"Weh, plan kita plan kita plan kita... Lagu mana?"
Tak habis-habis dengan plan dia. Aku baru sedar dalam beberapa tahun ini, aku lebih rapat dengan Naufal berbanding Adam. Maka di mana ada Naufal dan Cicak, di situ ada aku. Mungkin kerana aku dan Adam dah tak sekepala atau mungkin kerana dia dah ada Jwani. Hm. Ceit, macam gay dah bunyinya. Dan perkara ini menyebabkan-
"Of course lah jadi. Aku tidak sabar hendak laksanakan plan kita yang amat menarik itu, Naufal. Cewah, bapak sastera ayat aku." balas aku bangga sambil menepuk-nepuk dada ibarat berjaya menewaskan seekor badak sumbu dalam acara bernasyid.
Dan perkara ini menyebabkan aku sekepala bahu lutut kaki dengan Naufal. Aduh, berulang-ulang lagu Didi and Friends dalam kepala apabila sebut perkataan tu. Kau pernah dengar kan? Kepala bahu lutut kaki lutut kaki~ Nyanyian daripada Pak Atan si gorila gendut. Lagu yang sangat annoying tetapi digemari oleh Naufal. Naik hairan jugak aku dengan dia ni.
"Sastera my ass. Itu ayat baku badigol!" Naufal tepuk kertas yang terbentang di atas meja. Kertas yang datang daripada sebuah buku latihan yang telah dinodai oleh Naufal. Dikoyak selamba gajah dia. Ini kalau Cikgu Suraya tahu, mampus dia kena sebat. Tak kena sebat, mungkin Cikgu Suraya pula akan disebat dengan ayat-ayat cinta Naufal.
Di atas kertas, terlukis dan tertulisnya segala plan kami untuk hari terakhir puasa di sekolah ini. Hari untuk pendajal budak-budak asrama lah pastinya. Tiada kerja betul kami ni sebenarnya. Tetapi semua idea bernas ini datang daripada Naufal. Katanya, puasa tahun ini adalah puasa terakhir buat kami sebagai senior dan kami wajib sewajib-wajibnya meninggalkan kenangan terindah di sekolah.
"Cuba aok check balek list tadi. Okey dok semua?" Cicak bersoal sambil memusing-musing pensil mekanikal di jari. Sengihannya melebar di wajah. Jelas kelihatan keterujaannya terhadap rancangan Naufal tadi.
"Baju... check. Make up... Bijan kata dia nak buat kan? Okey... check. Hmm... Ada satu je masalah sekarang." Aku kesat dahi yang dah mula berpeluh. Panas betul bilik asrama aku kali ini. Benarlah kata abang Alif, cuaca di negara Malaysia semakin panas.
"Apadia?" serentak mereka bersoal.
Aku pandang wajah Cicak lama sebelum beralih ke muka Naufal. Masing-masing dah telan air liur. Mereka dapat agak apa yang bakal aku katakan adalah sesuatu yang berisiko. Ya, sesuatu yang amat berisiko.
"Siapa yang nak pakai semua tu? Yang jadi benda tu, mesti orang yang paling berani. Orang yang sanggup tanggung risiko ditangkap dan dia mesti tidak sesekali membocorkan hal ni kepada sesiapa."
Naufal dan Cicak berpandangan sesama sendiri. Kemudian pandangan mereka beralih pada aku. Lama. Aku pandang Naufal dengan pandangan membaca dan kemudian pada Cicak pula. Ya tuhan, fikiran mereka sama. Hampeh betul mereka berdua ni.
"Serious ah?"
Kedua-duanya mengangguk kepala laju-laju. Maka, keluhan berat aku lepaskan. Terpaksalah aku berlakon sebagai benda pertama yang aku jumpa pada malam kedua aku berada di hospital dulu. Malam Mat Jan meninggal dunia dan meninggalkan kuasanya kepada aku.
"Okay, aku jadi."
Naufal mengurut lehernya kejap. "Pik, mana peta bangunan tadi? Aku nak set balik lokasi."
Lama aku pandang tangan dia selepas dia berkata sebegitu. Berkerut dahinya memandang aku sebelum memandang tangannya sendiri. Jelas kelihatan kertas itu berada di bawah tapak tangannya. Naufal tersengih, "Sorry naaa... Tak perasan... Hehe..." Tapak tangannya diangkat.
Ketiga-tiga kami meneliti lakaran peta bangunan yang dilukis oleh Naufal itu dengan teliti. Ini kalau Adam tahu, mahu forum perdananya bersambungan selama entah berapa hari. Adam itu baik tetapi kadang-kadang baiknya itu menambah sedikit rasa menyampah dalam hati kami. Kenapa? Fikirlah sendiri.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.