Aku mengurut-urut leher, melihat Jwani yang sedang melipat selimut di katil aku. Sejak akhir ini, dia kerap membuat (membantu) perkara baik-baik terhadap aku. Setiap pagi dia akan mengemas katil aku. Waktu petang, dia akan kemas bilik aku yang memang sentiasa kemas kerana aku takde adik-beradik. Waktu malam pulak, siap-siap dia gosok baju sekolah aku. Ini kalau mak nampak, aku yakin mak ajak aku pindah. Tetapi itu lah, mak tak nampak Jwani. Jikalau Jwani sedang menggosok baju, mak tidak akan nampak Jwani bahkan tidak akan nampak saterika itu bergerak. Kenapa? Kerana ia dimensi yang berbeza.
Semua ini berlaku sejak tiga hari lepas. Hari itu, dalam perjalanan pulang ke sekolah, Jwani mengajak aku ke cyber cafe untuk mencari lebih banyak maklumat tentang dirinya. Malangnya, setelah berhempas pulas selama tiga jam di dalam cyber cafe itu, kami tetap tidak dapat sebarang maklumat tentang kehilangan pelajar bernama Jwani atau kematian pelajar bernama Jwani. Apabila ditekan nama Jwani, keluar banyak senarai orang dan ah, betapa lamanya perlu aku cari! Dan ya, kami tetap tak jumpa.
Ketika dalam perjalanan ke rumah, Jwani menarik tangan aku apabila berada di hadapan kedai sate. Dia memaksa aku membelikannya sate sedangkan ketika itu aku tidak mempunyai sebarang wang (sebab tak bawak dompet). Maka, aku hanya mengendahkan dan membiarkan dia memerhatikan sate dengan menelan air liur beberapa kali. Kasihan tetapi aku perlu kasihankan diri aku. Sejak itu, setiap hari Jwani akan tersenyum semanis mungkin dan bercerita tentang kesedapan sate. Nampak? Dia ingin aku membelikannya sate. Ah, aku bukan tidak boleh membelikannya sate tetapi dia tu kalau makan mana cukup 50 sate.
Sejak aku mengenalinya, Jwani seorang (seekor) yang amat kuat makan hinggakan mak pernah bertanya mengapa aku bawak masuk bilik makanan yang sangat banyak. Aku hanya menjawab, "I'm hungry." kepada mak. Keluh. Kadang-kadang aku terfikir berdosakah aku memberi hantu makan? Masalah yang entah berapa kali aku ulang, Jwani tak seperti hantu lain!
"Sate?"
"Hm?" aku mengeluh lagi.
Dia mengerdipkan mata beberapa kali. Sejak pertama kali aku mengenalnya, dia akan buat begini jika dia inginkan sesuatu. Jika dia manusia, aku tak tahu apa akan jadi padanya. Kerana kami sebilik dan aku lelaki.
"Mahal kau tahu tak?" aku memeluk tubuh.
"Alaaaaaa... Satu pun takpelah. Nak rasa je. Please... Please..." Dia menekap kedua telapak tangannya, membuat muka meminta simpati kepada aku.
"Enam posen satu!"
"Tapi dompet awak ada lima ratus tiga puluh empat ringgit. Awak nak buat apa dengan duit tu?" Jwani memuncungkan bibirnya, merajuk. Apahal ada hantu macam ni? Eh, kejap!
"Kau selongkar dompet aku?"
Dia tersengih sambil menggaru-garu kepala. "Tengok je." jawabnya.
"Tapi kau tetap dah selongkar dompet aku! Kau hantu! Jangan lagak macam manusia!"
Jwani terkejut, matanya tidak berkelip memandang aku. Riak wajahnya berubah sayu, tiada riak ceria seperti selalu. "Ma-maafkan saya." katanya sebelum sekelip mata dia hilang. Ah, kemana pulak budak ni pergi. Haih.
Ringtone iPhone aku tiba-tiba berbunyi. Adam. Adam kerap benar menghubungi aku selepas aku memberitahunya tentang kelebihan baru aku. Dia agak terkejut ketika aku memberitahunya tetapi kini dia sedang mengkaji demi aku.
"Hello?"
"Assalamualaikum."
Ah, Adam. "Waalaikumusalam. Apsal Dam?" soal aku. Malas terlampau kias.
"Mamak jom."
Aku toleh ke arah jam dinding, 10.45malam. "Okay. Jemput aku."
*****
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.