Naufal menyembur deodoren Rexona Men Black & White pada ketiak kanannya kemudian pada ketiak kirinya. Tercingut-cingut hidungnya seketika apabila membau ketiaknya sendiri. "Hehe... wangi." Puas, Naufal menyarung baju melayu Merah pada tubuhnya. Swap baju dengan Naqib dimana Naqib berbaju melayu Biru milik adik kembarnya pada hari ini.
"Dam, hang takmau cium ketiak aku? Wangi gila habaq ka hang ni. Rexona Men Black and White. Aku rasa macam model pulak pakai natang ni." Naufal berkata pada Adam yang sedang membetulkan kopiahnya di atas kepala - di hadapan cermin.
"Rexona je pun. Perempuan pun pakai Rexona." balas Adam malas.
Naufal mendongak, mengemas-ngemas kolar baju melayunya. Kebanyakan remaja sekarang benci betul dengan baju melayu berkolar. Mereka lebih memilih kurta atau baju melayu cotton tanpa kolar. Atau lebih famous sekarang adalah baju melayu 't-shirt'. Gusar benar hati Naufal kini. Kecewa benar dia terhadap remaja-remaja tahun 2017. Naufal tersenyum di depan cermin. Terasa dirinya hensem seketika. Bagaimana aku tahu? Aku boleh baca fikiran manusia. Lupa?
Aku melipat lengan baju melayu hijau hingga ke siku. Teringat pula pada baju berfesyen celaka yang menjatuhkan maruah aku sebagai kaum lelaki dulu. Jubah macam baju mengandung. Jijik. Maaf ye pereka fesyen yang aku tak ingat nama kau? Tapi jujur fesyen kau menjijikkan. Again, sorry. Afik memang macam ni. Minyak wangi Jumaat aku sapu terus pada baju. Ya, perempuan je selalu gosok dekat pergelangan tangan pastu sapu ke baju. Kami berbeza.
"Pal, aok mimpi mende pakai deodorant malam-malam? Keknya kita ni nok pi surau je." tanya Cicak yang berpakaian kurta. Kurta pun aku tak suka. Ya, aku bukan jenis berkurta.
"Hang tu awatnya pakai kurta? Gaya orang nak pi kuil dah aku tengok hang." balas Naufal.
"Hahaha, Fal!" Aku mengangkat tangan.
Naufal menepuk tapak tangan aku dan kami ber'hi-five' lagi dengan perasaan gembira atas kemenangan kami tanpa bertanding.
"Mende laa aokme ni. Cacat akai betoi yak." Cicak mencebik sambil membaiki kurtanya yang berkedut sedikit berkedut. Sayang betul dia akan kurtanya itu. Hadiah daripada Sufi Kerengga. Sufi Kerengga itu memang bangang orangnya. Setiap lelaki diberinya baju. Aku pernah dengar orang kata; kalau bercinta jangan hadiahkan baju kerana nanti hubungan putus. Aku tak percaya tentangnya tetapi perkara itu terjadi betul-betul di hadapan mata.
"Dah-dah. Jom. Senja ni dah masuk Ramadhan." Adam memberitahu. Emosinya dah stabil sejak akhir ini. Bahkan Cicak yang bangang tu pun dah terbiasa dengan dirinya tanpa kuasa. Kata Cicak, dia ada kuasa lain. Kuasa menggoda. Ya, kepala bana dia. Tetapi itu adalah motivasinya untuk bertenang. Orang tua 2014 pernah berkata, kalau orang tengah cuba bertenang jangan dikacau kalau tidak nanti dia akan bertendang.
"Hehe... Ramadhan tiba. Ramadhan tiba. Ramadhan tiba. Marhaban ya Ramadhan. Marhaban ya... Aduh!"
Cicak menggosok pehanya di balik kain pelikatnya, yang telah disepak oleh Naqib. Ya, itulah maksud Naufal dengan gaya nak pi kuil. Kurta dipadankan dengan kain pelikat. Tak, aku bukan nak judge. Aku cuma ingin terangkan mengapa Naufal mengatakan Cicak kelihatan seperti- Erk, janggal kejap. Ehem.
"Sorry lerr, Qib. Koi saje je nok nyambut Ramadhan."
"Iye, sorry Qiban." ucap Naufal pula lalu memaut bahu abangnya. Manja benor gayanya. Naik meremang bulu roma.
"Macam gay dah aku tengok kau ni, Fal. Lain macam engkorang adik-beradik ni. Jangan sumbang mahram sudah ye, Fal?" pesan aku bercanda. Tak, sebenarnya aku memang serious. Aku dengan abang Alif pun tak pernah macam tu. Apatahlagi adik-beradik lain. Lebih-lebih lagi, mereka lelaki!
"Hang jeles ka, Fik? Alolo meh sini meh sini." Naufal menarik aku lalu menonyoh muka aku ke ketiaknya yang berbaju. Dikepitkan kepala aku antara ketiaknya.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.