#20 - Masalah Mikael

3.1K 328 37
                                    

Aku menyeluk tangan dalam saku seluar tiga suku yang aku pakai. Malam ini terasa begitu dingin. Nasib baik sweater hitam yang aku pakai berjaya memanaskan badan. Aku rasa aku tak tahan sejuk sebab kurus kot. Tapi daging tebal kot, hairan betul aku.

Aku angkat kepala memandang lampu jalan yang menyirami cahayanya kepada jalan di perumahan ini. Ada hantu budak bermain di tepinya. Berpusing-pusing budak tu main dengan tiang. Dik, jangan main tiang dekat sini. Nanti hantu menari tiang kacau engkau. Malangnya, aku hanya mampu berkata-kata dalam hati dan fikiran.

Tadi, mak suruh aku beli aiskrim dekat kedai. Berdasarkan fikirannya, mak tertanya adakah dia mengidam padahal dia sudah menukar IUCD-nya dua bulan lepas. Kalau betul, Alhamdulillah. Aku ada adik. Sudah empat belas tahun aku hidup sebagai anak tunggal. Teringin juga menjadi anak sulung. Naik pangkat. Abang long? Okay panggilan tu? Nope, cukuplah panggilan abang. Ceh, jauh betul aku berangan.

"Abang! Tolong bawak Jwani masuk!" teriak satu suara.

Langkah aku terhenti. Perjalanan ke kedai akan tertangguh nampaknya. Mama Jwani bercekak pinggang di samping pintu kereta Audi yang terbuka. Seorang lelaki yang aku agak ayah Jwani gegas menghampiri dan menolong Jwani keluar dari perut kereta dengan berhati-hati.

Rumah Jwani dekat rupanya. Tak sangka kami berjiran. Sungguh tak sangka. Tapi dunia memang penuh misteri dan banyak kebetulan. Aku terkejut sebenarnya tapi aku seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa. Sejak akhir ini, daya ligat aku melumpuh secara beransur-ansur. Aku seperti tiada semangat dalam hidup. Masalahnya, aku tak tahu kenapa. Lama aku pandang pergerakan mereka sehingga Jwani dan ibubapanya lenyap ke dalam rumah.

Aku rasa aku tak akan ganggu kehidupan Jwani. Biarlah dia merasai kehidupan yang normal. Hidupnya akan tak normal jika berteman dengan aku. Jika memorinya sebagai hantu kembali, kehidupan normalnya akan terjejas. Ah, Jwani adalah roh dan bukannya hantu. Tapi aku tetap ingin menggelarnya Hantu Jwani. Kawan hantu pertama yang aku ada. Atau mungkin satu-satunya selepas Mat Jan tidak muncul-muncul lagi.

Banyak betul kebetulan yang tidak disangka dalam dunia ni. Lagi sekali, hal Mikael belum selesai. Apa masalah aku sebenarnya? Hal itu adalah hal yang paling senang untuk dilakukan. Aku hanya perlu ceritakan perkara ini pada Naqib. Ya, Naqib. Kerana sepertinya Naufal langsung tidak mengingati abang kembarnya itu. Mungkin aku harus berehat dan berhenti masuk campur dalam urusan orang. Esok, aku akan selesaikan hal Mikael. Itu adalah hal terakhir yang akan aku selesaikan sebelum aku berehat.

Dunia ni penuh dengan misteri. Hakikatnya kehidupan kita sering bersangkut-paut dengan kehidupan orang lain. Tapi tetap juga ada yang berlagak kata hidupnya adalah hidupnya dan tidak kena mengena dengan hidup orang lain. Hei cik manusia! Bila kau ada masalah, jadi masalah orang lain untuk membantu kau daripada membelengu diri dalam masalah kau.

Ah sekali lagi, aku cukup beremosi sejak akhir ini. Entah kenapa.

"Apik, nak pi mana?" satu suara serak-serak basah menyapa.

Aku mengukir senyuman kepadanya. "Kau ni Dam, mana aku pergi mesti ada kau. Menyampah giler." kata aku sekadar berjenaka.

Adam tersengih. Aku teliti pemakaiannya atas-bawah. Seluar tiga suku dan sweater hitam. "Hoi! Apsal kita sama? Stalker! Creepy giler kau ni." canda aku lagi.

Sengihan Adam digantikan dengan ketawa. "Kau nak pi mana?" soalnya sambil memaut bahu aku.

"Kedai. Kau?"

"Masjid,"

Aku renung mata Adam lama.

"Ok, aku tipu. Kau boleh baca fikiran aku, buat apa aku nak jawab." Adam mengalah.

Budak Sixth Sense [Completed]Where stories live. Discover now