"Hang tak mau makan ka, Afik?"
Naufal bertanya sambil sebelah tangannya memeluk bahu pelajar junior, Mondok dan sebelah tangannya menyedok nasi. Dipanggil Mondok kerana dua batang gigi atasnya yang besar seperti tikus mondok. Rambutnya disisir ke tepi, berkaca mata besar dan sentiasa berbaju kolar.
Tadi, ketika Mondok beratur untuk mengambil makanan - Naufal menjerit nama Mondok dan mengajaknya makan sekali kerana makanannya banyak. Pelawaan Naufal ditolak pada awalnya tetapi akhirnya dia bersetuju juga kerana Naufal seakan-akan memaksa dengan alasan sunah makan sepinggan. Kalau sedulang takpe jugak.
Dari tadi Cicak menahan loya melihat Mondok makan. Giginya yang besar membuatkan dia kelihatan seperti tikus ketika makan. Tetapi tidak bagi Naufal, dia selamba berkongsi makanan dengan pelajar junior yang dianggap seperti adiknya sendiri. Ada satu rahsia tentang Mondok yang hanya diketahui oleh aku dan kembar. Mondok itu anak kepada tok guru silat cekak harimau di tempat Naufal dulu, Kedah.
Ah, tiba-tiba pula buka cerita tentang Mondok.
Mata aku dari tadi curi-curi pandang Jwani yang sedang beratur mengambil makanan. Aku menunduk seketika. Perasaan ini harus aku lawan. Mencintai teman wanita kepada sahabat bukan lah sesuatu yang elok diteruskan. Aku angkat kepala memandang Adam. Adam beriak kosong tetapi fikirannya dia tahu aku sedang berfikir tentang Jwani.
"Sorry, Dam."
Adam mengangguk lalu menyuap nasi berserta lauk ke dalam mulut. Hari ini, kami berbuka dengan lauk ikan patin masak tempoyak. Lauk kesukaan Cicak kerana katanya lauk itu mengingatkan dia akan tempat asalnya, Temerloh. Siapa saja yang tidak tahu Temerloh itu bandar ikan patin? Lagi-lagi Temerloh merupakan titik tengah semenanjung Malaysia. Kemon, aku belajar geografi dulu.
"Berkkk... Alhamdulillah. Nyandorrr amait yak." Cicak mengusap-usap perutnya yang tampak leper walaupun baru lepas makan. Kalau dah kurus tu, kurus jugak Cak. Sengaja dia acah boroi padahal takde langsung boroi tu melekat pada perut dia.
"Doa Cak... Doa. Hehe..." kata Naufal sambil tersengih. Bahu Mondok dilepaskannya. Naufal ni memang seorang yang periang. Langsung tiada sifat jijik dengan sesiapa. Bagi dia, semua manusia adalah sama. Berbeza sungguh dengan aku yang sering menjadikan semua orang sebagai bahan kritik.
"Iye, baca dah tadi sebelum makan." balas Cicak. Pinggan ditolak ke tepi. Tangannya yang melekat nasi-nasi dijilat. Apabila perasan kami memandangnya langsung dia berkata, "Sunah... sunah..." kemudian menyambung acara menjilat tangannya. Selekeh betul.
"Doa lepaih makan lah, bahalol."
Cicak berhenti selepas menjilat jari. "Iye... koi dah baca sebelum makan. Nak jimat masa." balas Cicak lagi dengan selamba. Dia bergerak ke sinki sambil membawa pinggan. Kejadah dia basuh pinggan dema. Pandai-pandai lah makcik dema tu basuh sendiri. Erk, bukan jahat cuma...
"Awatnya kawan hang lagu tu? Aneh punya olang. Kan, Dok?" tanya Naufal pada Mondok. Mondok hanya mengangguk-angguk sambil menghabiskan lauknya.
Eh, kejap.
Aku pandang Adam, kemudian Naufal dan Naqib. Akhirnya pandangan aku berhenti pada Cicak. Ada seorang yang hilang. Seseorang yang asyik mendiamkan diri sejak akhir ini.
Hazim.
"Wei, Ajim mana?" tanya aku.
Serentak mereka mengangkat bahu kecuali Mondok.
"Serious ah? Korang tak kisah langsung tentang dia?"
Baru aku perasan, sejak akhir ini aku rasa seperti Hazim tidak wujud. Seperti Hazim tiada walaupun hakikatnya dia ada bersama kami. Gosh, aku baru tersedar. Aku asyik sibuk tentang kembar, tentang Cicak dan tentang Adam dan Jwani sehingga aku terlupa baru-baru ini Hazim bergaduh dengan Badri.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
Genel KurguStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.