#34 - Kebetulan

2.4K 274 45
                                    

Waktu rehat.

Waktu manusia menjadi bermacam-macam jenis subhanallah.

Ada yang kata 'Daripada korang bersembang, baik pergi mengaji. Dapat gak pahala bulan Ramadhan ni.' Ada jugak syaitan yang tunjukkan belang dia seperti Lempeng yang selamba bapak dia makan biskut Oreo. Ada jugak yang menguji kesabaran manusia seperti Nurin Bedak yang makan nasi lemak dari tadi. Babi babi babi. Ah, kurang dah pahala puasa aku.

Aku masih teringat tentang dua hari lepas. Tentang Naufal dan Naqib menjadi pembunuh. Boleh ditempatkan dalam hospital Tanjung Rambutan aku ni bila asyik fikirkan tentang mereka. Sebab aku semakin malas untuk ubah masa depan manusia lain. Mungkin mereka perlu belajar untuk mengubah masa depan mereka sendiri. Sampai bila nak harapkan orang?

Pappp!

Lamunan terhenti.

"Weh Afik. Afik. Afik. Afik." Nafas Cicak termengah-mengah sambil dia menongkat lutut. Lututnya ditepuk-tepuk.

"Apahalnya kau ni?" tanya aku

"Maya!"

"Maya mana?"

"Maya Gersang!"

Berkerut dahi aku mendengar nama Maya Gersang. Maya itu menggoda orangnya. Dipanggilnya gersang kerana sikapnya yang sangat- erk. "Apahalnya dengan Maya gersang?" tanya aku hairan.

"Dia kantoi!"

"Kantoi apa?" tanya aku semakin hairan.

Cicak menepuk-nepuk lutut. "Kantoi tuuu..." jawab Cicak sambil cuba berdiri. Dadanya ditepuk-tepuk. Nafasnya selaju kuda.

"Bodoh. Jawablah betul-betul. Dia kantoi melancap ke apa? Setan betul!" Aku sepak lutut Cicak. Terduduk budak tu atas lantai. Cuak habis muka dia.

"Okay okay. Aok dengor baik baik mende koi nok kabo ni." Cicak mendengus. Berdehem.

"Apa?"

"Maya kantoi dating..."

"Lah itu je?" Aku rasa nak sepak-sepak muka Cicak.

"dengan Ajim."

"Hah?!" Terus aku terbangun dari kerusi. "Dengan Ajim? Kepala bapak engkau. Mana Ajim? Babi lah buat hal waktu puasa. Sejak bila Ajim jadi gini?"

"Dekat blok form 2. Dia gaduh dengan pakwe Maya."

Bingkas aku berjalan laju untuk keluar kelas. Bodoh apa gaduh dengan budak tingkatan dua? "Babi babi babi." zikir aku dengan perasaan yang-

Bengang?

Bukkk!

"Auch!"

Aku pegang perut yang terkena siku siapa entah. Mata terpejam kejap. Pedih terasa di tempat yang di'tersiku'. Sumpah seranah aku berikan kepadanya. Jalan tak tengok depan ke?

"Afik?"

Suara itu.

Aku angkat kepala - memandang gerangan yang telah aku langgar. Dalam berkerut dia tersenyum memandang aku. Ya, memori tentangnya seratus peratus lengkap di dalam memori. Sekejap benar rupanya.

Budak Sixth Sense [Completed]Where stories live. Discover now