"Hang okay dak?" Naufal menepuk bahu aku, tersengih.
"Em..." hanya itu jawapan yang mampu aku bagi. Jadi mereka ada kaitan dengan Mikael. Kembar. Fikirannya itu mampu menyedihkan sesiapa pun yang membacanya.
"Aura hapa hang bawak ka Apik ni, Qiban?" canda Naufal, membuatkan Naqib ketawa. Oh, boleh ketawa budak ni rupanya. Bagaimana budak berdua ni boleh ketawa dengan kisah silam yang sebegitu. Mikael. Atas dasar apa mereka terpisah sebenarnya?
"Hangpa takmau pi kantin ka?" soal Naufal kepada aku dan Cicak.
Cicak tersengih, "Koi diet harini."
"Diet tengkorak engkau."
Cicak mencebik, "Sibuklah aok ni. Semua menda aok nok sibuk. Ahye. Kusut amait." Terus dia meninggalkan kelas.
"Hahaha! Awat woih kawan hang tu?" Naufal ketawa, menepuk-nepuk bahu abangnya agar ketawa sekali. Namun sia-sia, Naqib hanya tersenyum nipis.
Aku memandang Jwani, Jwani menggigit bibir menandakan dia lapar. Ah, budak sekor ni makan banyak betul. Mati sebab lapar ke apa? Aku kembali memandang Naufal, "Entah. Aku nak pergilah ni. Kau taknak pergi?" soal aku pula.
"Kami bukan jenih makan kat kantin. Bawak bekal." jawab Naufal sambil mengeluarkan bekal dari bawah meja.
"Ok." Aku melangkah laju keluar kelas, menuju ke arah kantin. Jwani berlari riang di sebelah aku, tidak sabar untuk makan. Mahu habis duit belanja mingguan aku kerana terpaksa memberi makan budak Jwani ni.
*****
"Macammana aku nak tolong kau?"
Mat Jan mengurut dagu mendengar soalan aku. "Semalam kau kata kau boleh tolong." Mat Jan mengangkat kepala, memandang langit yang gelap. Untuk apa entah.
"Aku boleh tolong. Tapi macammana?" Aku menggosok lengan, memang sejuk tempat ni. Meremang pun ada. Aku pernah baca, manusia meremang bukan kerana mereka takut tetapi kerana ada tenaga elektrik pada diri mereka. Sejauh mana kebenaran itu, wallahualam.
"Aku tak tau, Apik." keluh Mat Jan. Aku tahu dia sedang susah hati tentang ibunya.
"Then, let me think first. OK?"
Mat Jan mengangguk, "Aku cuma tak sanggup tengok ibu aku macam tu."
"Cool, man."
"Kat sini memang sejuk."
"Yep, tapi sekarang aku cakap pasal kau. Be cool, sabar. Aku akan tolong."
Mat Jan tersenyum nipis, "Aku tahu kau akan tolong."
"Aku menyesal sebab tak pernah rapat dengan kau dulu."
Mat Jan ketawa, "Kenapa pulak?"
"I don't even read your mind before. Can you believe that?"
"Tahu,"
"Apa lagi yang kau tahu?"
"Ada budak perempuan ikut kau."
"Eh?"
Gila, mind reader ke apa mamat ni.
"Alam ghaib sebenarnya di dunia biasa. Hantu-hantu dalam dunia yang kau nampak tu, semuanya berjalan di sini. Cuma dia boleh seimbangkan diri di alam sana dan alam ghaib."
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.