ANDA HANYA AKAN FAHAM BAB TERAKHIR INI JIKA ANDA INGAT JALAN CERITANYA DARI AWAL.
Beberapa bulan kemudian...
Ada orang kata kehidupan kita ni sentiasa berkait. Seumpama langit yang mendung melindungi hidupan di atas bumi daripada sinaran terik mentari. Tidak hanya itu, tidak lama selepas itu, mendung memuntahkan hujannya. Membasahi muka bumi. Maka bernyanyi rianglah pokok-pokok dan hidupan ke atas rezeki itu. Anugerah daripada Tuhan. Tidak lain tidak bukan itu memang daripada Tuhan.
Segala yang berlaku adalah takdir yang ditentukan-Nya. Jika DIA kata tidak, maka tidak lah berlaku apa-apa. Tidak lah aku bertemu teman-teman. Tidak lah aku bertemu abang kandung aku. Aku diuji dengan persahabatan, diuji dengan kehidupan yang luar biasa tetapi hakikatnya aku tidak dapat melawan betapa luar biasanya mesej yang disampaikan oleh-Nya. Kasih sayang itu luas. Tidak hanya pada gadis tetapi juga kepada sahabat. Tidak hanya pada keluarga tetapi lebih kepada Tuhan dan alam semesta.
Aku tidak akan lupa akan teman-teman yang pergi bertemu Tuhan. Mereka tinggalkan aku pengajaran yang tak akan aku lupa. Mungkin aku akan bukukan cerita ini agar boleh aku ceritakan pada anak-anak ketika mereka remaja. Kisah budak-budak tidak normal yang ingin menjalani kehidupan normal. Berlakon dan bersembunyi. Aku percaya apa yang Tuhan berikan adalah sentiasa yang terbaik. Sahabat, keluarga, hidupan dan juga - "Afik!" ah, hilang pulak ayat aku.
Aku jarakkan diri dari kolam sekolah. Bukan boleh aci budak ni, dibuatnya dia tolak aku ke kolam. Aku berpeluk tubuh, dongak memandang budak perempuan yang melangkah ke arah aku dengan sebotol air di tangannya. Wajahnya kelihatan kepenatan. Baru lepas berlari mungkin. "Apa? Apa kau nak? Kejap lagi paper chemistry kot, last paper. Bagi aku nak refresh balik otak aku." kata aku sebaik saja dia memberhentikan langkahnya.
"Ini, mak kau suruh bagi sebab dia takut kau haus dalam dewan. Kau lupa bawak botol air." Botol air dihulur, senyumannya langsung tidak terukir. Kurang asam punya budak. Nasib baik comel.
"Thanks."
Dia mengangguk. Sekadar mengangguk. Masih berdiri tegak memandang aku kemudian mengetap bibir. "Good luck for your chemistry paper." ucapnya selepas entah beberapa puluh saat aku mengucapkan kata terima kasih kepadanya. Sedaya-upaya dia mengalih pandangan.
"Okay, you too. Jadi, apa? Kau nak cakap apa?"
Riak mukanya berubah terkejut. Tidak menyangka aku perasan akan mukanya yang gusar sejak tadi mungkin. "Erk... lepas habis paper ni. Last paper ni... aku nak jalan dengan kau balik ni, boleh?" soalnya dan terus dahi aku berkerut.
"Apsal?"
"Boleh?"
"Kau ada paper LK kan lepas paper chemist? Lusa?" Aku mengalih topik.
"Boleh tak?"
"Apa?"
"Jalan sama-sama? Balik ni?"
"Tak habis lagi? Haha... aku kan asrama."
"Kalau macam tu... kau boleh outing kan?"
Hampir tergelak aku mendengar soalannya. "Apa kau merepek ni? Kau sedar tak hari ni hari terakhir aku dekat asrama?"
"Okey, jadi?"
Aku pandang sekeliling. Memastikan tiada sesiapa berdekatan apatah lagi sahabat-sahabat aku. Mahu kena kecam aku jawabnya nanti. Seingat aku, mereka berada di kantin ketika ini. Naqib memaksa mereka ulangkaji terakhir di situ. Tetapi aku adalah aku. Belajar minit terakhir bukan cara aku. Benda tu akan buat aku stres jawab peperiksaan. Waktu peperiksaan adalah waktu aku tak belajar langsung untuk mengizinkan otak aku berehat daripada apa-apa. Ringan sikit otak jawab kertas peperiksaan nanti.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.