Sebiji botol mineral yang dilempar padanya disambut cekap. Kalau tak cekap dah cium dahi dah botol tu. Maunya dua tiga hari lebam.
Lili membuka penutup botol itu sebelum meneguk rakus isinya. Haus kut!
"Ala, penatnya sayang aku ni... Padahal tolong mop je,"
Gadis itu membiarkan wajahnya dilap Putra dengan handkerchief. Ya, mengada-ngada. Tapi suka hatilah!
"Penat la! Dah la almost every weekend aku tolong kau kemas dobi ni. You have to pay my salary la bruh,"
"Tak cukup ke aku bayar dengan kasih sayang selama ni?"
Lili mencebik dengan muka penuh rasa geli. Sakai sangat pickup line Putra!
Botol air di sisi Lili yang tinggal separuh itu Putra capai. Mestilah nak minum, takkan buat mandikan jenazah pulak.
"Woi, indirect kiss?" usik Lili sambil tersenyum. Yela, mamat ni kan sensitif sikit dengan benda-benda macam ni. Macam budak baru mumayiz ceh!
Dan meniru perangai jijik Lili, Putra memasukkan terus bibir botol plastik air mineral Dasani ke dalam mulutnya. Habis melekat air liur.
"Put, selekeh la!" bahu lelaki itu dipukul kuat sambil ketawa. Ya Allah, budak ni... sumpah sakai!
"Tengoklah sifu dia!"
Tawa mereka memenuhi atmosfera ceria di kaki lima hadapan kedai self service laundry milik Putra. Sudah menjadi rutin, setiap pagi Sabtu mereka berdua akan membersihkan kedai ini bersama-sama.
Haih, borak punya pasal, depan longkang pun jadi! Orang yang lalu-lalang memandang sedikit pun tidak dihiraukan.
"So, nak buat apa lepas ni?"
Lili menyengetkan kepalanya. Konon-konon berfikir. "What about... movie?"
"On you!" sorak Putra girang. Girang la kalau orang nak belanja kan?
Sila hapuskan mentaliti lelaki harus bayar untuk semua benda apabila keluar, ok? Masing-masing ada duit, tong-tong ahh.
"Amry, is that you?"
Sapaan seseorang mematikan gelak tawa mereka. Seorang gadis cantik penuh dengan gaya hijabista ayu mendekati mereka.
Lili dan Putra sama-sama terdiam dengan sebab berbeza.
"Hah, betul la you! Amry, lama tak jumpa! You hilang pergi mana?"
"Err..."
Putra menggosok-gosok belakang tengkuknya dengan muka serba salah. Gadis di hadapannya ini ialah salah satu sejarah yang dia tidak pernah ceritakan pada Lili jadi...
Rasa agak bersalah jugalah pada Lili. Dah la baru reject member tu masa tu, masuk sahaja universiti dia terus menjalinkan hubungan dengan awek hijabista ni.
Bukan apa, dia lelaki. Walaupun tidak serius, sedikit sebanyak pun mesti terpengaruh dengan kecantikan dan kebijakan seorang gadis berfesyen dan make up. Bak kata orang, awek trophy.
"I ada je. Hidup lagi, alhamdulillah. You sambung degree ke sekarang?"
Gadis itu ketawa kecil. Ya, jenis ketawa ayu tutup mulut tu. "Mana ada. Penatlah nak belajar, Ry. I sekarang kerja dekat butik pengantin kakak I je. Anyway, you buat apa duduk dekat kaki lima and and may I ask who is this lady?"
Sekali lagi Lili tayang muka blur apabila gadis cantik itu menunjuk ke arahnya. Bibirnya dipaksa senyum sopan, menutup awkward.
"Saya Emiliya, kawan P- Amry. And... you?"
"Saya Alyssa..." huluran tangan Lili disambut mesra olehnya. "...ex Amry,"
Krakk!
Eh, bunyi apa tu? Oh, bunyi hati Lili yang pecah berderai.
Hmm, no wonder la dia kena reject dengan Putra. Kalau Alyssa la benchmark ciri-ciri gadis idaman lelaki ini, memang Lili bermimpi je la nak masuk list.
"Oh..."
Senyumnya diukir lagi. Payah dan payau.
YOU ARE READING
Liliput ✔
Roman pour AdolescentsSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...