#25 - Ingat

2.8K 304 25
                                    

"Awak rasa macammana?" soal doktor Amir. 

Pesakit wanita yang berdiri di sebelahnya tidak beriak bahkan tidak langsung tersenyum. Aku dapat rasa sesuatu yang aneh di sini. Wanita itu hanya memandang aku kosong dan di baju hospital hijaunya ada sedikit darah. Doktor-doktor lain tidak mengendahkannya. Pelik tetapi biarlah, mungkin dia saja nak berjalan-jalan.

"I feel great! Rasanya saya boleh pergi Bukit Broga dahni."

Jawapan aku membuatkan mereka tertawa. Doktor Amir menggeleng kepala. Kenal benar mereka akan sikap aku yang suka bergurau atau mungkin wajah aku yang kacak menyebabkan mereka senang bersama aku. Lagi-lagi akak-akak jururawat praktikal berbaju ungu yang kadangkala saja datang menjenguk atau memeriksa tekanan darah. Perasan bebenor budak Afik ni.

"Okay, let me check for that." ujar Doktor Amir seraya menekapkan stetoskop di dada aku lalu mengangguk. Ditekap pula di belakang badan. Kemudian dia menghalakan cahaya lampu ke mata kanan diikuti dengan mata kiri. Setelah puas dia membuat tanda 'peace' dengan jarinya, "Boleh bagitahu saya berapa ni?" tanyanya.

"Dua."

"Okay. Genggam tangan awak pula." arah Doktor Amir.

Aku genggam tangan aku perlahan-lahan. Agak keras juga rasanya tetapi aku mampu juga untuk melakukannya. "How am i doing, doctor?" tanya aku.

"You're doing great, Afik! Terlalu bagus untuk budak yang baru bangun dari koma selama tujuh bulan." doktor-doktor di belakang turut senang hati melihat keadaan aku yang semakin baik. Atau mungkin mereka sebenarnya bosan melihat aku di sini. Bosan melihat seorang Afik yang suka loyar buruk. Ah, tak mungkinlah. Siapa saja yang tak suka pada Afik? Afik yang kacak dan baik. Kepala hotak hengkolah, Afik. Kau koma atau kau bangun, kau tetap sama. Aku rasa ramai sebenarnya yang menyampah dengan aku tetapi aku adalah Afik dan seorang Afik takkan kisah akan pandangan orang lain.

"Awak boleh balik hari lusa, hari Rabu. Tapi awak tetap kena datang checkup nanti, okay?"

Aku mengangguk faham.

"Dalam banyak-banyak pesakit, awaklah paling cepat ada tindak balas fizikal. Senang kerja kami dan cepatlah awak pulih. Dulu, kami ada pesakit koma macam awak jugak. Najwani tak silap saya, kan?" tanya Doktor Amir kepada rakan sebelahnya untuk memastikan nama yang disebutnya adalah nama yang betul. "Dia sihat dengan cepat. Sama macam awak." ujarnya.

"Najwani..." bisik aku perlahan. Semacam pernah dengar nama dia ni cuma aku tak ingat dekat mana.

"Kami nak periksa pesakit lain. Apa-apa, tekan je butang tu."

Aku mengangguk lagi. Aku hanya memerhatikan doktor-doktor tadi beredar bersama pesakit wanita tadi. Aku masih merasakan dia aneh kerana caranya berjalan juga berbeza dengan cara manusia. Mungkin juga dia mengalami penyakit di kaki. Mungkin.

Beeeeeep.

Aku urut kepala perlahan. Berdenyut-denyut terasa di kepala bersama bunyi yang membingit seperti siaran TV9 pada pukul 2 pagi.

"Awak okay?" soal seorang budak perempuan cemas.

Aku mengangguk.

Seorang budak lelaki berdarah bangun dengan cepat. "Bodoh! Kau siapa?" Suara kasarnya menyentak gegendang telinga aku tetapi tidak bagi budak perempuan tadi. Dia menendang abdomen budak lelaki berdarah tadi namun sekelip mata kakinya berada di tangannya. Sejurus budak lelaki berdarah itu menarik kakinya dan melontarnya ke dinding. Budak perempuan tadi terbaring atas lantai. Lemah.

"Jwani!" jerit aku cemas. Aku pandang wajah hantu lelaki tadi, dada aku sakit melihat budak perempuan itu kesakitan. Entah kenapa. Kali ini aku bangun, sampai bila mahu lemah? Aku harus tundukkan hantu celaka tu.

Budak Sixth Sense [Completed]Where stories live. Discover now