baju. "Bila operation kau?" soal aku lebih lembut dari sebelumnya.

"Doktor kata esok." jawab Adam bagi pihak Hazim.

Aku mengangguk faham. "You shouldn't kept this from us. Itu nasib baik mak kau ada dekat rumah. Kalau dia takde? Kau bukan kucing ada 9 nyawa." bebel aku.

Hazim ketawa dalam lemah, "Macam perempuan kau ni, Pik. Membebel macam mak aku." katanya.

"Lah, kau ada suara rupanya." Adam tergelak sambil memaut bahu Hazim.

Aku pandang Cicak. Terus aku tepuk pipi dia. "Besar gila kau nganga."

"Koi ingatkan Ajim dah bisu tadi." kata Cicak.

Mendengar suara Hazim berjaya mengurangkan sedikit rasa risau dalam hati kami.

"Beria kontek aku dalam fikiran."

Hazim tersenyum memandang kami. Kami tahu dia sedang menguatkan dirinya di depan kami. Sedangkan dalamannya sedang lemah. Ah, memang tujuan kami ingin menguatkan semangatnya.

"Kalau sakit, nangis je jim. Bukan kitorang kisah pun." Adam menepuk-nepuk bahu Hazim. Kami menghadiahkannya senyuman.

"Ah, apsal pulak aku nak nangis." balas Hazim.

[Apik... Tolong Naqib.]

Senyuman aku terus mati. Suara fikiran siapa tadi? Aku pandang wajah Hazim. Hazim mengangguk sambil tersenyum. Ah, dia rupanya. Naqib? Ooo, pasal Mikael.

"Pahal wei! Tak syiok betul mind kontek ni. Share ah." Adam pandang aku kemudian pandang Hazim.

"Kalau ada masalah, kita selesaikan sama-sama. Ok, mulai sekarang. Aku gelar kita sahabat." tambah Adam.

Terkesan hati aku dengan ayat dia. SAHABAT. Selama ini aku hanya bersahabat dengan Adam. Manakala yang lain umpama guruh saja bagi aku. Datang dan pergi mereka bukan masalah bagi aku.

Aku menghela nafas berat sambil memaut bahu Hazim. Tapi Cicak tiba-tiba memaut bahu aku juga. Adam turut memaut bahu aku membuat satu lingkaran.

"Kita ni sahabat. Apapun jadi, kita mesti ada untuk satu sama lain. Ok?" kata Adam serius. Sejak bila entah kami bersahabat sebenarnya. Kami cuma berkawan sebelum ini kerana masing-masing ada kelebihan. Namun agaknya, lingkaran ni bakal membentuk satu persahabatan kukuh.

"Okay!" kata kami serentak.

Beberapa saat kemudian, lingkaran terputus. Masing-masing ketawa. Terasa kelakar dengan perangai kami.

"Aku akan kuat demi korang."

"Bukan akan. Tapi sekarang. Kau kena kuat sekarang."

Terus aku teringat sesuatu.

Hazim mengeluarkan tisu dari saku seluarnya kemudian darah di hidung dikesat. Hazim memandang aku, fikirannya bercampur-campur. Darah kembali keluar dari hidungnya. Menitik ke atas lantai. "Apik, aku mintak maaf sebab lambat bagitahu kau." katanya. Bahu aku dipegang.

"Apsal, Ajim? Kau.. Kau okay tak?" aku kesat darah di hidung Hazim dengan cadar.

"Hoi! Kau kenapa?" terjahan Adam menyedarkan aku dari lamunan.

Bodohnya aku kerana tidak tanya Hazim ketika hidungnya berdarah dulu.

"Aku cerita lepasni." aku pegang bahu Hazim, "Jim, jangan lemah." pesan aku.

Aku berjalan perlahan, membiarkan Cicak dan Adam berjalan di hadapan. Pintu automatik terbuka, membenarkan kami keluar dari bangunan hospital. Aku benci hospital sebenarnya. Di sinilah Mat Jan meninggal. Di sinilah aku bertemu dengan hantu doktor dulu.

"Kau kenapa?" tegur satu suara di telinga aku.

Aku pandang ke tepi. "Bodoh! Baru hari ni kau nak muncul?" marah aku pada Mat Jan.

Mat Jan ketawa mengekek. "Aku malas kacau kau dating."

"Banyaklah kau."

Mat Jan berjalan seiring dengan aku. "Pasal ibu aku. Kau dah fikir macammana nak tolong?" soalnya.

"Aku tak dapat nak fikir sekarang." balasku.

"Pasal Ajim ke? Sorry." perlahan suara Mat Jan berkata.

"Nah, it's okay. Apa kata kau usyar aktiviti harian ibu kau." aku toleh ke arah Mat Jan.

Tak, bukan Mat Jan lagi. Tapi Jwani.

"Mana dia?" soal aku pada Jwani. Langkah aku terhenti.

Jwani mengangkat bahu, "Dia tak cakap."

Aku mendengus.

"Wei, kau buat apa tu?" teriak Adam. Dia bercekak pinggang memandang aku.

Aku jeling Jwani. Dia menjelir lidah kemudian hilang. Ah, kenapalah hantu suka hilangkan diri sesuka hati mereka.

Budak Sixth Sense [Completed]Where stories live. Discover now