"La... Putra! Dah breakfast ke belum? Jomlah masuk dulu,"
"Mama..." gumam Lili rendah, menghalang ajakan mamanya.
Putra yang bersandar di pintu kereta menahan tawa melihat Lili di belakang Aunty Azra. Menggeleng dengan mata yang membulat, memberi amaran sambil terkial-kial menyarung kasut.
"It's okay, aunty. Princess aunty mana suka saya masuk rumah dia,"
"Lili!"
Gadis itu tersengih manja sebelum mengucup pipi mamanya. "Bye, ma! Lili pergi dulu,"
"Bye, pa! Bye, Adam!"
Sempat dia. menjerit sebelum masuk ke dalam kereta Putra. Sempat jugak dia sekeh kepala lelaki itu sedas dua.
Di saat itu juga adiknya, Muhammad Adam berlari keluar, siap memakai uniform tadikanya. Sebelah tangannya memegang biskut Oreo manakala sebelah lagi sibuk melambai.
"Babai, Liliput!"
"Akak la! Derhaka punya adik!"
Jerit Lili geram sebelum menaikkan tingkap kereta. Daripada kecil, kalau dia bersama Putra je mesti ibu bapa mereka memanggil dengan nama itu. Ni dia dah besar gajah macam ni, adik dia pun nak panggil jugak? Lebih ahh!
Hanya Putra yang membalas lambai malah tersenyum sambil memusingkan stereng kereta.
Putra mengerling sekilas Lili di sisinya sebelum tersenyum. Alolo... comelnya muka cemberut dia tu!
"Apa pandang-pandang?"
"Eh? Ada mata pandanglah. Cukup baik aku tak cium kau. Pagi-pagi dah memuncung,"
Refleks Lili mengetap bibir. Mukanya membahang dengan gurauan Putra. Haish! Lili, don't let your guard down!
"Kau ni, kenapa jemput aku? Aku boleh pergi kelas sendiri la,"
"Hek eleh, perempuan ni. Aku dah jemput pun tak reti bersyukur. Aku ni gentleman dengan kawan tau,"
Spontan Lili mendengus. Kena friendzone terang-terang ke macam mana ni? "Siapa nak kawan dengan monyet macam kau?"
"Mestilah ungka macam kau," jawab Putra selamba.
"Eiii... aku benci kau, Put!"
Handbrake ditarik tatkala melihat lampu isyarat yang masih merah. Pandangannya ditala pada gadis di sisinya. Sengaja Putra menunduk, menjadikan paras matanya dan Lili setara.
Pipi gadis itu disentuh dengan hujung jari. Dilurut dari pipi hingga ke dagu. Hampir tak terasa sentuhan itu namun membuatkan Lili terpaku.
Tatkala wajah mereka begitu rapat hingga nafas saling bertaut, Putra membuka mulut. Mengucapkan kata-kata itu. "Aku pun..."
Gulp.
"...benci kau jugak,"
Muka Putra di-backhand laju. "Dah hijau la lampu tu, bodoh!"
Sepanjang perjalanan Lili hanya melontar pandang ke luar tingkap. Langsung tak mengerling pun lagi Putra di sisinya.
Malu, ya Allah! Malu!
Malu tu satu hal, dosa dah lagi satu hal. Macam mana dia boleh biar je Putra pegang-pegang dia? Mamat ni pun satu! Sejak bila reti nak sentuh-sentuh anak orang ni?
Sebaik sahaja berhenti di lot parking kampus, tak menyempat si Lili ni capai beg dan nak keluar. "Thanks,"
"Li, balik pukul berapa?"
"Tak tau. Takut ada replacement class,"
"Okey," angguk Putra perlahan. "Nanti call,"
Baru sahaja Lili ingin menutup pintu, Putra menahan dengan sebelah tangannya.
"Yes?"
"I'm sorry. Tadi..."
"It's okay. Ermm, dah, dah, blah sana. Bawak kereta elok-elok,"
Senyuman mula terukir di bibir Putra. Lega kekok di antara mereka sudah berakhir.
"Farewell kiss takde?"
"Ni kau punya farewell kiss!" Penumbuknya diunjukkan pada Putra sebelum dia menghempas pintu kereta dan berpaling.
Lelaki itu hanya ketawa sambil menurunkan tingkap kereta.
"Jangan tidur dalam kelas, Li!"
"Diamlah!"
Kereta itu diundur dan dipandu keluar dari kawasan universiti tersebut. Telefon bimbitnya diperiksa, mencari pelanggan.
Menjadi lepasan diploma tak memberinya peluang kerja yang luas dalam bidang yang dipelajarinya. Okey, mungkin luas kut tapi Putra sendiri yang dah selera nak menyarung kot makmal lagi.
Nampaknya darah kedoktoran mama dan papanya tak mengalir dalam badan dia, tetapi melekat pada Lili. Perempuan tu pulak yang study medic.
Putra? Sorry to say, hampir berbunuhan dengan Biologi. Itu pun nasib baik lulus Diploma in Biomedical Science yang diambilnya dahulu. Cuma itulah, lepas habis je praktikal memang dia takde selera nak kerja dalam bidang tu.
Akhirnya dia ambil keputusan untuk membuka kedai dobi self service sambil-sambil menjadi pemandu Uber. Ok la jugak pendapatannya, malah mampu membayar sikit-sikit duit modal laundry shop pada papa.
Walaupun papa dan mama selalu menolak, tapi come on la, dia anak jantan! Haruslah tunjuk sikap berdikari pada ibu bapanya.
Telefonnya yang berdering dijawab dengan earpiece yang sudah sedia terpasang di telinga. Skrin telefon dikerling sekilas, melihat nama pemanggil.
"Helo sayang! Baru tinggal kejap dah rindu?"
"Kepala bana kau, punya rindu! Weh, aku balik pukul 4,"
Putra mengangguk sambil tersengih. "So?"
Diam 3 saat.
"I hate you, Putrajaya!"
"Hate you too, Panembahan Adijaya Kusumajaya!"
Klik.
Lelaki itu tersengih sendiri membayangkan muka Lili. Merajuklah tu! Gurau sikit pun merajuk, dasar perempuan. Muka je gengster, hati roti tisu.
Jam tangannya dikerling. Lama lagi pukul 4.
YOU ARE READING
Liliput ✔
Teen FictionSenyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand s...