"Kau dengan perempuan meroyan tu dah settle belum?"
"Entah," Putra menjawab acuh tak acuh. Mug berisi milo panas di hadapannya dibawa ke bibir. Ditiup perlahan sebelum disisip.
Pagi yang redup, bertandang ke rumah orang makan biskut Hup Seng cecah milo panas di gazebo tepi kolam ikan dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa Tagalog. There's only one word to decribe this.
Perfect.
"Takyah nak senyum sangat la minum milo. Aku tanya pun kau tak jawab,"
"Aku dah cakap 'entah' kan? Maksudnya pending la tu. Yang aku tau, kitorang dah break up," putus Putra mudah.
Lili mendengus geram. Tak puas hati dengan jawapan mudah Putra.
Selepas sahaja kejadian dia dijirus jus oren oleh si gila talak Alyssa itu, Lili sound direct je sebelum masuk ke kereta. Entah apa yang si Putra ni bahasakan pada perempuan tu pun dia tak tahu. Yang dia tahu, beberapa minit lepas tu Putra pun turut masuk ke kereta dan masing-masing senyap.
Sampailah Putra muncul di depan pintu rumahnya hari ini. Entahlah. Kadang-kadang Lili rasa hubungannya dengan Putra kini semakin pelik.
Kalau masa kecik dulu mereka sangat saling menyayangi, lepas tu terpisah bertahun-tahun, betul-betul membenci. Kemudian dengan campur tangan Tuan Pengetua sekolah dahulu mereka kembali bersahabat atau lebih mudah, menjadi partner in crime hinggalah sekarang.
Tapi kini... bergaduh macam orang bercinta. Tapi masih kawan baik. Tapi... urghh! Banyak pulak tapi!
"Bagi kau dah break up la! Bagi dia, aku ni sailang pakwe dia,"
"Dah la, Li! Pening ahh aku dengar kau bebel. Petang ni free tak?"
"Ada apa?"
Putra mengangkat bahu sedikit. Takde la program gempak pun. "Ley, Zaki, budak-budak ni semua ajak lepak. Jangan risau, banyak je budak perempuan lain join, kawan-kawan diorang,"
"Petang? Mesti meraban sampai malam ni. Tak boleh la, Put. Aku dah janji dengan Fir,"
"Keluar malam? Bagi pulak papa kau? Kalau dengan aku kemain kena siasat macam polis Law&Order," ujar Putra cuba bernada selamba.
Padahal dalam hati kemain panas. Apa lebihnya sepupu dia ni?!
"Entah la, weh. Maybe the fact that he's older than us so my dad thinks that he's a responsible man? Kalau nak harapkan kau, kau dengan aku sama level je kepala masuk air,"
Tak mampu nak menyangkal, namun hati masih membengkak. Kenapa tiba-tiba rasa tercabar dengan kewujudan Firdaus di antaranya dan Lili ni?
"So, kau dengan Fir... couple?"
Pffttt! "Are you fcking kidding me? I don't deal with that kind of shit la, kau pun tahu kan?!"
"Apsal? Hati masih pada aku ke?" ujar Putra mengusik.
Dan ternyata usikan itu memancing rona merah di muka Lili. Entah marah atau malu, susah nak menebak sebab Lili lebih suka memasang tampang marah di wajahnya.
"Ba-"
"Akak, mama suruh ajak abang Putra masuk! Mama buat cookies ni, lambat Adam habiskan!" laungan Adam ternyata mengganggu makian yang ingin keluar dari mulut Lili.
Namun habis sahaja membalas "Ya, kejap!" pada Adam, carutnya terus disambung.
"-bi!"
"Apa, kau panggil aku biy? That's so sweet of you, sayang,"
Gadis itu memekakkan telinga dengan usikan Putra yang semakin menjadi-jadi. Mugnya yang sudah kosong dan tin biskut kering itu dibawa masuk ke dalam rumah. Lelaki itu di belakang masih mengekori.
"Ala sayang, call me biy once more please!"
"Pergi mampos... babi!" perlahan sahaja Lili menyebut perkataan yang hujung tu. Kau nak mampus kena bebel dengan mak kalau dia dengar kau mencarut?
Namun belum sempat Lili sampai ke dapur, lengannya ditarik Putra dari belakang. Tanpa sedar, Lili mengundur apabila terasa lelaki itu mendekat.
Ke perasan je ni?
"Tapi jangan panggil Fir biy tau," pesan Putra tiba-tiba. Ikutkan hati nak je dia tambah, "nanti aku jealous," tapi dia takut Lili ingat dia sel otak dia putus berjemaah pulak.
Tetapi sebenarnya Lili keliru. Apa yang ada dalam kepala Putra sebenarnya? Ni hint ke apa? Kalau hint, hint untuk? Erghh!
Jadi dia simpulkan mudah. "What if I call him what I want and you... stay the fck out of my way. Tin biskut ni berat,"
Tin itu bertukar tangan. Kini erat didakap Putra sambil lelaki itu terus menghalang laluan Lili ke dapur.
"Why should I? I thought we're bestfriends? I bet kau mesti akan perlukan aku untuk cerita masalah percintaan kau nanti," ujar Putra penuh yakin.
"Oh yeke? Sebab masa kau bercinta dengan perempuan cantik tapi mental tu, kau takde cerita apa pun dengan aku? Oh, of course! Mestilah sebab kau takde masalah kan? Not until I met her, let me see... a week ago?"
Tin biskut Hup Seng itu Lili rampas kembali. Dada Putra ditepuk lembut. "Ouch, burn!"
Dan dengan senyum kemenangan, Lili menolak Putra dan terus berlalu. Rasakan!
Weh sumpah weh hambar gile nak mampos 😭😭😭😭😭
Promote!!
Encik Sweet Talker dan Cik blur by nrixxh

ANDA SEDANG MEMBACA
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...