39

17.9K 1.1K 68
                                    

Selimut yang terselak Lili tarik agar menutup kaki Putra. Takut suaminya kesejukan. Beg yang masih tersandang di bahu dilepaskan dan diletak ke lantai. Kerusi di sisi katil itu menjadi tempat Lili melabuhkan duduk.

Dalam cahaya kelam sebegitu pun setiap sudut wajah Putra masih jelas di mata Lili. Dia tak mahu menganggu lena lelaki itu. Maka hanya wajah tenang Putra ditenung tanpa kata.

Wajah yang sama ditatap sejak kecil, hanya usia yang mematangkan wajah itu. Hilang sudah rupa comel zaman kanak-kanaknya, diganti dengan wajah tampan si jejaka pencuri hati. Bukan setakat hatinya dicuri, malah kini Lili sedang menjaga buah cinta mereka di dalam rahimnya.

Atau sekurang-kurangnya, buah cinta Lili buat Putra.

"Abang?" Lili mendekatkan kerusi dengan katil apabila melihat lelaki itu terjaga. Tangannya dibawa mengusap rambut lembut Putra. "Sstttt... Go back to your sleep, okay?"

"Heh, dah malam baru nampak muka?"

Zapp! Hati Lili bagai disambar petir mendengar soalan sinis Putra. Tak cukup dengan itu, jelingan suaminya menambah lagi sakit di dada.

Namun nafasnya ditarik lembut. Faham Putra berkecil hati. Tangan lelaki itu pula digenggam.

"Sorry, Lili tak ada masa abang bangun tadi. Semua suruh Lili balik rumah kejap, tapi lepas tu-"

"Dah la, mengantuk. Nak tidur. Kalau Lili nak balik, balik la. Mana tahu nak mengenang kekasih lama yang dah pergi jauh,"

Kata-kata Putra menjadi pisau pula kali ini menikam jantung Lili. Apatah lagi lelaki itu malah mengalihkan pandangannya dari menghadap Lili dan meleraikan genggaman isterinya pada tangannya.

Perlahan-lahan Lili membawa tangan yang dileraikan genggamannya oleh Putra ke mulut, menekup. Menahan diri dari teresak.

Takkanlah Putra masih memikirkan Firdaus? Tolonglah, sumpah dia tiada hubungan dengan lelaki itu!

Siang tadi pula Lili bukan sengaja tak melawat, tetapi badannya terlalu letih dan dia terlajak tidur. Apatah lagi sudah seharian dia tidak menjamah makanan. Sebab tu ibu bapa mertuanya pergi semula ke hospital tanpa mengejutnya dari lena.

Liurnya ditahan kesat. Besar sangatkah salah Lili kerana tiada di sisi Putra saat dia tersedar tadi?

"A-Abang sihat?"

"Takde orang sihat terbaring atas katil hospital dengan tangan bersimen macam ni," jawabnya senafas. Dingin.

Dalam hati Putra masih membekas rasa sakit ditipu Lili sebelum dia kemalangan. Ditambah lagi Lili langsung tidak menampakkan muka sepanjang hari ni. Jangan cakap dia hantar Firdaus ke lapangan terbang?!

"Sorry. Abang dah makan?"

"Dah,"

"Abang..." melihat Putra yang cuba buat bodoh dengannya buat Lili rasa putus asa. Mungkin dia perlukan ruang.

"Lili pergi washroom kejap,"

Sebaik sahaja masuk ke tandas, Lili terdiam. Tubuhnya ditahan dari melorot ke lantai dengan berpegang pafa sinki. Sebelah lagi tangannya menekap kuat pada dada.

Sakit. Hatinya terlalu sakit. Meskipum Putra tidak berkasar, namun kedinginannya membunuh.

Perlahan-lahan air mata mula beranak sungai di pipi Lili. Esakan kecilnya mula keluar walaupun cuba ditahan. Mujurlah tiada orang di tandas itu saat ini.

Dan macam biasalah, tandas ni kan sarang setan. Laju je la inner demon Lili nak memekak.

"Aku dah cakap, Putra memang tak sayang kau. Kau datang pun dia jeling je, baik tak payah datang,"

Liliput ✔Where stories live. Discover now