24

19.3K 1.2K 47
                                        

"Kalau kahwin nanti kau nak theme apa?"

Berkerut dahi Lili mendengar soalan Putra. Mabuk ke apa mamat ni tanya pasal kahwin bagai?

"Theme... themepark?"

"Lili..." seru Putra rendah dengan muka stone. Berani perempuan ni cuba buat lawak hambar dengan dia? "Lawak kau hambar tau,"

"Kau ni, tak support member langsung! Cuba sekali-sekala aku buat lawak tu, gelak. Aku try hard kut!"

"Masalahnya aku tengah tanya betul-betul tau. Cepat la, wedding kau nanti nak macam mana? Mana tau kau kahwin dengan aku, kita kena sync wedding theme kita,"

Gadis itu menjulingkan matanya. Geli. "Kalau kahwin dengan kau, aku rela takde majlis. Malu la aku kalau orang tahu aku kahwin dengan kera,"

"Bodoh!!! Aku hensem kut! Berani kau kata aku kera?"

Putra membuka matanya. Automatik dia tersenyum. Mimpi tadi mengingatkan dia pada orang yang dia rindu. Dekat, tapi jauh.

Desahan seseorang di sisinya membuatkan Putra mengiring, menghadap gadis di dalam pelukannya. Gadis itu menggumam dengan mata yang masih tertutup, namun segaris air mata lesu mengalir di wajahnya.

"Pa... nak ikut..."

Putra memejamkan mata, menahan diri dari menangis sama. Pipi yang basah itu diusap lembut sebelum sebuah ciuman ditinggalkan disitu.

Tubuh rapuh dalam pelukannya dipeluk semakin erat dan didodoi perlahan sambil humming.

I remember tears streaming down your face
When I said, "I'll never let you go."
When all those shadows almost killed your light
I remember you said, "Don't leave me here alone,"
But all that's dead and gone and passed tonight

Just close your eyes
The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I'll be safe and sound

"Be strong, sayang," bisik Putra lembut sebelum dia sendiri memejamkan kembali matanya.

Ketika pejamnya pun Putra masih memikirkan Lili yang sudah kembali lena dalam dakapannya. Sedar tak sedar dah dua bulan mereka berkahwin.

Dan sepanjang dua bulan ini juga keadaan Lili masih sama. Murung. Orang tanya sepatah jawab sepatah. Asyik menangis. Tapi ada masanya dia terlalu volatile. Sikit-sikit marah, sikit-sikit tengking, lepas tu sambung nangis.

Susah nak tidur sampai Lili terpaksa consume sleeping pills. Tak selera makan. Kesimpulannya keadaan Lili sangat... tak sihat.

Nur Emiliya yang ceria, sarkastik dan bangang dulu macam dah mati lalu meninggalkan tubuh dan jiwa yang rapuh. Tapi nak cakap Lili sentiasa pasif pun tak jugak sebab ada masa Lili sangat manja, persis seperti ketika mereka masih kanak-kanak.

Senang cakap, sikap Lili sangat unpredictable.

Uncle Azam memang ada menyusulkan untuk membawa Lili berjumpa psikiatri tetapi gadis itu sendiri menolak sekeras-kerasnya. Putra nampak usaha Lili untuk bangkit dari kemurungannya tetapi acap kali kecundang. Ada masa Lili okey, cuba berbual dengannya namun sekejap sahaja. Selepas itu kembali termenung.

Oleh itu mereka membuat keputusan untuk menangguhkan dulu pengajian Lili. Study belakang cerita, yang penting gadis ini perlu sihat dulu!

Putra rasa tidurnya terganggu apabila bibirnya terasa dikucup. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Dan kemudiannya Putra hilang kira. Kalau ini mimpi, tolonglah jangan bangunkan dia. Dia takut dia kecewa apabila yang dipandang kelak membuka mata hanya riak sedih Lili.

"Wake up, baby boy!"

"Li?"

"Yes, it's me. Open your eyes, Putra,"

Dan mujurlah lelaki itu tidak bermimpi. Lili yang masih berada dalam dakapannya sedang tersenyum manis. Sekali lagi bibirnya disentuh bibir mungil Lili.

Haishh, pagi-pagi buat orang tempted! Dah dua bulan jugalah nafsu Putra diuji. Dah halal, sebilik, sekatil, seselimut dengan Lili namun nak menyentuh secara seksual, dia tak mampu. Cukuplah sekali tanpa sedar dia pernah memanipulasi Lili yang lebih lemah fizikalnya. Kali ini dia tak ingin memanipulasi Lili yang sedang lemah emosinya. Peluk cium tu biasalah.

"You're feeling better today?" soal Putra dengan suara serak gara-gara baru bangun tidur.

Gadis itu tersenyum girang sambil mengangguk. "Lili mimpi papa malam tadi,"

Tahu. Ringan sahaja lidah Putra nak menjawab. Namun dia diamkan sahaja.

"Tu tandanya kita kena selalu doakan papa, okey?" Soalan Putra sekali lagi disambut anggukan. Angin manja Lili datang pagi ni.

"Tapi Lili nak ikut papa, papa tak kasi. Papa dah tak sayang Lili ke?"

Rambut Lili dielus lembut sambil mengeluh kecil. Gadis ini sangat lost. Macam budak kecil. "Papa sayang Lili, tapi papa dah pesan dekat Put suruh jaga Lili. Lili nak Putra jaga kan?"

"Jaga macam ni?" tubuh Putra dipeluk erat sambil ketawa. Hampir putus nafas lelaki itu dibuatnya.

Namun sekejap je tawanya itu. Entah kenapa, dada Putra dirasa sepi tatkala Lili melonggarkan pelukannya.

"Tapi Lili rindu mama dengan Adam jugak," bisiknya perlahan. Mengadu.

"Lili, sayang..." mendayu sahaja suara Putra memanggil nama itu. Tangan Lili yang tersarung cincin perkahwinan mereka pada jari manisnya diangkat. Disatukan dengan tangannya yang punyai cincin yang serupa. "...tapi Put rindu Lili, macam mana? Let them rest in peace sayang,"

Anak mata Lili kembali kelam sinarnya. Kata-kata Putra terlalu.... menyakitkan. Dia taknak hadap kenyataan ini.

Melihatkan Lili dah zone out, Putra mengeluh lagi. Cepat benar moodnya bertukar, baru nak rasa manja layaknya pengantin baru. Perlahan tangannya menyisir lagi hujung rambut Lili.

"Kita pergi park petang nanti, nak?"

Geleng.

"Park ni Put selalu bawak Adam pergi tau waktu Lili masih membuta hujung-hujung minggu. Adam suka suruh Put belanja aiskrim-"

"Nak pergi!!"

Liliput ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang