#43 - Ingin Berehat

2.9K 316 72
                                    

"Garang gila mak hang. Sebijik macam ibu aku." Naufal yang hanya bertuala dari paras pusat ke lutut, duduk di atas katil.

"Ibu kau tak payah cerita lah. Dia memang garang."

"Hehehe... adakah seorang ibu memang garang segarang-garang beruk mengajar anaknya terbang?" Naufal baring telentang di atas katil. Rambutnya yang basah menyebabkan cadar katil basah. Haih, baru tukar cadar pagi tadi.

"Beruk mana boleh terbang."

"Boleh aih."

"Boleh kepala timun kau."

"Iye, aku habaq betoi ni." Naufal kembali duduk. "Cuba hang tengok dekat highway nuh. Berlambak beruk terbang. Akai out. Kalau dah beruk, beruk lah aih. Nak jugak dia jadi superman."

"Waddefak?"

Naufal tayang gigi, "Hehehe... cool man. Dulu, aku pernah dapat tawaran sbpi." Naufal mengubah topik.

"So, kau nak berlagak lah?"

"Bukan aih!" Naufal ketawa kecil. "Aku nak cerita kenapa aku tak pi sbpi."

"Sebab apa?"

"Sebab jodoh kita bersama, Fik."

"Kepala bana kau!"

"HAHAHAHA!" Naufal menepuk-nepuk tilam. Berair-air matanya kerana ketawa. Celaka, gelak lah kau puas-puas sampai kau penat nak tahan puasa. Semua benda kelakar bagi dia padahal hambar je. Hah, gelak lah sorang-sorang.

"Hah gelak puas-puas. Kalau boleh, biar halkum kau keluar sekali. Aku teringin jugak nak tengok buah khuldi yang nabi Adam telan tu macammana."

Naufal menyembam mukanya pada tilam lalu melepaskan segala ketawanya.

"Puasa bodoh! Puasa! Dahlah kita berdua dalam bilik ni. Aku rogol kau nanti, hilang terus kesucian seorang Naufal!" Terus aku meninggalkan Naufal yang ketawa semput di dalam bilik dan turun ke bawah.

Di dapur, kelihatan Naqib sedang membantu mak masak. Pergh, aku hidup sebagai anak mak selama enam belas tahun pun tak pernah tolong mak masak. Tak, aku tipu je. Aku pernah tolong dan sebab tu lah aku pandai masak. Tetapi bila aku tengok orang lain yang tolong mak, aku rasa tercabar. Kenapa?

"Mak!"

Ktang!

"Afikkk!" Teriak mak lalu aku tersengih. Terbongkok mak mengambil sudip yang terbaring cantik di atas lantai. Terus sudip dicampak ke dalam singki.

"Masak apa mak? Hehe..." Aku hampiri mak sambil berpeluk tubuh. Naqib tersenyum kepada aku sebelum membasuh sudip di dalam singki. Pergh, sekali lagi aku rasa tercabar. Padahal sudip je pun.

"Masak dengan perangai Afik. Tak reti-reti bagi salam." Loyar buruk mak lontar kepada aku sambil mengambil sudip baru yang berdiri tegak bersama rakannya di dalam bekas.

"Sorry."

"Ayam masak merah. I don't want to cook any western dish today."

"So, no spaghetti bolognese today?"

Yes."

"So its mean..."

"Yes, no your mushroom soup today."

"Are you sayin' yes or no?"

"It's no, ugly son."

"Alaaa..."

"I don't want to hear your alaaa alaaa. Lap lantai ni. Habis kena sos." arah mak, menunjuk ke arah lantai sambil mengacau kuah ayam. Betul ke kuah? Atau sos? Let's call it kuah, okay?

Budak Sixth Sense [Completed]Where stories live. Discover now