"Putra nak pergi mana?"
"Kita tak tahu. Mama kata jauh,"
"Tapi siapa nak teman kita main lagi lepas ni? Siapa nak jaga kita kat sekolah?"
"Kita pergi kejap je. Nanti kita balik, kita main lagi, ok?"
Lili mencebik dengan mata yang sudah berair. Digosok matanya dengan belakang tangan. Dia tak mahu Putra pergi. Siapa yang akan melindunginya nanti? Siapa yang akan menemaninya?
Hujung baju mamanya ditarik perlahan.
"Mama, jangan la bagi Putra pergi. Lili nak ikut Putra,"
Wahi tersenyum nipis melihat anak kecil itu. Kepala Lili diusap lembut. "Uncle dengan auntie nak duduk jauh, sayang. Mana boleh tinggalkan Putra. Nanti bila auntie, uncle dengan Putra balik, Lili orang pertama Putra jumpa okey?"
Azra menggeleng melihat telatah manja anak gadisnya. Pipi yang basah itu dikesat dengan ibu jari.
"Kesiannya anak mama ni. Tak mau la nangis depan Putra, tak cantik dah!"
"Kesian pulak nak pisahkan budak berdua ni, Za," ujar Wahi rendah. Wajah anak lelakinya yang mencebik turut dipandang.
Muka macho tahan nangis tu.
"Pity lil' munchkins. Tapi nak buat macam mana, Am dengan Wahi kena further study kan? Untuk masa depan Putra jugak,"
Pengunguman yang bergema di seluruh ruang menunggu KLIA itu menggamit perhatian semua. Ternyata sudah tiba masa untuk mereka sekeluarga masuk ke balai berlepas.
Izham menepuk lembut bahu Putra. Kepala anaknya diusap. "Kita nak kena pergi dah ni. Salam uncle dengan auntie,"
"Pa..." seru Putra perlahan dengan muka sedih. "Boleh tak Lili ikut sekali?"
"Tak boleh, Putra. Lili kena duduk dengan mama papa dia,"
Mendengar jawapan negatif itu membuatkan Putra semakin tunduk. Hanya wajah monyok ditayang saat menyalami tangan Nazreen dan Azra.
Sayu hati mereka sebagai ibu bapa apabila melihat wajah cemberut kedua-dua kawan baik ini.
"Last, say bye to Lili!"
Putra memandang papanya yang memberi arahan sebelum pandangannya jatuh pada si rakan yang sudah tunduk menangis.
Segera dia peluk Lili erat.
"Nanti kita jumpa lagi, ok? Lili jangan la nangis,"
"Janji?"
Putra memandang jari kelingking yang diunjukkan Lili padanya. Segera dia sambut dengan jari kelingkingnya juga.
"Janji."
***
"Janji."
Tidak tahu akibat refleks atau apa, tubuh Amry terhenjut hingga dia terjaga. Nafasnya tidaklah laju mana menderu namun detak jantungnya cukup menandakan tidak sekata.
Mimpi ini... cebisan memori lima belas tahun yang lalu.
Lili.
Nur Emiliya.
Ya, hanya orang terdekat sahaja yang menyerunya dengan nama bunga itu. Begitu juga dengan namanya, Putra. Hanya mereka yang berada dalam lingkup yang terdekat sahaja yang memanggilnya dengan nama keduanya.
Saat dia pulang dari Scotland semasa dia berusia 16 tahun, Lili yang dia kenal itu sudah jauh berbeza. Imej seorang kanak-kanak perempuan yang manis dan begitu manja di ingatannya sudah lenyap.
Yang tinggal hanya Lili yang kasar, sinis, dan mandiri. Tiada lagi Lili yang lembut dan manja, yang sentiasa berlindung di belakang Putra. Habis semua kata-kata Putra nak ditentang, malah kalau mengingat kembali zaman sekolah mereka, haru betul bergaduh untuk benda yang trivial. Nasib baik takde yang mati je.
Tetapi ini Amry Putra, setakat Nur Emiliya tu, dia baca macam open book je.
Dalam kesinisan, gadis itu sebenarnya mengunci hati daripada rasa sakit. Dalam garangnya, masih ada manja yang hanya terasa bagai angin lalu. Hampir tidak perasan.
Dalam diam Putra tersengih sendiri. Bangun malam-malam ni bukan teringat nak tahajud ke apa, terus gitar di sisi katil dicapai. Diletakkan alat muzik itu atas riba sambil bersandar pada kepala katil. Jemarinya membetulkan posisi.
Tali itu dipetik. Tulus dengan hati yang dipenuhi nama Nur Emiliya. Jujur dia merindui Lili sebagai sahabat zaman kecilnya. Atau mungkin lebih? Entahlah.
Yang pasti di hening pagi itu, Putra tak berapa nak ingat Tuhan. Dia ingat Lili je. Hurmm, pandai syaitan trigger dia dengan mimpi tentang Lili eh?
My Lili.
Oneulbameun nareul wihae amu mal marajullaeyo
Honjain ge na ireoke himdeul jul mollanneunde (geudaega bogo sipeo)
Oneulbamman nareul wihae chinguga doeeojullaeyo
I joheun nal areumdaun nal nega geuriun nal
Oneulbameun ppittakhageWill you not say anything for me tonight?
I didn't know being alone would be this hard (I miss you)
Will you be my friend tonight?
On this good day, this beautiful day, this day where I miss you
Tonight, I'll be crooked.

ANDA SEDANG MEMBACA
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...