2015
Beeep. Beeep. Beeep.
Pada mula aku ada kelebihan membaca fikiran, aku berumur tujuh tahun. Menangis aku ketika itu kerana suara-suara asing asyik menjengah fikiran aku. Ada dua cara aku membaca fikiran ; mendengar suara dan melihat visual. Aku sering mengadu pada mak tetapi mak kata aku berkhayal.
Menginjak umur lapan tahun, aku sudah pandai mengawal kelebihanku. Mangsa pertama adalah cikgu Ayu yakni cikgu bahasa melayu aku ketika itu. Sejak itulah aku mengetahui tentang benda-benda itu. Kau tahu benda-benda itu? Hal perempuan. Terlalu muda sebenarnya untuk aku mengetahui tentangnya.
"Maafkan aku, Apik." Mat Jan tiba-tiba memeluk aku. Terus air mata aku mengalir deras. Ah murah benar. Terus aku mengesat air mata yang mengalir di pipi, aku tidak sanggup untuk tinggalkan kawan yang sudah sekelas selama enam tahun di sekolah rendah dan dua tahun di sekolah menengah. Walau tidak rapat mana, dia tetap seorang kawan. Kawan yang jauh.
"Apsal kau tak bagitahu aku pasal ni?" tanya aku. Wajahnya pucat, tahu sebentar lagi perkara buruk bakal berlaku.
"Aku mintak maaf, Apik."
"Aku fikir kita akan sekelas dalam masa yang lama."
"Apik, tak semua benda akan bertahan dalam dunia ni. Salah satunya, nyawa. Ajal dan maut Allah dah tentukan buat mana-mana manusia pun." kata Mat Jan. Dia tersenyum walaupun dia tahu maut semakin hampir mendekatinya.
"Aku takut, Jan."
"Kau kena kuat, Apik. Kau lebih kuat dari mereka! Ingat pesan aku, kau lebih kuat dari mereka! Dan tak semua hantu jahat." Mat Jan mencengkam bahu aku, "Kau kena belajar guna kelebihan ni, jangan risau. Bila kau pandai guna, takde apa-apa akan jadi pada kau." sambungnya.
Aku tersenyum palsu, sekadar menguatkan diri sendiri. "Aku akan ingat kau, Jan." kata aku.
Mat Jan mengangguk kepala. "Aku memang ditakdirkan untuk jadi orang yang lemah. Aku tak kuat untuk tampung power ni. Power ni perlukan otak yang sangat kuat untuk tampung dimensi lain. Mata ke-dua. Aku mintak maaf sebab terpaksa susahkan kau, terpaksa bagi kau power ni. Jangan risau, bila tiba masanya. Kau dah tak takut dengan semua ni." Bahu aku ditepuk-tepuk. Senyumannya kian meleret.
"Aku akan rindukan kau, Jan."
"Jagakan dunia untuk aku. Gunakan kelebihan kau untuk bantu orang lain."
Beeep. Beeep. Beeep.
Aku ingin membantu manusia apabila terdengar suara fikiran mereka. Mereka begitu sukar menjalani kehidupan sehingga ada yang ingin membunuh diri. Entah apa yang membuatkan aku ingin membantu mereka. Sejujurnya dulu aku takut untuk masuk campur dalam masalah manusia. Tapi aku rasa bertanggungjawab untuk membantu mereka.
Beeep. Beeep. Beep.
"Afik, aku ni. Aku datang..." suara ini aku pernah dengar sebelum ini. Oh, abang Alif.
"Ya Allah, Alif!" terdengar suara mak berteriak.
"Alif? Betul ke Alif ni?" suara ayah pula kedengaran.
Mak mula menangis. "Tujuh tahun mak cari Alif. Prof Jalal mana?" soal mak dengan suara yang serak.
"Prof Jalal ada dekat luar, mak."
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
Aktuelle LiteraturStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.