"Rehat luh!"
Aku labuhkan buntut di atas tangga. Longkang yang telah dibersihkan aku pandang. Ketika ini muka aku boleh disamakan dengan beruk tak dapat pisang rasanya. Muka berusaha buat kerja tetapi penat saja. Bukannya dapat hasil. Langsung tidak dapat pisang! Ah, jadah pisang? Puasa, Afik oi!
Aku lap peluh di dahi. Pinggang yang terasa lenguh aku urut. Baru buat sikit penatnya dah macam baru lepas bina rumah. Macammana agaknya tukang cuci membersihkan semua longkang ni? Banyak betul pahala dia.
Aku pandang pula Adam yang sedang menyapu sampah di longkang. Sudah tiga jam kami membersihkan longkang tetapi kami masih tidak bertegur sapa. Aku tunggu dia menegur aku dulu sebenarnya. Malangnya dia kekal membisu seperti Kamal Adli yang merajuk dalam drama Assalamualaikum Cinta.
Tinggi betul ego kau, Adam.
Atau ego aku yang tinggi sebenarnya?
Aku cuma hairan. Ada pelbagai persoalan muncul di kepala. Macammana Adam boleh bercinta dengan Jwani? Macammana Adam boleh berubah dengan tiba-tiba? Macammana Adam boleh tahu tentang masa depan Naqib dan Naufal? Adam juga ada kuasa baru? Atau-
Komando?
Adam membalas pandangan aku. Mata kami bertaut seperti pasangan bercinta budak sekolah yang acah-acah malu dan tidak mahu hubungannya diketahui oleh orang lain. Adam tersenyum sebelum menyambung kembali kerja membersihkan longkangnya. Mimpi apa pulak dia tiba-tiba senyum?
Tiba-tiba Adam letak penyapu lidi di tepi dinding sebelum mendekati aku. Dia duduk di sebelah aku. Cepat-cepat aku bergerak ke tepi sedikit, menjarakkan kedudukan aku dengan Adam. Kami berdehem serentak. Okay, makin janggal rasa ketika ini. Apahal pulak dia ni? Jangan kata dia gay. Again, Afik? Your ridiculous thought?
"Afik..." Adam bersuara. Pandangannya dihala ke depan, tidak memandang aku. Perasaan bersalah kembali bermain di fikirannya. Ah, sudah. Kenapa tiba-tiba rasa bersalah? Aneh, disebabkan kami ini budak tidak normal maka kebanyakan kejadian berlaku secara tiba-tiba tanpa sempat kami melakukan sebarang persediaan.
"Hmmm."
Adam memaut jarinya antara satu sama lain. "Aku nak mintak maaf." Pandangan Adam hanya menyorot pada jari-jemarinya. Dia berdehem lagi. Serupa benar dengan gaya pasangan bercinta mahu minta maaf. Meremang bulu roma. Ah, kenapa pulak meremang ni?
"Ok,"
Adam hela nafas panjang sebelum memandang aku. "Aku mintak maaf sebab tak bagitahu tentang Jwani dari awal." Tangannya diletak atas peha.
Aku toleh jam di tangan. Jam 1805. Aku boleh gerak masuk dah sepatutnya ketika ini. Tetapi, aku tahan dulu kerana aku ingin mendengar ucapan maaf dari Adam. Mari tengok sejauh mana kau mampu berkata-kata, Adam.
"It's Ok,"
"Aku takde niat nak khianat kau, Afik. Aku tahu semua ni salah aku. Tapi kau tak boleh salahkan aku seorang, Afik. Semua ni salah kau jugak."
Wah, dia salahkan aku pulak?
"Apsal kau nak letak salah kau pada aku pulak ni, Adam?"
"Sebab kau hanya kisah tentang diri kau. Kau langsung tak kenal dengan Jwani. Padahal kau dah sekelas dengan dia hampir setahun lebih, Afik! Setahun lebih!" jawab Adam sehingga sedikit air liurnya merecik ke mulut aku.
Aku terus kesat mulut. Malas kata 'janganlah sembur, jijik sial!' kerana nanti makin lama lah perbalahan kami. "I don't care about her, Adam." balas aku dengan mengawal nada agar tidak kedengaran 'marah'.
Ceh, padahal aku memang kisah. Aku suka pada Jwani sebenarnya tetapi Adam adalah kekasihnya. Tambahan lagi, mereka telah bercinta selama dua tahun. Aku pula hanya seorang Afik yang pertama kali jatuh cinta. Ah, perasaan cinta boleh buang. Mungkin. Mungkin aku boleh buang.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
פרוזהStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.