Gay.
Itu adalah perkataan pertama yang muncul di kepala remaja lelaki apabila mendengar nama spongebob. Tak semua, tetapi 85% adalah begitu. Itu berdasarkan fikiran-fikiran yang aku dengar atau baca apabila menonton spongebob bersama rakan. [Blushed pink. Gay.] [Bulu mata lentik, jadah apa?] [Cium squidward. Eeee geli aku.] [Too much caring.] [Lembik.] [Terlampau colourful.] Dan banyak lagi yang aku pasti kau sendiri boleh bayang.
Jwani ketawa berdekah-dekah menonton cerita spongebob yang sudah hampir sejam ditontonnya. Haih. Aku terpaksa beralah dengannya impak kalah osom sebanyak lima kali daripada lima belas. Tak, aku bukan golongan spongebob. Aku cuma sengaja membiarkan dia menang supaya tidak berlaku pertelingkahan. Ehem. Diamlah.
Aku pandang mak yang sedang menuruni tangga. Mak memandang aku kehairanan. "What?" soal aku.
"Spongebob?"
Agak dah. Mak tahu aku begitu anti dengan spongebob. Pernah sekali dalam kelas, aku berbahas dengan semua budak kelas tentang spongebob. Mereka menegakkan bahawa kartun itu adalah kartun paling 'best' dan memaksa aku menontonnya. The-hell? Memang tidaklah. Akhirnya, tiada siapa yang menang. Mereka membiarkan aku dengan prinsip aku selepas aku mengeluarkan beberapa ayat pedas kepada mereka. Tapi, sampai sekarang budak kelas faham dengan perangai aku yang memang akan sentiasa memangkah orang. Tak faham? Baca banyak kali.
"Really? Are you sick?" Mak menekapkan telapak tangannya di dahi aku.
"I'm fine, mom." kata aku seraya menolak tangan mak perlahan.
Mak masih dengan pandangan hairannya. Jwani di sebelah aku pula menekup mulutnya, menahan ketawa. Celaka apa?
"Harini ada Finn and Jake, am I right?" soal mak. Di tangannya ada kunci kereta.
"Yes."
"Mak nak pergi pasar. Nak tempah apa-apa?" Soalan ni memang wajib keluar dari mulut mak.
"Mushroom soup."
"Kotak atau tin?"
"Kotak." Aku tersengih.
"Two?"
"Four."
Serentak itu, terbahak-bahak Jwani mengertawakan aku. Jenuh dia menekan perut menahan ketawanya. Kalaulah mak nampak dia, aku rasa mak takkan pandang aku dengan senyuman.
"Okay, jangan lupa kunci pintu!" teriak mak sebelum menutup pintu rumah. Sekejap saja, bunyi deruman keretanya berdesup pergi dari rumah. Mak memang cool.
"What the hell?" Aku bersoal pada Jwani. Sudahlah aku tak dapat tengok Steve Universe, ini pulak dibahannya tanpa sebab.
"Hahaha! Mushroom soup!" Jwani mengesat matanya usai berkata.
"Apa yang kelakar?"
"Saya tak pernah dengar ada lelaki makan sampai empat kotak! Hahaha!"
Nah, itu dia satu kebohongan yang nyata. Bukan aku seorang lelaki yang makan mushroom soup empat kotak. Malangnya, aku tidak boleh membaca fikirannya kerana dia bukan manusia. Aku pernah terfikir jika aku boleh membaca fikiran selain manusia seperti membaca fikiran kucing yang dipinta oleh Hazim dulu. Kalau boleh, mungkin aku boleh ketahui kenapa kucing suka berlari sana sini atau kenapa dia mengiau tak tentu pasal. Tapi mungkin, mereka ingin dikekalkan sebagai rahsia alam.
"Kenapa awak beli banyak sangat?" Nampaknya Jwani masih tidak puas dengan topik mushroom soupnya.
"Apsal?"
"Saya pelik!"
"Kau memang pelik."
"Eh saya?" Jwani menghalakan jari telunjuk pada mukanya.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
Aktuelle LiteraturStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.