#21 - Bantu Jwani

3K 335 23
                                    

Pap! Pap! Pap!

Tangan aku tepuk ke depan dan ke belakang sambil berjalan, menyelesakan otot kaki untuk berhenti selepas jogging. Peluh membasahi t-shirt putih yang dipakai oleh aku. Merecik peluh di dahi apabila aku menggeleng kepala.

Seorang perempuan melintasi aku sambil tersenyum. Aku hanya mengangguk kecil - menghantar isyarat aku menerima sapaan fizikalnya. Aku malas baca fikirannya, cukuplah otot dan organ perkumuhan aku berfungsi sedari tadi. Lagipun aku dapat agak apa yang bermain di fikirannya.

"Koi penat dahni." Cicak memaut bahu Adam, melembikkan badannya yang penat akibat berjogging.

"Baru berapa round kot." kata Adam, memaut bahu Cicak pula.

"Apikkk..."

"Iye! Kita berhenti dekat bangku tu hah." kata aku sambil menarik-narik t-shirt yang lecun akibat berjogging dan berlari. Naufal ketawa memandang gelagat Cicak.

"Fuh! Lega ghasa!" bersuara Naqib di sebelah. Sejak seminggu lepas iaitu selepas aku memberitahu tentang Mikael, Naqib dah berani mempercayai aku. Sejak dari situlah, Naqib berjaya memasuki tembok 'sahabat' aku. Boleh tahan kelakar budak ni. Alhamdulillah, aku dah mula ada ramai kawan. Terima kasih, Jan.

Cicak rebahkan tubuhnya di atas bangku. Lembik betul budak ni. Semalam beriya-riya nak ikut. Kata nak sihatkan badan, lah. Nak sihatkan mental, lah. Hampeh budak lizardasamboi.

Aku masih berdiri, botol air di atas bangku aku ambil lalu meneguk bertalu-talu. "Ah, lega." kataku. Memang sengaja aku letakkan botol air di bangku ini agar aku tahu berapa round sudah kami berjogging. Aku malas nak kira sepanjang perjalanan.

"Mana elok minum berdiri." kata Adam.

Aku mengangguk sebelum menyimbah lebihan air di kepala. Rasa lega gila macam satu beban dekat badan semua hilang. Agaknya sebab ni kita diharuskan berjogging.

Adam memandang perbuatan aku. Tidak henti matanya bergerak kemana saja kepala aku bergerak.

"Apa?"

Adam tersengih lebar. Musibat betul budak ni. Sengihan dia ni selalu ada makna.

"Budak perempuan tu apa khabar?"

Spontan botol air terlepas dari tangan. Nasib dah kosong. "Budak mana?" soal aku kembali.

Serentak ketiga-tiga budak lain memandang aku. Ah, sudah. "Budak mana, Pik?" soal Naufal.

Adam mengangkat-angkat kening. "Budak yang dekat hospital tu. Ajim cerita kau dah jumpa dia."

"Ajim kata? Cilakak betul budak tu. Semua bendalah dia cerita dekat kau?"

Adam menggeleng. "Dua minggu lepas dia kata kau pergi jumpa budak Jwani tu. Itu jelah."

"Jadi dia taktaulah apa jadi?"

Adam menggeleng lagi.

"Dia tak ingat aku."

Adam membulatkan mata, tidak percaya. "Dia tak ingat?"

"Ha-ah."

"Kitorang ingat kau dah bahagia dengan dia."

Aku menjongket sebelah kening. Faham-fahamlah sendiri. Aku taknak ingat tentang Jwani. Dua hari lepas aku bari tahu bahawa dia berjiran dengan aku. Cukuplah itu menyeksakan. Kau jangan fikir bukan-bukan. Dia adalah kawan aku. Aku terseksa sebab dia adalah kawan aku. Aku baru empat belas tahun.

"Lepasni balik rumah aku." kata aku dan sekali lagi serentak mereka memandang aku tetapi kali ini termasuk Adam.

"Mak aku buat pie epal." ujar aku apabila muka masing-masing ada persoalan 'kenapa?'.

Budak Sixth Sense [Completed]Where stories live. Discover now